Banjir di Sekitar Kuala Lumpur

December 20, 2021 by No Comments

Banjir di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur juga merupakan salah satu lagi kerisauan bagi rakyat Malaysia. Hal tersebut telah menyebabkan sebahagian besar laluan utama di sekitar pusat bandar raya dinaiki air, selain beberapa insiden tanah runtuh yang turut dilaporkan.

Banjir di Sekitar Kuala Lumpur: Penutupan Jalan

banjir di sekitar kuala lumpur

Pada 19 Disember, tinjauan mendapati sebahagian besar bangunan di hadapan Sultan Abdul Samad dan Jalan Raja telah dilanda banjir akibat limpahan Sungai Gombak. Semua laluan masuk ke Dataran Merdeka terutama dari arah Padang Merbok dan Masjid Negara telah ditutup bagi semua jenis kenderaan.

Tambahan lagi, limpahan Sungai Gombak turut menyebabkan banjir di Jalan Kinabalu, dan laluan dari arah Jalan Kuching menghala ke Jalan Loke Yew juga ditutup sepenuhnya selepas dinaiki air. Hal ini membuatkan para pengguna jalan raya dilencongkan ke Jalan Sultan Ismail.

Kawasan yang Terlibat dengan Banjir di Sekitar Kuala Lumpur

banjir di sekitar kuala lumpur

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir setelah air Sungai Gombak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berada pada paras bahaya melimpah. Antara kawasan terlibat adalah Masjid Jamek dan Kampung Baru.

Menurut laporan terkini di laman web InfoBanjir, Sungai Batu, Sentul berada pada tahap amaran dan Sungai Klang, Leboh Pasar dan Sungai Gombak, di Jalan Parlimen pula pada paras berjaga-jaga. Sebanyak 16 sungai di Selangor berada pada paras bahaya (merah), dua sungai pada tahap amaran manakala enam lagi pada paras berjaga-jaga, setakat ini.

Bantuan Pusat Pemindahan

banjir di sekitar kuala lumpur

Sehubungan dengan banjir yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur itu, DBKL telah membuka Bilik Gerakan Bencana bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut. DBKL telah menggerakkan anggota penyelamat daripada pelbagai agensi sahabat seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, RELA dan jabatan dalaman DBKL untuk melancarkan lagi operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir.

Ketika ini, pusat pemindahan banjir adalah di lokasi seperti berikut :

1. Dewan Sultan Sulaiman bagi pemindahan penduduk Kampung Periuk, Kampung Bharu;

2. Dewan Jalan Hamzah bagi pemindahan penduduk dari kawasan Jalan Raja Mahadi Kampung Bharu;

3. SJK Tamil Saraswati Lembah Pantai bagi pemindahan penduduk Kampung Pasir; dan

4. Dewan Komuniti Sentul bagi pemindahan Kampung Kolam Air dan Kampung Kasipillay Jumlah keseluruhan penduduk yang terlibat dengan pemindahan setakat ini adalah seramai 500 orang.

Utamakan Keselamatan Diri dan Keluarga

Cik Min difahamkan terdapat beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami banjir turut lumpuh dengan hujan yang berterusan sejak dua tiga hari ini. Oleh itu, Cik Min berharap semua rakyat Malaysia terutama yang berada di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur dapat mengutamakan keselamatan diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai kesempatan untuk menyelamatkan dokumen-dokumen penting, ianya juga amat digalakkan. Namun, perlu diingat, nyawa adalah yang paling utama!


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.