Review Drama Rindu Kasih
Cik Min ada juga nampak sedutan drama ini di Tik Tok. Penulisan Puan Saidila tentang review drama Rindu Kasih ni sangat menarik dan comel. Jadi Cik Min sharekan ya. FB Puan Saidila Abdul Rahman di pautan ini.
Review Rindu Kasih
Tamat sudah kisah #RinduKasih
Point dia kat sini.
Amir tak nak jadi anak derhaka tapi dalam masa yang sama Amir dah jadi suami dan lelaki yang tidak bertanggungjawab terhadap isterinya.
Pak Hasan pandai buat kelakar sebab tetap tak mengaku bersalah masa kena tangkap.
Nasib baik Murni kahwin dengan Hisyam , sikit lagi tadi aku nak maki sebab dah nampak dia beria buat persiapan nak nikah dengan Amir.
Air muka Salina betul2 tunjukkan yang dia tak kisah apapun, betul2 macam orang dah takder perasaan cinta dan sayang langsung pada Amir.
Setakat Amir ugut melangkah selangkah jer nanti jatuh talak apalah sangat bagi Salina.
Bagi aku Ina bukan ego tapi dia kuat dan dah nekad. Bagi dia cukuplah sekali. Aku sendiri pun akan buat yang sama.
Lagilah Amir tu pernah naik tangan dengan Ina. Lelaki ni sekali naik tangan dengan perempuan memang tak akan ada yang terakahir kecuali salah seorang mati.
Part last tu seram pulak bila Mak Lijah kata nak balas dendam … ke nanti ada keluar cerita Hantu Mak Lijah Pulang Rumah …
Yang penting scripwriter dah sahkan ada #RinduKasih2
Apapun tahniah kepada semua team #RinduKasih kerana berjaya menyakitkan hati kami sampai 15 episode.
Lakonan Fazlina Ahmad Daud memang mantap.
Cuma aku agak tak puas hati kenapa gambar Mak Lijah takder dalam poster utama jadi nak kasi puas hati aku pun edit sendiri.
Sekian , Tamat !
Cik Min suka tonton lakonan Umi Nazeera dari masa dia berlakon jadi adik Tiz Zaqyah dalam Nur Kasih 15 tahun lepas rasanya. Makeup dia dalam cerita ni pun nampak simple dan boleh kata tak nampak langsung. Natural beauty terus Umi dalam drama ni. Semoga pembaca terhibur dan boleh tinggalkan komen pendapat kalian juga ya!
Review Filem Mechamato boleh dibaca di pautan ini.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem