Apa Itu Bengkak Susu?

20/09/2022 by No Comments

Pasti ramai di luar sana yang masih tidak tahu apa itu bengkak susu. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru pertama kali bergelar ibu. Bakal ibu bapa memerlukan banyak pengetahuan baru mengenai dunia parenting dan juga pregnancy. Jadi, bagaimana bengkak susu ini boleh terjadi dan adakah ianya boleh memudaratkan kesihatan? Apa itu bengkak susu? Bagaimana pula cara untuk merawat bengkak susu?

Bengkak susu terjadi kepada para ibu yang baru melahirkan dan menyusukan bayi menggunakan susu badan. Badan wanita akan menghasilkan susu setelah 2 ke 5 hari bayi dilahirkan. Seperti yang kita ketahui, susu ibu merupakan susu yang terbaik untuk diberikan kepada bayi yang baru lahir kerana mengandungi nutrisi yang secukupnya.

Apa itu bengkak susu? Bengkak susu melibatkan payudara yang membengkak akibat daripada susu berlebihan yang tidak dikeluarkan. Bengkak susu terjadi kerana terlalu banyak susu di dalam payudara. Payudara akan membengkak dan sakit apabila sesi penyusuan tidak mengurangkan jumlah susu dalam payudara.

Para ibu yang baru melahirkan akan mengalami bengkak susu disebabkan bayi tidak menyusu dengan baik. Bayi yang baru lahir biasanya enggan menyusu menyebabkan si ibu mengalami bengkak susu. Oleh itu, para ibu perlu menyusukan bayi dengan kerap untuk mengurangkan jumlah susu dalam payudara serta mengelakkan berlakunya bengkak susu.

Bengkak Susu Boleh Menjejaskan Kesihatan?

Bengkak susu pada umumnya tidak mendatangkan bahaya yang besar dan kronik. Tetapi ianya tetap mempunyai keburukan yang tersendiri jika tidak dirawat dengan cara yang betul. Bengkak susu merupakan isu yang tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal bergelar ibu bapa. Bakal ibu bapa perlu mengambil tahu apa itu bengkak susu.

Bengkak susu akan memberikan rasa sakit kepada si ibu sehingga boleh menyebabkan demam atau mastitis. Penyakit mastitis atau juga dikenali sebagai infeksi payudara iaitu penyakit yang menyebabkan keradangan pada payudara. Namun, penyakit ini dapat dielakkan dengan memastikan bayi menyusu dengan baik dan tidak membiarkan susu berlebihan sehingga boleh menyebabkan bengkak susu.

Beberapa gejala lain yang boleh didapati ialah bahagian puting akan membengkak, kelenjar bawah lengan membengkak, dan kualiti serta kuantiti susu ibu juga akan turut terjejas. Persoalannya, adakah bengkak susu memudaratkan kesihatan? Bengkak susu tidak memudaratkan kesihatan selagi mana tidak mengalami sebarang infeksi.

Cara Merawat Bengkak Susu

Bagi meredakan bengkak pada payudara dan rasa sakit yang dialami akibat bengkak susu, para ibu boleh melakukan beberapa kaedah seperti berikut:

  • Menekap pek ais di dada untuk meredakan bengkak dan sakit.
  • Pam susu jika anak tidak mahu menyusu.
  • Menyusukan anak dengan lebih kerap.
  • Tuam payudara atau mandi dengan menggunakan air suam.

Kaedah tersebut dapat merawat dan mengelakkan berlakunya bengkak susu. Para ibu juga tidak akan menanggung rasa sakit akibat daripada bengkak susu. Bengkak susu boleh diatasi apabila sesi penyusuan dilakukan dengan baik. Oleh itu, para ibu juga perlu memastikan setiap sesi penyusuan dapat mengurangkan kandungan susu dalam payudara.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk penjelasan lebih lanjut mengenai isu ini, boleh klik sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *