Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke10

24/11/2022 by No Comments

Rakyat Malaysia telah turun mengundi beramai-ramai pada Sabtu 19 November untuk menentukan siapa yang bakal menjadi kerajaan dan juga Perdana Menteri Malaysia ke10.

Selepas 5 hari perbincangan dilakukan di antara parti bagi membentuk kerajaan, pada hari Khamis 24 November 2022 keputusan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 terjawab.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Berita Harian 24 November 2022

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 yang dijadual jam 5 petang hari ini di Istana Negara.

Perdana Menteri Malaysia ke10
Gambar sumber Berita Harian

Untuk membaca lanjut tentang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke10 di Berita Harian.

Rakyat Malaysia menantikan perlantikan kabinet menteri yang akan menerajui kepimpinan negara ini. Semoga kerajaan baru yang dipilih ini akan membawakan lebih banyak keharmonian terhadap negara kita yang tercinta.

Reaksi rakyat Malaysia perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke10

Pelbagai reaksi rakyat Malaysia berikan terhadap berita ini. Kesemuanya mengimpikan negara yang lebih stabil dan harmoni serta menjaga kesejahteraan rakyat dibawah kerajaan perpaduan ini.

Cabaran ekonomi tahun 2023 pastinya merupakan satu cabaran paling utama bagi kerajaan Malaysia. Perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 Anwar Ibrahim yang penuh dramatis ini meninggalkan memori buat rakyat Malaysia.

Nak dapatkan lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *