Tips Copywriting untuk Usahawan

15/08/2023 by No Comments

Jom, kita belajar bagaimana nak buat copywriting yang menarik audiens tuan puan! Maklumlah, tuan puan kan ada pelbagai produk dan servis untuk dipromosikan, kan? Maka, posting kali ini Cik Min nak kongsi beberapa tips copywriting untuk usahawan hebat di luar sana.

Apa itu Copywriting?

Untuk pengetahuan tuan puan, copywriting adalah sebuah teks yang digunakan untuk menarik perhatian para audiens untuk membaca posting yang tuan puan kongsikan.

Copywriting yang menarik dan kreatif, ia secara tidak langsung dapat menarik perhatian pembaca sehingga akhirnya mendorong audiens untuk melakukan sesuatu perkara. Sama ada hubungi anda atau klik like pada posting anda.

Bukan itu sahaja, copywriting yang hambar selalunya tidak dapat menarik perhatian target audiens tuan puan. Jadinya, kebarangkalian untuk mendapat ‘leads‘ juga menjadi rendah.

3 Tips Copywriting untuk Usahawan Pemula

1. Kenali ‘USP’ Perniagaan Anda

Untuk tuan puan usahawan, pastikan anda kenali apa itu ‘USP’ atau ‘Unique Selling Point’ produk atau servis yang ditawarkan. Kemahiran mengenali dan mendalami ‘USP’ anda akan menjadi bahan utama untuk menarik audiens tuan puan untuk membaca posting anda.

Contohnya, jika anda menjual tudung sekolah kanak-kanak, pastikan anda mahir bercerita tentang keunikan produk anda untuk pastikan audiens berminat untuk membaca ayat seterusnya.

Contoh copywriting untuk tudung sekolah:

“Bilik darjah dah PANAS, apa kata pakaikan anak tudung sekolah material SEJUK…”

Apabila membaca ayat ini, audiens dapat kenal pasti bahawa tuan puan ingin mengetengahkan jenis kain tudung yang tuan puan tawarkan.

2. Selesaikan Masalah Pengguna | Tips Copywriting untuk Usahawan

Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengguna produk tuan puan. Jika tuan puan handal mengolah ayat yang menarik dan kaitkannya dengan masalah yang pengguna alami, sudah pasti ramai audiens yang lebih tertarik dengan posting tersebut.

Contoh copywriting berkaitan dengan masalah:

“Susu badan tak dapat banyak, kesian anak ibu menangis sepanjang masa sebab tak kenyang.”

– Ibu

Untuk ayat seterusnya, anda boleh lanjutkan dengan apa yang produk anda boleh bantu ibu tersebut. Copywriting yang melibatkan emosi juga bantu menarik perhatian audiens.

3. Mahirkan Teknik Copywriting AIDA

Tuan puan harus mahirkan teknik menulis copywriting dengan struktur AIDA. AIDA adalah singkatan bagi Attention, Interest, Desire & Action.

AIDA adalah satu guideline untuk tuan puan kenal pasti apa elemen-elemen yang perlu ada dalam satu teks posting. Jika tuan puan lengkapkan AIDA ni sebaiknya, maka tuan puan berjaya hasilkan copywriting yang bermanfaat.

Tips Copywriting untuk Usahawan
Sumber: Leonora

Cik Min sudah pun kongsikan 3 tips copywriting untuk usahawan praktikkan dalam posting media sosial perniagaan tuan puan. Jangan lupa untuk buat latihan menulis, dan sesuaikan posting dengan target audiens yang tuan puan mahukan.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Tips Copywriting untuk Usahawan”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal CeritaMalaysia.com.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *