Tanah Runtuh Batang Kali

16/12/2022 by No Comments

Terperanjat Cik Min baca tentang berita tanah runtuh Batang Kali pagi tadi.

tanah runtuh Batang Kali
Gambar sumber The Vocket

Menerusi kenyataan Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Ada lebih dari 100 orang berada di tempat kejadian.

Daripada sumber Astro Awani, 37 orang sudah diselamatkan. Baca di sini.

Tanah Runtuh Batang Kali

“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar,” katanya.

Difahamkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turut diaktifkan bagi penyelamatan mangsa yang masih terperangkap.

Setakat jam 5.30 pagi, seramai 31 mangsa telah ditemukan dalam keadaan selamat. Diharapkan semoga pasukan penyelamat dapat menemui kesemua mangsa sekaligus mengelakkan daripada para mangsa daripada kecederaan yang lebih serius.

Sekarang kan musim cuti sekolah. Mungkin ibubapa atau sekolah bawa murid untuk berkhemah bagi mengisi masa lapang.

Musim hujan, tanah runtuh

Cuaca pun tak menentu sekarang. Nak sidai kain pun risau tak kering sebab tiba-tiba tengahari hujan. Selalu kita dengar berita banjir setiap kali hujan lebat tak berhenti macam di Kajang tempohari. Rasa macam tempat yang selamat untuk bawa anak-anak hanya di pasaraya. Tapi bukan sahaja anak-anak, orang dewasa pun kena jaga keselamatan bila beraktiviti ya. Malang tak berbau.

Cik Min doakan semua mangsa dalam keadaan selamat. Pasti keluarga yang menanti berita tak senang duduk selagi tak tahu status mangsa. Kita rakyat Malaysia juga bersama-sama doakan ya agar dijauhkan dari segala mala petaka dan bencana.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *