Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali

30/09/2024 by No Comments

Coach TikTok Malaysia iaitu Coach Suraya Ali adalah laluan untuk anda yang ingin menguasai dunia TikTok dengan lebih berkesan. Sebagai seorang coach yang berpengalaman, Coach Suraya mengajarkan pelbagai teknik dan strategi yang akan membantu anda mencipta content yang menarik, meningkatkan penglibatan penonton, dan menjana pendapatan melalui platform ini.

Jadi, Cik Min nak bawa anda semua lebih dekat dengan Coach Suraya! kita akan selami perjalanan inspirasi Coach Suraya, teknik-teknik hebat yang beliau gunakan untuk menarik perhatian di TikTok, serta impak positif yang beliau bawa kepada masyarakat Malaysia.

Siapakah Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali ?

Coach TikTok Malaysia

Puan Suraya Ali adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia keusahawanan digital di Malaysia. Dengan lebih 13 tahun pengalaman, beliau memulakan perjalanan kerjayanya dalam bidang IT sebelum beralih ke bidang perniagaan dengan melancarkan Lunatots.

Lunatots adalah sebuah rangkaian butik dan portal keibubapaan yang telah membantu banyak ibu bapa dalam memilih barangan bayi yang berkualiti. Kejayaan Lunatots bukan sahaja mencerminkan kemahiran beliau dalam perniagaan, tetapi juga semangatnya untuk memberi yang terbaik kepada komuniti.

Sejak 2012, Puan Suraya telah mengalihkan fokusnya kepada pemasaran digital dan latihan. Beliau merupakan seorang Bisnes Coach dan Trainer yang berpengalaman.

Beliau kini berganding bahu dengan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dalam Program eUsahawan. Melalui program ini, beliau membantu usahawan baru memahami dunia digital dan memberi mereka tips yang diperlukan untuk berjaya di era yang serba pantas ini.

Selain itu, Coach Suraya juga kini membuka sebuah syarikat Digital Marketing sendiri iaitu Lunaworks. Syarikat ini bertujuan untuk membantu semua perniaga yang memerlukan perkhidmatan digital marketing seperti Social Media Content, SEO Service, training dalam digital marketing dan banyak lagi !!

Sumber: TikTok | @Lunaworks

Apa Kelebihan Coach Suraya Berbanding Coach TikTok Malaysia Lain ?

Latar Belakang Pendidikan yang Hebat
Coach TikTok Malaysia ini mempunyai Ijazah Kepujian dalam Data Communications dari Universiti Multimedia, Melaka. Beliau menggabungkan pengetahuan teknikal dengan kemahiran perniagaan.

Sijil Profesional yang Mengagumkan
Dari Diploma Digital Enterpreneurship hingga Sijil Digital Marketing Professional, kelayakan beliau menjadikannya seorang pakar dalam bidangnya sehingga menjadi salah seorang Coach TikTok Malaysia.

Kepakaran dalam Latihan Keusahawanan Pemasaran Digital
Sebagai Certified Trainer untuk pelbagai organisasi, Coach Suraya Ali mengajar pelbagai ilmu yang berkaitan Digital Marketing termasuk Google, Instagram, TikTok dan Facebook. Beliau menawarkan latihan yang relevan dan praktikal kepada peserta.

Kerjasama dengan Organisasi Terkenal dan Dipercayai
Coach Suraya telah bekerjasama dengan banyak organisasi seperti MDEC, MARA dan KKM. Ianya memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Pengalaman Coach Suraya Ali Sehingga Menjadi Coach TikTok Malaysia

1. Pengalaman Sebagai Coach

Puan Suraya Ali merupakan Business Coach yang berpengalaman dalam pelbagai program. Pada tahun 2017, beliau menyokong pelajar universiti melalui Program VEST (Varsity Entrepreneurship Skills & Talent) anjuran KPDNKK. Pada tahun 2018, beliau menjadi Business Coach untuk peserta CEO Desa.

Coach TikTok Malaysia

Beliau juga berkhidmat sebagai Coach Content untuk SIRIM Berhad pada tahun 2020 dan sebagai Business Coach untuk Program Pedas (Perkhidmatan eDagang Setempat) dari 2019 hingga 2020. Kini, beliau berperanan sebagai Online Marketing Coach dalam Program DSBA (Digitalization of Small Business) bersama MDEC bagi membantu perniagaan kecil beradaptasi dengan digital.

3. Pengalaman Sebagai Trainer

Coach Suraya bermula menjadi trainer di Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu pada tahun 2016. Seterusnya, pada tahun 2019 pula beliau menjadi Konsultan SEO untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga berperanan sebagai Jurulatih Pemasaran Digital untuk MARA Selangor dari 2018 hingga kini.

Coach TikTok Malaysia

Selain itu, beliau telah melatih usahawan dari golongan pelajar dan kakitangan UNITEN dalam pemasaran digital, serta menjadi Jurulatih untuk Puspanita pada tahun 2017. Pada tahun 2021, beliau bertindak sebagai Perunding, Pemudah Cara, dan Penceramah untuk MARA mengenai pendigitalan, website, blogging, dan content.

3. Pengalaman Sebagai Konsultan

Puan Suraya Ali pernah menjawat jawatan Ketua Bahagian Pembangunan Pemasaran Digital untuk Program DASAR Olive House, sebuah perniagaan makanan sihat, pada tahun 2017. Pada tahun 2019, beliau berkhidmat sebagai Konsultan SEO untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, beliau juga berperanan sebagai Konsultan dalam pemasaran digital (SEO) untuk pelbagai syarikat, termasuk MPWS, Flexis Print, Beana Home Quran, Talenta, Rahim Auto, dan Marco.

Anugerah Yang Pernah Diterima oleh Coach TikTok Malaysia ini

1. 2012 Top 30 Women Enterpreneurship in Business, Success and Equality South East Asia by SME Magazine

2. 2016 Best Presenter for SME@UiTM Programme by SME Corp

3. 2018 Most Popular Trainer (Social Media) by MDEC

4. 2020 Top Trainer (April) Most Class Conducted by MDEC

5. 2021 Top Trainer for Highest Percentage of Reporting Sales by MDEC

Sumber: Tiktok | @CoachSurayaali

6. Gold Club Member for Business Network International (BNI)

Pencapaian Coach TikTok Malaysia Ini Dalam Bidang SEO

1. Kelas Belajar Website dan Blog – Suraya Ali

Beliau pernah mencapai kejayaan dalam SEO dengan menduduki ranking ke-4 di website Surayaali.com untuk keyword “kelas belajar blog.” Artikel yang menarik ini bertajuk Kelas Belajar Website dan Blog – Suraya Ali, di mana beliau berkongsi pelbagai tips dan teknik untuk membantu pembaca memahami dunia blogging dan pengurusan website.

Dengan gaya penulisan yang santai dan mudah difahami, Coach Suraya berjaya menarik perhatian ramai dan memberikan panduan yang bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami dunia digital ini.

2. Blog Susu Ibu

Dalam blog Lunatots, beliau pernah mencapai ranking pertama dan kedua untuk artikelnya. Artikel di rangking pertama itu mengenai cabaran penyusuan susu ibu, di mana beliau berkongsi pengalaman dan tips berguna bagi ibu-ibu yang menghadapi kesukaran dalam proses penyusuan.

Selain itu, beliau juga menceritakan sejarah Lunatots, memberikan pembaca pemahaman mendalam tentang bagaimana jenama ini bermula dan berkembang.

Dengan gaya penulisan yang santai dan penuh keperihatinan, artikel-artikel ini bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga membantu ramai ibu memahami bahawa mereka tidak sendirian dalam perjalanan penyusuan ini.

3. Apa Itu Program e-Usahawan?- Program Untuk Rakyat

Meraih ranking ke-5 di website surayaali.com dengan artikel yang sangat menarik bertajuk Apa Itu Program e-Usahawan? – Program Untuk Rakyat. Dalam artikel ini, beliau menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu rakyat Malaysia untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan mereka di dunia digital.

Beliau mengupas pelbagai aspek mengenai Program e-Usahawan, termasuk manfaatnya, cara penyertaan, serta kisah kejayaan peserta yang telah mengambil bahagian.

Feedbacks Terhadap Coach Suraya Ali Dan Lunaworks.Co

Coach TikTok Malaysia

Sebagai seorang Coach TikTok Malaysia yang berpengalaman, Puan Suraya Ali telah membuktikan bahawa dengan ilmu dan dedikasi, sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan dalam dunia keusahawanan digital. Perjalanan beliau yang bermula dari latar belakang IT hingga ke kejayaannya dalam pemasaran digital adalah sumber inspirasi yang tak ternilai.

Melalui pelbagai program dan inisiatif, beliau telah membantu ramai individu memahami potensi digital mereka dan mengasah kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

Jika anda sedang mencari peluang untuk mengembangkan kemahiran dalam blogging, pemasaran digital, atau ingin menjadikan TikTok sebagai platform untuk mencapai impian, ini adalah waktu yang Cik Min rasa tepat untuk anda sertai. Jangan lepaskan peluang untuk sertai kelas Coach Suraya secara percuma. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website Lunaworks.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *