Aksi Tutup Mulut Pemain Jerman

02/12/2022 by No Comments

Umum mengetahui bahawa, pada perlawanan antara Jerman dan Jepun baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana, aksi tutup mulut pemain Jerman dilakukan oleh kesemua kesebelasan utama mereka ketika sesi bergambar berlangsung.

Tindakan pasukan Jerman tersebut dilakukan sebelum pertemuan antara pasukan itu dengan Jepun yang berkesudahan 2-1 memihak kepada pasukan Jepun. Kapten pasukan daripada beberapa pasukan Eropah juga telah merancang untuk memakai sarung lengan “One Love” sebagai langkah menyokong kempen One Love bagi hak kemanusiaan.

Aksi Tutup Mulut Pemain Jerman
Sumber gambar Utusan Malaysia

Pemain Jerman telah menjelaskan tujuan mereka menutup mulut ketika sesi bergambar sebelum sepak mula menentang Jepun dalam saingan Kumpulan E di Piala Dunia adalah sebagai tanda protes kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang melarang mereka memakai lilitan lengan pelangi.

Dalam hal ini, lilitan yang tertera tulisan “One Love” bermaksud satu cinta yang merujuk kepada kebebasan mereka untuk mencintai sesiapa sahaja termasuk pasangan sejenis. Ia dibuat sebagai tanda protes kepada polisi kerajaan Qatar yang melarang perbuatan berkenaan kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

Namun begitu, FIFA sebelum ini sudah pun memberikan amaran kepada tujuh negara Eropah, termasuk Jerman dan bakal mengenakan denda kepada pemain atau negara yang ingkar dengan larangan tesebut. Denda yang akan diberikan ialah mengenakan kad kuning kepada pemain yang terlibat sekiranya mereka memakainya di dalam padang.

Di samping itu, Jurulatih Jerman, Hansi Flock dan Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Bernd Nuendorf antara yang lantang mengkritik keputusan FIFA tersebut. Manakala, Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faesar pula bertindak biadap dengan tetap memakai lilitan tersebut di tempat duduk penonton ketika perlawanan sedang berlangsung.

Keangkuhan Jerman terhadap larangan itu akhirnya memakan diri apabila tewas ditangan Jepun dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ritsu Doan dan Takuma Asano pada babak kedua permainan.

Pada pandagan Cik Min, kita perlu menghormati segala keputusan dan larangan yang ditetapkan oleh tuan rumah perlawanan tersebut. Hal ini demikian kerana, sikap tersebut akan memberikan tanggapan buruk kepada pasukan lain yang menyertai perlawanan itu.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian Cik Min pada kali ini tentang ” Aksi Tutup Mulut Pemain Jerman”. Jom dapatkan lebih banyak artikel menarik di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *