Banjir di Klang
Hari ini, media sosial dipenuhi dengan berita oleh setiap akhbar online mengenai kejadian banjir di Klang.
Admin dapat tahu kejadian tersebut bukan sahaja berlaku di Klang, Selangor tetapi juga di negeri lain.
Tetapi untuk posting hari ini, Admin nak menyentuh mengenai kejadian banjir di Klang, ya.
Menurut info yang boleh dipercayai, ada beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir. Antaranya Jalan Persekutuan (dari Klang menghala Kuala Lumpur), kawasan berhampiran Jusco Bukit Raja, Bandar Baru Klang (Taman Melawis) dan Jalan 3 Off Jalan Mohd. Yamin dan Pelabuhan Klang.
Apakah yang dimaksudkan dengan banjir?
Admin ada buat sedikit kajian dan banjir dapat ditakrifkan sebagai keadaan di mana sesuatu kawasan yang luas telah ditenggelami air.
Tahukah anda bahawa banjir biasanya terjadi dalam jangka masa yang lama tetapi boleh menyumbang kepada bencana lain yang lebih teruk?
Contohnya, tanah runtuh yang diakibatkan oleh mendapan tanah kerana keadaan tanah yang terdedah dengan air untuk jangka masa yang lama.
Bagaimana banjir di Klang boleh berlaku?
Berita yang dilaporkan oleh Bernama menyatakan bahawa banjir berpunca daripada hujan lebat yang turun tanpa henti sejak kelmarin sehingga mengakibatkan beberapa kawasan terjejas.
Banjir yang terjadi juga disebabkan oleh sistem perparitan di kawasan itu yang tersumbat kerana tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak.
Kesan banjir terhadap penduduk dan kawasan terlibat
Kenderaan di jalan raya terkandas
Kenaikan air setinggi 1.2 meter di Jalan Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur berhampiran pasar raya besar Jusco Bukit Raja telah menyebabkan banyak kenderaan yang terbabas.
Seperti yang difahamkan, limpahan sungai telah menjadi punca utama berlakunya kenaikan air tersebut. Kereta jenis BMW dan Mercedes-Benz antara lima buah kenderaan dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir tersebut.
Kawasan perumahan dinaiki air
Banjir yang berlaku turut menyebabkan beberapa perumahan di tiga kawasan tersebut dinaiki air sedalam 1.8 meter.
Walau bagaimanapun, tiada pemindahan dilakukan kerana air sudah semakin surut. Mangsa-mangsa banjir juga telah diselamatkan oleh anggota bomba yang datang membantu.
Selain di Klang, Yan (Kedah) juga dilanda hujan lebat yang secara tidak langsung menyumbang kepada banjir
Perkara yang boleh dilakukan ketika banjir, bukan sahaja di Klang tetapi juga di negeri lain
Apabila berlakunya banjir, anda perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak atasan demi keselamatan nyawa anda.
Antara perkara yang anda boleh lakukan semasa banjir adalah:
- Menyelamatkan harta benda yang berharga di tempat yang kalis air
- Menempatkan warga emas dan kanak-kanak di kawasan yang tinggi
- Elakkan daripada menyentuh perkakasan elektrik atau suis yang dikhuatiri mampu memberi kejutan elektrik
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem