Antara Barangan Dalam Kapsul Masa Wawasan 2020

14/04/2025 by No Comments

Antara barangan dalam kapsul masa Wawasan 2020 ialah pelbagai item bersejarah yang dipilih untuk mewakili wajah Malaysia pada tahun 1994. Kapsul ini bukan sekadar menyimpan barang lama malah menjadi simbol aspirasi negara untuk masa depan. Ia mengandungi pelbagai artefak budaya, teknologi dan sejarah yang penting bagi rakyat Malaysia.

Sejarah Kapsul Masa Wawasan 2020

Kapsul masa Wawasan 2020 telah disimpan pada 1 Oktober 1996, semasa majlis perasmian Menara Kuala Lumpur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia. Kapsul ini telah ditanam di kaki Menara Kuala Lumpur dan mengandungi pelbagai barangan yang dianggap penting, ikonik dan mencerminkan teknologi serta budaya Malaysia ketika itu.

Tujuan utama kapsul ini adalah untuk membuka semula dan menilai pencapaian negara apabila tiba tahun 2020 iaitu tahun sasaran visi Wawasan 2020. Kapsul ini dikatakan akan dibuka semula pada tahun 2020, tetapi disebabkan pandemik dan beberapa isu lain, pelancarannya semula ditangguhkan. Kapsul masa ini telah dibuka pada 13 April 2025.

Antara Barangan dalam Kapsul Masa Wawasan 2020

1. Model Menara Kuala Lumpur

Antara barangan dalam kapsul masa wawasan 2020 ialah Menara KL melambangkan kemajuan infrastruktur dan teknologi negara pada awal 90-an. Menara ini juga merupakan simbol pencapaian kejuruteraan dan menjadi antara bangunan tertinggi di dunia pada ketika itu.

Miniatur atau model Menara KL ini dimasukkan dalam kapsul sebagai wakil kepada impian negara untuk berdiri setaraf dengan kuasa besar dunia dalam bidang pembangunan dan rekabentuk.

📌 Nak miliki model Menara KL seperti dalam kapsul masa? Klik di sini

2. Duit Lama RM2

Seterusnya antara barangan dalam kapsul masa Wawasan 2020 ialah Wang kertas RM2 merupakan satu memori nostalgik bagi rakyat Malaysia. Direka dengan imej Menara KL di bahagian belakang duit tersebut sebagai satu kebanggaan kepada negara Malaysia kerana pernah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Hari ini, RM2 dianggap barang koleksi yang semakin sukar ditemui.

3. Poster Menara KL dan Gambar Tun M

Poster Menara KL yang turut menampilkan gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau merupakan Perdana Menteri yang merasmikan dan membuat binaan Menara KL sewaktu pemerintahannya. Tun M adalah tokoh utama di sebalik Wawasan 2020 dan poster ini menyimpan mesej bahawa Tun M adalah bapa pemodenan kerana memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

🎨 Nak hias rumah atau pejabat dengan poster klasik Menara KL? Klik di sini

Sumber: SinarHarian

4. CD (Compact Disc)

Sebelum zaman streaming dan USB, CD adalah medium utama untuk menyimpan muzik, video dan data. Dalam kapsul masa, CD berperanan menunjukkan sejauh mana teknologi rakaman dan penyimpanan maklumat telah berkembang. Ia juga menggambarkan budaya hiburan rakyat Malaysia ketika itu, dengan banyak album muzik tempatan dan antarabangsa diedarkan dalam bentuk CD.

Antara Barangan Dalam Kapsul Masa

5. Setem Menara KL

Setem sering digunakan untuk melambangkan warisan dan budaya sesebuah negara. Ianya merupakan edisi khas Menara KL dimasukkan ke dalam kapsul sebagai simbol komunikasi tradisional, di samping menghargai seni rekaan setem yang begitu halus dan bermakna. Ia juga merupakan antara hobi popular rakyat Malaysia suatu ketika dahulu iaitu mengumpul setem sebagai koleksi peribadi.

✉️ Minat koleksi setem? Boleh beli edisi khas Menara KL di sini: Klik di sini

Antara Barangan Dalam Kapsul Masa

6. Telefon Rumah

Telefon rumah berwayar yang kini hampir pupus, dahulu merupakan alat komunikasi utama dalam setiap kediaman. Ia mewakili teknologi komunikasi sebelum kemunculan telefon bimbit dan internet. Telefon ini menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia berhubung antara satu sama lain dan juga perkembangan teknologi telekomunikasi negara.

7. Koleksi Gambar Proses Pembinaan Menara KL

Gambar dokumentasi pembinaan Menara KL menceritakan kisah di sebalik kemegahan bangunan itu. Ia merakamkan kerja keras jurutera, arkitek dan tenaga kerja tempatan dalam membina struktur ikonik negara. Gambar-gambar ini berfungsi sebagai rekod sejarah penting dan simbol semangat kerjasama serta kecekalan rakyat Malaysia.

Antara Barangan Dalam Kapsul Masa

Antara Barangan Dalam Kapsul Masa Wawasan 2020 Yang Boleh Dibeli

Jika anda peminat nostalgia atau ingin kumpul semula barangan bersejarah seperti dalam kapsul masa Wawasan 2020, berikut adalah beberapa link Shopee yang mungkin menarik:

Kapsul masa Wawasan 2020 menjadi saksi sejarah tentang harapan dan usaha rakyat Malaysia untuk membina masa depan yang lebih baik. Barangan yang disimpan di dalamnya bukan sekadar koleksi biasa, tetapi lambang sebuah perjalanan, pengorbanan, dan cita-cita bangsa. Tambahan lagi, kapsul masa itu adalah kenangan detik Menara Kuala Lumpur sejak ia dibangunkan sehingga siap dan dilancarkan.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Antara Barangan Dalam Kapsul Masa Wawasan 2020 ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *