Air Asia Beri Keterangan Kepada KPDNHEP

13/05/2022 by No Comments

Syarikat penerbangan merupakan salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh pengguna untuk ke sesuatu destinasi. Tetapi, jika sesebuah syarikat penerbangan kerap kali rescheduled penerbangan ia telah menimbulkan kemarahan pengguna. Susulan isu Air Asia baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan penggunan kepada syarikat penerbangan tersebut. Oleh itu, Air Asia beri keterangan kepada KPDNHEP berkaitan isu tersebut.

Air Asia Beri Keterangan

Air Asia Beri Keterangan Dalam Tempoh 24 Jam

Menerusi Bernama, syarikat penerbangan Air Asia telah beri keterangan kepada pihakKPDNHEP berhubungan isu penerbangan lewat dan penjadualan semula waktu penerbangan yang viral baru-baru ini.

Menurut menterinya iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihak Air Asia beri keterangan kepada KPDNHEP dalam tempoh 24 jam. Hal ini demikian kerana beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan yang disuarakan oleh pengguna berhubung kelewatan penerbangan Air Asia tersebut.

Berdasarkan ciapan beliau semalam, Cik Min mendapati bahawa berlakunya perbincangan di antara KPDNHEP dengan Air Asia. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Air Asia Datuk Kamarudin Meranun, CEO Air Asia Berhad Riad Asmat. Ketua Setiausaha KPDNHEP Tuan Azman Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP Datin Roszanina Wahab.

Berdasarkan perbincangan tersebut, Air Asia telah bersetuju untuk memberikan kerjasama berkaitan isu pengguna dan KPDNHEP akan terus mengadakan libat urus dari semasa ke semasa.

Beliau juga berkata, syarikat penerbangan itu juga akan menambah pesawat bagi menampung permintaan penumpang menjelang Julai, manakala berkenaan aduan pelanggan pula akan diselesaikan menerusi empat saluran Air Asia.

“AirAsia Bhd (bukan AirAsiaX) akan memberikan bayaran balik kepada penumpang (terjejas),” kata Nanta dalam satu bebenang di akaun Twitternya.

Namun begitu, kenyataan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada penumpang yang terjejas seperti seperti akaun @nefauzii dan @cbckitchen

I will get excited once I receive once I received my refund. Give me back my money!

I like refund more than i love boba tea!

Oleh itu, Cik Min harap semua penumpang yang terlibat dalam masalah ini bersabar dan follow up sentiasa dengan Air Asia tentang cara pemulangan duit. Good luck semua! Jumpa di posting yang seterusnya.

•••

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel yang menarik di laman portal CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *