7 Aktiviti Extreme di Perak
Jika anda penggemar aktiviti extreme, sudah semestinya anda inginkan sesuatu yang mencabar adrenalin untuk melupakan kesibukan hal-hal di kota raya, kan? Jadi pada entri kali ini, Cik Min ingin kongsikan 7 aktiviti extreme di Perak yang boleh anda cuba. Cik Min yakin, kesemua aktiviti ini pasti sesuai dengan jiwa anda yang berdarah muda!
1. White Water Rafting, Gopeng
Aktiviti air ini sangat sesuai untuk anda yang mahukan pengalaman dan ingin mencabar diri untuk mengatasi perasaan takut terhadap deruan air deras walaupun tidak tahu berenang.
Aktiviti yang dijalankan di sepanjang Sungai Kampar, Gopeng ini kebiasaannya akan mengambil masa 1 jam 30 minit sehingga 2 jam untuk 5 kilometer, mengikut cuaca dan keadaan semasa.
Jika anda hendak mencuba aktiviti pertama daripada senarai 7 aktiviti extreme di Perak Cik Min ini, namun tidak tahu berenang? Jangan risau…
Di sini, anda juga akan diajarkan aktiviti ‘Water Confident‘ terlebih dahulu oleh jurulatih berpengalaman dalam mempelajari teknik mudah jika terjatuh ke dalam air. Jadi, jom layari website River Explorer Asia untuk ketahui info lebih lanjut mengenai ‘White Water Rafting‘ ini.
2. Water Tubing, Ulu Bernam River
Jika anda tidak mahukan aktiviti yang terlalu extreme seperti tadi, anda boleh juga mencuba aktiviti ‘water tubing‘ di Ulu Bernam River tau! Apa yang pasti, ia sememangnya lebih santai.
Anda akan disediakan dengan satu tiub pelampung setiap seorang dan dilepaskan secara beramai-ramai. Aktiviti ini confirm kena dengan jiwa anda yang gemarkan aktiviti di dalam air, namun lebih sukakan sesuatu yang yang santai dan ‘healing‘ gittew. Untuk ketahui info lebih lanjut, anda boleh layari website CORERepublic.my.
3. Menunggang ATV di Gopeng
Aktiviti menunggang ATV ini dikira sebagai salah satu aktiviti extreme buat anda yang gemarkan sukan permotoran. Melalui ini, anda dapat menguji skil imbangan badan ketika menaiki bukit dan kawasan-kawasan yang agak cerun dan tidak rata, untuk kembali ke checkpoint terakhir.
Aktiviti ATV ini kebiasaannya dikungjungi oleh mereka yang sudah berkeluarga juga tau! Tapi kalau nak beraktiviti bersama kawan-kawan pun makin bertambah bestlah ceritanya. Jom dapatkan info lebih lanjut, di website ATV Gopeng.
4. Flying Fox di Gua Kandu, Gopeng
Untuk melaksanakan aktiviti flying fox di Gua Kandu ini, anda perlu mendaki Gua Kandu terlebih dahulu untuk tiba ke titik permulaan flying fox tersebut ya! Setelah berjaya tiba di starting point tersebut, barulah anda boleh mulai ‘terbang’ sejauh 100 meter.
Ha, macam mana? Menarik kan aktiviti flying fox di Gua Kandu ni? Disamping dapat pengalaman flying fox, anda juga dapat teroka khazanah Gua Kandu ini. 2-in-1 bak kata orang.
Pastikan aktiviti ini dimasukkan ke dalam ‘bucket list’ aktiviti extreme yang anda perlu lakukan di Perak nanti ya! Untuk ketahui info lebih lanjut, anda boleh layari website Nomad Adventure.
5. Lost World of Tambun, Ipoh
Lost World of Tambun (LWOT) juga merupakan salah satu tarikan di antara 7 aktiviti extreme di Perak yang boleh anda lakukan.
Di LWOT ini, terdapat pelbagai aktiviti extreme yang telah disediakan. Daripada aktiviti air sehinggalah aktiviti darat, semuanya mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Ia juga turut dikelilingi oleh alam semula jadi yang pasti akan membuatkan anda semakin teruja untuk meneroka!
Aktiviti lasak yang disediakan adalah seperti jelajah Gua Datok, berkayak, rock climbing, zipline dan macam-macam lagi. Jika anda mahu melakukan aktiviti team building, di sini merupakan pilihan terbaik yang boleh anda usulkan kepada syarikat. Memang tak rugi!
Untuk melihat senarai harga pakej dan aktiviti di LWOT ini, anda boleh layari website mereka di Sunway Lost Word Of Tambun.
6. Eksplorasi Gua Tempurung | 7 Aktiviti Extreme di Perak
Bagi anda yang mahu melakukan aktiviti extreme sambil menerokai hasil geomorfologi sejak beribu tahun lalu, eksplorasi Gua Tempurung juga adalah salah satu di antara 7 aktiviti extreme di Perak yang boleh anda cuba!
Sepanjang perjalanan ekplorasi di dalam Gua Tempurung, anda akan mendaki kira-kira 640 anak tangga, menelusuri sungai dan merangkak untuk berjaya menerokai kesemua khazanah Gua Tempurung ini.
Eksplorasi ini kebiasaannya akan mengambil masa dalam 40 minit sehingga 4 jam mengikut pakej yang dipilih. Setiap perjalanan semestinya akan dipimpin oleh penasihat yang berpengalaman untuk keselamatan anda. Untuk melihat pelbagai pakej yang disediakan, anda boleh layari Facebook Gua Tempurung Official .
7. Mendaki Bukit Batu Putih, Gopeng | 7 Aktiviti Extreme di Perak
Aktiviti hiking di Bukit Batu Putih adalah di antara aktiviti ‘kering’ yang boleh anda lakukan dan ia juga boleh dikategorikan sebagai aktiviti extreme. Untuk tiba di puncak Bukit Batu Putih yang berketinggian 310 meter dari paras laut ini, perjalanan akan mengambil masa kira-kira 30 – 40 minit.
Setelah anda berjaya tiba di puncak bukit ini, anda akan dapat melihat keindahan alam semula jadi yang dipenuhi dengan kehijauan, serta melihat beberapa anak sungai. Sudah semestinya anda akan memperoleh sebaik-baik pengalaman apabila melancong di negeri Perak ini.
Lengkapkan ‘bucket list’ anda dengan 7 Aktiviti Extreme di Perak
Cik Min sudah pun habis berkongsi tentang 7 jenis aktiviti extreme berbeza yang boleh lakukan di Perak. Jadi, yang mana satu bakal menjadi pilihan anda untuk beraktiviti pada hujung minggu ni? Kalau masih tidak dapat memilih, pastikan kesemua aktiviti tersebut dimasukkan ke dalam ‘bucket list’ percutian anda tau! Hehe…
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “7 Aktiviti Extreme di Perak”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.