Ambil Dos Penggalak Sebelum Mac 2022

09/02/2022 by No Comments

Jom ambil dos penggalak sebelum Mac 2022 ini! Kalau tak, risau status vaksinasi bertukar menjadi putih pula dekat MySejahtera. Bila bertukar putih nanti, sedia maklumlah. Itu maksudnya, status vaksinasi anda akan kembali kepada tidak lengkap tertutamanya penerima vaksin Sinovac.

Ambil Dos Penggalak Sebelum Mac 2022: Kenyataan Menteri Kesihatan

ambil dos penggalak sebelum mac

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa individu yang gagal mendapatkan dos penggalak dalam tempoh ditetapkan akan dikategorikan sebagai tidak lengkap vaksinasi. Maklumat ini juga akan turut tertera di dalam aplikasi MySejahtera individu tersebut.

Menurut beliau, terdapat 3.5 juta penerima vaksin Sinovac yang masih belum mendapatkan dos penggalak. Hal ini akan mendedahkan mereka kepada gelombang Omicron dengan lebih mudah kerana keberkesanannya yang tidak sebaik dan efektif seperti vaksin Pfizer.

Tempoh Pengambilan Dos Penggalak Dilanjutkan

Sebelum ini, tempoh pengambilan dos penggalak adalah sebelum 22 Februari. Namun, tempoh itu telah dilanjutkan seperti berikut:

★ Sebelum 1 Mac 2022

Pemilihan Jenis Dos Penggalak

Memandangkan ada segelintir penerima Sinovac enggan menerima dos campuran, maka Menteri Kesihatan memberi kelonggaran kepada mereka untuk memilih jenis dos penggalak yang diingini, iaitu:

★ Sinovac; atau

★ Pfizer; atau

★ AstraZeneca

Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menegaskan bahawa perlindungan terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca.

Kesan Tidak Ambil Dos Penggalak Sebelum Mac 2022

ambil dos penggalak sebelum mac
Sumber: Malaysiakini

Khairy Jamaludin turut berkata, semua penerima vaksin Sinovac termasuk warga emas yang gagal mendapatkan dos penggalak akan menghadapi beberapa kesan seperti:

○ Status vaksinasi dianggap tidak lengkap

○ Maklumat status tindak lengkap akan tertera di dalam MySejahtera

○ Sijil digital MySejahtera akan turut berubah ke warna putih – status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan

○ Kemungkinan sekatan di mana-mana lebuh raya, premis atau tempat-tempat percutian

Segera Dapatkan Dos Penggalak Anda

ambil dos penggalak sebelum mac

Dengan kes yang sedang mencanak naik, Cik Min rasa memang penting sangat untuk kita ambil dos penggalak sebelum Mac 2022 ini. Bukanlah nak kata yang kita berharap kepada vaksin semata. Cuma, kalau ada perisai yang boleh bantu mengurangkan impak kepada sebarang jangkitan kan lebih baik? Mari Bersama kita buat pilihan yang bijak demi kesejahteraan diri dan keluarga.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *