Anak KJ Terima Suntikan Vaksin

15/02/2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu mengenai anak bongsu Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ terima suntikan vaksin COVID-19 pada 13 Februari yang lalu.

Mari ikuti berita penuh di bawah. Sebelum itu, informasi ini Cik Min dapatkan daripada portal My Metro.

Terima Vaksinasi Dos Pertama

Anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC) baru-baru ini.

Berkongsi perkara itu di Twitter, Raif, 6, selesai divaksinasi menerusi Program Imuninasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids).

“Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di wtcklofficial.”

“Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” tulisnya menerusi satu ciapan yang disertakan dua gambar Raif.

Menerusi satu video yang diambil sendiri oleh Khairy, Raif dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya itu.

“Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.”

Tambahnya lagi, “anak saya berusia enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka.”

Reaksi Positif | Anak KJ Terima Suntikan Vaksin

Menerusi ruangan komen pada tweet tersebut menerima reaksi dan komen yang positif daripada netizen. Antara komen-komen di tweet tersebut adalah,

“Alhamdulillah”

– Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Selain itu, terdapat juga komen daripada ibu bapa yang turut berkongsi gambar anak mereka yang baru sahaja divaksinasi.

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang padangan Anak KJ terima suntikan vaksin kali ini. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan kita kepada anak bongsu beliau ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *