10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

31/12/2021 by No Comments

Sekiranya anda ingin mengurangkan cukai, anda perlu tahu 10 perkara sebelum 31 Disember 2021 ini tamat. Ianya merupakan maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai individu. Hal ini dikatakan demikian kerana, semakin banyak pelepasan cukai yang anda dapat, semakin sedikit cukai yang anda perlu bayar.

Jika anda masih tercari-cari maklumat berkenaan senarai pelepasan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi e-Filing pada tahun 2022 nanti (tahun taksiran 2021), artikel ini pastinya sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Shariah Screener. Jom ikuti perkongsian di bawah.

10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Umumnya mengetahui bahawa hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2021 ini. Jadi, Cik Min nak ajak anda semua baca tentang perkara yang boleh anda lakukan bagi merebut insentif cukai.

Terdapat 3 kategori yang terbahagi seperti berikut:

Pelepasan Cukai – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

1. Ibu Bapa – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Peralatan Menyusu (RM1,000)
Dikhaskan bagi pembayar cukai wanita sahaja. Bagi mereka yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun, ianya boleh dituntut setiap 2 tahun sekali.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (RM8,000)
Ini adalah jumlah simpanan bersih. (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2021 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2021). Ianya bermaksud, sekiranya pada awal tahun anda pernah mendepositkan RM10,000 tetapi, tiba-tiba anda mengeluarkan RM7,000, maka anda hanya layak untuk menuntut pelepasan sebanyak RM3,000.

Masih belum terlambat untuk anda membuka akaun SSPN. Sekiranya anda belum membuka akaun SSPN untuk anak, bukalah sekarang secara dalam talian di portal SSPN Prime Online. Pendeposit perlu membuat deposit minimum RM20 untuk pembukaan akaun baharu. Pelepasan cukai anda dapat, duit simpanan untuk anak juga ada.

Yuran Taman Asuhan/Tadika Berdaftar (RM3,000)
Kepada mereka yang mempunyai anak di bawah umur 6 tahun, salah seorang daripada ibu bapa boleh menuntut jumlah tersebut.

2. Pendidikan (RM7,000) – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Ianya merupakan yuran pendidikan untuk diri sendiri dan ia terbahagi kepada dua:

  • Selain daripada Master dan PHD, kursus di dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, vokasional, perindustrian, saintifik atau teknologi.
  • Master dan PHD, semua bidang pengajian.

Senarai institusi tempatan atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau diluluskan oleh Menteri Kewangan boleh didapati di laman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi.

3. Perbelanjaan Perubatan – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Perbelanjaan perubatan untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak (RM6,000) – bagi penyakit berbahaya, kos rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan.

Contoh:
Dalam tahun 2021, kos rawatan penyakit leukemia yang dihidapi oleh Jasmin berjumlah RM12,000. Daripada jumlah tersebut, Jasmin membayar RM8,000 dan suaminya, Hanapi membayar bakinya sebanyak RM4,000. Resit secara berasingan juga telah dikeluarkan atas nama Jasmin dan Hanapi. Oleh itu, Jasmin dibenarkan untuk mendapat potongan bagi perbelanjaan perubatan yang dibayar olehnya tetapi terhad kepada RM6,000 sahaja. Sementara Hanapi pula dibenarkan untuk mendapat potongan sebanyak RM4,000 seperti yang dibayar olehnya.

Pemeriksaan kesihatan penuh (RM500) – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Pemeriksaan perubatan penuh termasuk:

(a) Pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan mata, telinga, hidung, kerongkong, leher, dada, jantung, payudara, abdomen, tangan, kaki, pemeriksaan berat badan, dan tekanan darah.

(b) Pemeriksaan X-ray.

(c) Ujian darah dan ujian urin.

(d) Perbincangan dengan pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan berhubung dengan hasil pemeriksaan.

Sekiranya anda sekadar membuat pemeriksaan X-ray dan ujian darah (bukan full medical checkup), anda tidak layak untuk menuntut perbelanjaan tersebut. Seeloknya setiap tahun, anda perlu jadikan pemeriksaan kesihatan penuh ini sebagai rutin, terutamanya bagi yang berumur 40 tahun ke atas.

Rawatan perubatan/penjagaan ibu bapa (RM8,000)

Ibu bapa merujuk kepada ibu bapa kandung, atau ibu bapa angkat jika individu itu adalah seorang anak angkat. Jika ada dalam keluarga adik-beradik anda yang telah menuntut RM8,000 ini, maka anda tidak layak untuk membuat tuntutan.

Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa yang layak untuk potongan adalah termasuk:

(a) Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang disediakan oleh rumah penjagaan.

(b) Rawatan pergigian yang dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi dan membersihkan karang gigi. Ianya tidak termasuk rawatan kosmetik seperti mengganti dan membaik pulih gigi yang melibatkan penyatuan, root canal dan gigi palsu.

4. Gaya Hidup – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Pembelian bahan-bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar/tablet, peralatan sukan, langganan internet dan keahlian gimnasium (RM2,500).

Pembelian peralatan sukan untuk mana-mana aktiviti sukan seperti yang didefinisikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 termasuk pembelian basikal (tidak terpakai kepada jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk kegunaan dan manfaat diri sendiri, pasangan atau anak (tidak termasuk keahlian kelab yang menyediakan kemudahan gimnasium).

Diingatkan bahawa kasut sukan adalah kategori pakaian sukan, bukan peralatan sukan. Jadi, jangan kecewa sekiranya anda sudah terbeli kasut Nike, Adidas atau Puma yang mahal tetapi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

TAMBAHAN gaya hidup (RM2,500) – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet untuk kegunaan/manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan.

Contoh:
Pak Teh membeli laptop untuk kegunaan PdPR anaknya dengan harga RM4,000 pada 1/1/2021. Pak Teh boleh menuntut keseluruhan perbelanjaan itu dengan memasukkan RM2,500 di ruang pelepasan gaya hidup TAMBAHAN ini dan baki RM1,500 dimasukkan di ruang pelepasan gaya hidup. Jika Pak Teh ada membeli buku atau internet, baki yang boleh dituntut hanya tinggal RM1,000 kerana pelepasan gaya hidup ini juga terhad kepada RM2,500.

TAMBAHAN gaya hidup berkaitan aktiviti sukan (RM500)

Sewaan fasiliti sukan seperti court futsal, court badminton dan yuran penyertaan pertandingan.

5. Perbelanjaan Melancong dalam Negara (RM1,000)

Pelepasan cukai untuk perbelanjaan perjalanan dalam negara. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong seperti taman tema juga dibenarkan.

Jangan lupa pergi bercuti dan simpan bukti pembayaran berkaitan. Premis penginapan yang berdaftar boleh disemak melalui pautan ini.

6. Insurans dan Pelaburan – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Sudah mencarum takaful atau belum?

Takaful/Insurans hayat:

  • Pekerja sektor swasta (RM3,000)
  • Pekerja sektor awam (RM7,000)

Takaful/Insurans pendidikan dan perubatan (RM3,000)

Skim-Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) – RM3,000

Jika anda buka akaun sebelum 31 Disember 2021, anda masih layak untuk menuntut pelepasan ini pada tahun depan.

7. Caruman Kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

B. Pemotongan Cukai

8. Sumbangan – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Rujuk:

PENCUKAIAN INDIVIDU BERMASTAUTIN
BAHAGIAN I – HADIAH ATAU SUMBANGAN DAN POTONGAN YANG DIBENARKAN
KETETAPAN UMUM NO. 8/2020

  • Institusi/organisasi/dana yang diluluskan (sehingga 10% daripada gaji)

Contohnya, jika anda menderma kepada Tabung COVID-19 di bawah Kementerian Kesihatan, Tabung Bantuan Bencana Negara di bawah NADMA dan institusi atau organisasi diiktiraf.

Bagi yang menderma secara tunai, rekod yang perlu disimpan ialah resit rasmi kerajaan, slip pindahan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), slip deposit cek, slip deposit melalui kaunter bank, slip pembayaran dalam talian atau slip pindahan melalui Interbank Giro (IBG Transfer).

Boleh semak senarai NGO, badan kebajikan, institusi atau organisasi lain yang diluluskan di Senarai Institusi atau Organisasi Yang Diluluskan Di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.

  • Aktiviti sukan yang diluluskan (sehingga 10% daripada gaji).
  • Projek yang diluluskan berkenaan kepentingan negara (sehingga 10% daripada gaji).
  • Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa agama yang sesuai yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau universiti awam yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama (sehingga 10% daripada pendapatan agregat).

9. Sumbangan Lain – 10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

  • Derma/hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan (nilai sumbangan).
  • Artifak, manuskrip, lukisan (nilai sumbangan).
  • Derma/hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan. (nilai sumbangan tetapi di bawah RM20,000).
  • Derma/hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.
  • Derma/hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.
  • Lukisan kepada galeri seni negara atau galeri seni negeri.

C. Rebat Cukai

10. Zakat/Fitrah

Akhir sekali bagi 10 perkara sebelum 31 Disember 2021 tamat ini adalah, Cik Min ingin mengingatkan anda supaya tidak lupa menunaikan tanggungjawab anda untuk membayar zakat.

Tidak banyak negara di dunia ini yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Namun di Malaysia, Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Diingatkan, kadar zakat hanyalah dalam batas 2.5 peratus sahaja. Maka, seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, sama ada sebenarnya pendapatan seseorang itu lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang cukai (B/BE).

10 Perkara Sebelum 31 Disember 2021 Tamat

Untuk sebarang info dan pertanyaan lanjut tentang 10 perkara pelepasan cukai individu pemastautin sebelum 31 Disember 2021 tamat, anda boleh hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-8911-1000. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *