Apa Punca Anak Speech Delay?

20/09/2022 by No Comments

Apa punca Anak speech delay? Speech delay sesuatu yang sangat dibimbangi oleh ibu bapa kerana perkara ini dikatakan tidak normal bagi perkembangan anak-anak. Masalah speech delay di Malaysia semakin meningkat atas faktor kecuaian ibu bapa. Ibu bapa tidak memandang serius dengan perkembangan anak-anak sehingga anak-anak tidak pandai bercakap.

Sebagai ibu bapa, perlukah anda berasa bimbang dengan anak-anak speech delay? Sewajarnya ibu bapa menjadi bimbang dengan perkembangan anak-anak speech delay. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah speech delay dengan melakukan tindakan terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu meluangkan masa dan sentiasa bercakap dengan anak-anak bagi melatih mereka untuk bercakap.

Namun, pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang memandang remeh dan tidak melakukan sebarang tindakan bagi menangani masalah speech delay anak-anak mereka. Hal ini kerana dikatakan masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang cara untuk mengatasi anak-anak speech delay. Ibu bapa yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap anak-anak speech delay perlu diberi pendedahan terlebih dahulu.

Contoh yang boleh diketengahkan, anak-anak yang normal boleh bercakap antara usia setahun hingga setahun setengah yang menyebut beberapa perkataan yang pertama. Sebaliknya, anak-anak mengalami masalah speech delay yang telah berusia dua tahun atau lebih tidak dapat bercakap.

Speech delay yang dapat dikatakan berpunca daripada gajet. Pada masa ini, ibu bapa yang ingin mengelak anak-anak menangis dan diam di tempat makan dengan memberi gajet. Perkara ini menyebabkan kurang pergaulan dan komunikasi antara ibu bapa yang menyebabkan anak-anak lebih suka dengan gajet daripada bercerita dengan ibu bapa.

Kesibukan ibu bapa dalam seharian juga dikatakan punca anak-anak speech delay. Hal ini kerana ibu bapa yang bekerjaya tidak mempunyai banyak masa dengan anak-anak kerana anak-anak tersebut banyak menghabiskan masa di rumah pengasuh atau di pusat penjagaan kanak-kanak.

Dialek ibu bapa yang berbeza menjadi punca anak-anak speech delay. Perkahwinan antara negeri yang berlainan menyebabkan pertuturan dalam ahli keluarga bercampur. Perkara ini menyebabkan anak-anak yang mula belajar bercakap akan keliru dengan dialek yang berlainan. Hal ini, ibu bapa perlu berinteraksi dalam keluarga dengan bahasa yang mudah difahami ramai dan tidak perlu menggunakan dialek negeri berlainan.

Cara untuk atasi anak speech delay

  • Hadkan penggunaan gajet kepada anak-anak. Menghadkan penggunaan gajet kepada anak-anak dapat mengatasi masalah speech delay kerana dapat mendorong anak-anak bercakap dengan ibu bapa dan orang sekeliling.

  • Menggunakan bahasa yang betul dan tidak menggunakan dialek ibu bapa yang berlainan supaya anak-anak tidak keliru untuk bercakap. Dalam hal ini, banyak terjadi anak-anak mengalami speech delay disebabkan ibu bapa bercakap dengan dialek tertentu yang menyebabkan anak-anak sukar untuk memahami dan berlaku kekeliruan untuk bercakap.

  • Menggunakan sebutan yang jelas sewaktu bercakap dengan anak-anak. Sebutan yang jelas sangat penting untuk membantu anak-anak belajar bercakap supaya mereka dapat menyebut dengan betul.

Speech delay bukanlah suatu masalah yang besar kerana setiap perkembangan anak-anak berbeza dengan anak-anak yang lain. Namun begitu, ibu bapa perlu melatih anak-anak dengan bercakap sewaktu bayi lagi supaya anak-anak dapat bercakap dengan baik. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami speech delay dan bimbang terhadap perkembangan anak-anak boleh merujuk kepada pihak yang pakar untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *