Abang Viva Wira Banjir

28/12/2021 by No Comments

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang lelaki bernama Azwan Omar. Beliau digelarkan abang Viva wira banjir! Cik Min lihat ramai netizen di media sosial yang memuji kesungguhan beliau untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas! Berita ini sampai trending tau!

Dengan berbekalkan semangat dan sifat prihatin, beliau telah mengangkut bot dari Melaka terus ke Selangor semata-mata ingin menolong mangsa banjir. Memang salutelah, Cik Min kepada abang Viva ni!

Mari baca perkongsian lanjut mengenai abang Viva ini! Perkongsian ini Cik Min dapatkan daripada portal Sinar Plus.

Abang Viva Wira Banjir

Encik Azwan Omar Wira Banjir

Ketika bencana banjir melanda beberapa buah negeri baru-baru ini, terdapat beribu-ribu mangsa banjir yang terkandas terutamanya di Selangor dan Pahang. Pelbagai mesej yang dihantar bagi memohon bantuan untuk dipindahkan telah berlegar di laman media sosial seperti Twitter. Cik Min sendiri, sempat melihat tweet berkenaan mangsa banjir yang menghantar mesej bantuan kepada orang ramai.

Dengan kenaikan paras air yang mendadak, bot merupakan pengangkutan penting bagi menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap. Dengan inisiatifnya sendiri, Encik Azwan Omar datang jauh dari Melaka dengan membawa botnya turun ke Shah Alam untuk menyelamatkan mangsa banjir. Memang menakjubkan, bukan? Boleh ikuti cerita lanjut di sini.

Fakta tentang Abang Viva Wira Banjir

Antara fakta tentang Encik Azwan Omar ialah beliau bekerja sebagai operator mesin, beliau juga memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir. Selain itu, dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50, Encik Azwan dikatakan membeli minyak untuk bot sebanyak RM20. Manakala, baki RM30 digunakan untuk membeli makanan seperti roti dan air untuk mengalas perut.

Encik Azwan Omar juga difahamkan hanya tidur di dalam botnya. Namun, beliau terus bersemangat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Kisah Encik Azwan tersebar sehingga ramai yang ingin menderma wang kepadanya. Namun, beliau agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada badan sukarelawan lain.

Abang Viva Wira Banjir

Selain itu, netizen turut berkongsi berkenaan Imam Masjid Negara menitipkan doa buat Encik Azwan ketika khutbah solat Jumaat.

“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja.”

Terkini, Encik Azwan Omar juga turut dikhabarkan sedang mengikuti misi banjir di Pahang. Sangat hebat kisah abang Viva wira banjir ini ya!

Cik Min harapkan agar artikel ini memberi manfaat kepada orang lain dan semoga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha beliau menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva wira banjir hero kami!

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *