Babak Menarik Drama Now We Are Breaking Up

06/01/2022 by No Comments

Anda merupakan salah seorang peminat drama Korea? Kebelakangan ini Cik Min lihat di media sosial, terdapat banyak review tentang drama Korea Now, We Are Breaking Up. Mana tidaknya, tengok sahaja pelakon yang membintangi drama ini. Memang hebat-hebat belaka! Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang babak menarik Drama Now We Are Breaking Up.

Drama Korea Now, We Are Breaking Up ini ditayangkan pada 12 November 2021 sehingga 8 Januari 2022. Drama ini telah diterbitkan oleh SBS, karya pengarah Lee Gil Bok dan penulis Je Jin. Selain itu, drama Now, We Are Breaking Up ini mengandungi 16 episod yang ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu, jam 10 p.m. Barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Song Hye Kyo, Jang Ki Yong, Choi Hee Seo, Sehun EXO dan ramai lagi. Drama Now, We Are Breaking Up ini menyoroti banyak rasa cinta dan putus cinta.

Babak menarik drama Now, We Are Breaking Up ini, Cik Min buat special untuk anda semua. Selamat membaca!

Babak Menarik Drama Now We are Breaking up

Sinopsis Babak Menarik Drama Now, We Are Breaking Up

Bagi anda yang nak tengok drama ini, Cik Min sarankan baca sinopsis di bawah dahulu. Mana tahu anda semua berminat untuk lihat trailer dan jatuh hati untuk tengok full drama pula.

Jom baca sinopsis di bawah.

Ha Young Eun

Drama ini mengisahkan tentang Ha Young Eun (Song Hye Kyo) merupakan seorang ketua pasukan reka bentuk untuk sebuah syarikat fesyen. Ha Young Un merupakan seorang realisitik yang berhati dingin dan dia mengutamakan kestabilan dalam kehidupan. Dia juga merupakan seorang yang sangat pintar, cantik, berdisiplin diri dan sensitif terhadap trend.

Babak Menarik Drama Now We are Breaking up

Yoon Jae Guk – Babak Menarik Drama Now, We are Breaking Up

Yoon Jae Guk (Jang Ki Yong) merupakan seorang jurugambar fesyen bebas yang popular. Selain itu, Yoon Jae Guk mempunyai segala-galanya seperti kecerdasan, kekayaan dan penampilan yang kacak. Dia juga mempunyai abang tiri yang pernah menjalinkan hubungan dengan Ha Young Eun. Pertemuan kali pertama antara Yoon Jae Guk dan Ha Young Eun di sebuah pertunjukkan fesyen menerbitkan perasaan cinta antara mereka berdua.

Nak tahu kisah yang seterusnya? Anda boleh tonton dulu drama Now, We Are Breaking Up ini! Anda juga boleh lihat dahulu trailer drama ini di sini.

Babak Menarik dalam Drama Now, We Are Breaking Up

Cik Min rasa dalam drama ini, memang menampilkan babak yang sangat menarik untuk anda semua tonton!

Babak ini menunjukkan Ha Young Eun bertemu Yoon Jae Guk di sebuah pertunjukan fesyen.

Selain itu, gambar di bawah merupakan babak di mana Yoon Jae Guk secara diam-diam mengambil gambar Ha Young Eun.

Babak menarik ketika waktu hujan, Ha Young Eun menanti kedatangan Yoon Jae Guk.

Babak Menarik Drama Now We are Breaking up

Babak menarik Yoon Jae Guk bersama keluarga Ha Young Eun.

Review oleh Netizen

Cik Min lihat rata-rata netizen di media sosial sangat suka dan berminat dengan jalan cerita yang dibawakan, selain barisan pelakon berkualiti yang ditampilkan dalam drama ini! Ada yang beranggapan bahawa drama ini best kerana ada Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong, tapi bagi Cik Min jalan cerita juga memainkan peranan yang penting bagi sesebuah drama. Jadi, gandingan pelakon yang mantap dan plot cerita yang senang difahami menghasilkan drama yang BEST!

Review Drama Now, We Are Breaking Up – Wajib Tonton!

Drama Korea Now, We Are Breaking Up ini sangat sesuai ditonton pada hujung minggu! Sambil-sambil berehat itu bolehlah layan drama ini.

Dah baca kan sinopsis babak menarik drama Now, We Are Breaking Up ini? Cik Min galakkan anda semua untuk tonton drama ini! Drama yang berkualiti boleh distrim di platform Viu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *