Banjir Mula Melanda Terengganu – 37 Kampung Terlibat

03/12/2021 by No Comments

Dua hari yang lalu, tular satu berita di media sosial yang melaporkan banjir akan mula melanda kira-kira 37 kampung di sekitar Terengganu.

Cik Min sedia maklum bahawa fenomena banjir tersebut akan terjadi berikutan air pasang besar dan hujan lebat berterusan dalam tempoh 10 hari sehingga 12 Disember ini.

Anda nak tahu berita selanjutnya dengan lebih menyeluruh mengenai banjir yang dikhabarkan, akan mula melanda Terengganu? Baca artikel di bawah ini.

Banjir Mula Melanda 37 Kampung di Terengganu

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri, Hanafiah Mat pada 1 Disember yang lepas, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan amaran air pasang besar dan hujan lebat sepanjang tempoh tersebut.

Banjir Mula Melanda Terengganu
Sumber: Harian Metro

Beliau berkata, kampung-kampung di Kuala Nerus yang bakal berdepan banjir adalah Kampung Seberang Takir, Kampung Baru Seberang Takir, Ulu Takir, Pak Tuyu, Tanjung Gelam, Pulau Rusa, Kampung Kubang Ikan, Kuala Ibai dan Taman Purnama di Kuala Terengganu serta Kampung Merchang di Marang.

Manakala, di daerah Besut pula adalah Kampung Pengkalan Atap, Teluk Budu, Pantai dan Kampung Nail, manakala di Setiu membabitkan Kampung Gong Batu, Pengkalan Gelap, Limau Nipis, Kuala Setiu, Kampung Fikri dan Telaga Papan.

Tambah beliau lagi, 13 kampung yang akan terjejas di Dungun adalah Kampung Kuala Paka, Tebing Tembah, Pinang Merah, Durian Mentangau, Kampung Sura, Seberang Pintasan, Teluk Bidara, Tanjung Jara, Che Lijah, Alur Makbah, Bijangga, Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang.

Pada masa yang sama, Kampung Baru Kemasik, Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi juga akan berdepan risiko banjir.

Pusat Penempatan Sementara (PPS) Pertama Dibuka – Banjir Mula Melanda Terengganu

Terkini (2 Disember), Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot dilaporkan menjadi lokasi pertama bagi menempatkan mangsa banjir.

Sumber: YouTube Berita Harian Online

25 orang mangsa banjir daripada lima keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut pada pukul 4 petang, kelmarin selepas kediaman mereka di Kampung Alor Damat, Batu Rakit dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Kapten (PA) Zahidi Zainuddin berkata, mangsa membabitkan 12 lelaki dan wanita dewasa berusia antara 21 hingga 70 tahun, selain 13 kanak-kanak berusia antara 2 hingga 14 tahun.

Banjir Mula Melanda Terengganu
Sumber: Berita Harian Online

Beliau turut berkata, kerja-kerja memindahkan kesemua mangsa sedang giat dilakukan dan diyakini akan ada lagi ramai mangsa yang perlu dipindahkan sekiranya hujan tidak berhenti.

Cik Min ingin mengingatkan anda semua, terutamanya yang berada di Terengganu agar tidak mendekati kawasan pantai untuk keselamatan anda.

Anda juga harus mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah dengan segera (sekiranya perlu) supaya anda tidak terperangkap dalam banjir.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *