Tempat Peranginan Seperti Bali di Malaysia

26/11/2021 by No Comments

Tempat Peranginan Seperti Bali

Dah boleh berjalan-jalan ni mesti anda semua nak cari tempat menarik untuk bercuti, bukan? Semestinya, tempat peranginan seperti Bali ini boleh menjadi pilihan anda! Mana tidaknya, hendak bercuti di luar negara masih tidak dibenarkan kerana keadaan pandemik yang melanda seluruh dunia sekarang. Jadi, anda perlulah cari tempat yang menarik di dalam negara sahaja. Banyak tempat peranginan menarik yang boleh dikunjungi bersama-sama keluarga dan orang yang tersayang!

Cik Min rasa ramai yang tahu tentang tempat percutian Bali di Indonesia itu, kan? Ia sangat terkenal dalam kalangan pelancong luar dan tempatan. Cik Min belum pernah lagi berkunjung ke sana, namun Cik Min rasa di Malaysia pun banyak tempat peranginan seperti di Bali! Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min nak kongsikanlah dengan anda semua tentang tempat peranginan seperti Bali di Malaysia.

8 Tempat Peranginan Seperti Bali yang Menarik di Malaysia

Cik Min nak kongsikan serba sedikit mengenai tempat peranginan seperti Bali yang best di Langkawi yang Cik Min dapat daripada Facebook Places Malaysia. Info berguna ini dapat memudahkan anda semua membuat pilihan yang tepat untuk pergi bercuti. Mesti seronok, bukan?

1. Kunang-Kunang Resort Langkawi, Kedah | Tempat Peranginan Seperti Bali

Tahukah anda, di Langkawi terdapatnya tempat peranginan yang indah seakan persis di Bali, Indonesia iaitu Kunang-Kunang Resort. Mendengar namanya pun pasti membuatkan anda teruja kan? Di Kunang-Kunang Resort ini anda dapat merasai pengalaman melihat reka bentuk rumahnya yang cantik menggunakan kayu asli.

Di Kunang-Kunang Resort ini juga mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Vila Temoyong dan Vila Chandekura. Selain itu, di resort ini menyediakan kemudahan-kemudahan yang menarik buat para pelancong menginap di sana. Anda juga dapat menikmati suasana yang indah dan damai pada waktu malam di resort ini!

Tempat Peranginan Seperti Bali
Sumber: Portal Agoda

2. Batu Batu Resort Mersing, Johor

Kita semua tahu di Johor juga mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi, salah satunya tempat peranginan Batu Batu Resort di Mersing ini. Anda yang suka pemandangan pantai yang indah, wajib berkunjung ke tempat peranginan ini.

Anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti di sini, selain dapat merehatkan minda dan tubuh badan. Antara kemudahan popular yang disediakan ialah kolam renang, perkhidmatan spa dan wi-fi percuma. Anda juga pasti suka kerana resort ini berhadapan dengan laut. Bestnya! Cik Min pula teringin mahu bercuti di sini.

Tempat Peranginan Seperti Bali

3. Villa Samadhi, Kuala Lumpur | Tempat Peranginan Seperti Bali

Bagi warga Kuala Lumpur dan Selangor yang mahu bercuti tapi tak nak melancong jauh-jauh, anda boleh berkunjung ke Villa Samadhi, Kuala Lumpur. Vila ini terletak di kawasan mewah dan ia merupakan hotel mewah beratap jerami untuk orang dewasa sahaja. Jarak vila ini hanya sejauh 2 km dari Menara Berkembar Petronas dan Taman KLCC yang indah.

Vila ini juga menyediakan pemandangan yang sangat cantik, lagi-lagi pada waktu malam. Selain itu, Villa Samadhi ini juga dilengkapi dengan kemudahan wi-fi, kolam renang terbuka dan perkhidmatan servis bilik.

4. Lost Paradise Resort Penang

Sekiranya anda pergi ke Pulau Langkawi, anda wajib berkunjung ke Lost Paradise ini. Ia merupakan sebuah tempat peranginan yang menarik untuk dikunjungi. Pulau yang juga dipanggil Pulau Paradise 101 merupakan pulau yang berdekatan dengan Pulau Langkawi. Sekiranya anda mahu bermain air dan tidak suka bersesak-sesak, ini antara tempatnya.

Di sini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti jetski, snorkeling dan anda juga boleh bersantai di taman mini Aqua Park di tepi laut! Anda juga dapat bermandi-manda di kolam renang outdoor yang disediakan.

Tempat Peranginan Seperti Bali
Sumber: Portal Agoda

5. The Shorea Negeri Sembilan | Tempat Peranginan Seperti Bali

Mesti anda tertanya-tanya tempat peranginan menarik apakah yang ada di Negeri Sembilan? Sudah tentunya di The Shorea. Vila ini menyediakan tempat penginapan yang cantik buat pelancong yang ingin bercuti di sini. Vila mewah di hutan hujan ini dibina daripada kayu yang dikitar semula, batu semula jadi dan jubin pulih guna. Selain itu, vila ini terletak sejauh 17 km dari Air Terjun Toi dan 7 km dari Ladang Burung Unta Jelita.

Perjalanan dari KL ke vila ini mengambil masa hanya 1 jam, dan mengambil masa hanya 20 minit dari Bandar Seremban. Jadi, mudahlah untuk anda datang ke tempat ini! Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang terbuka, wi-fi percuma, perkhidmatan mesra kanak-kanak dan perkhidmatan dobi.

Sumber: Portal TripAdvisor

6. Alamanda Villas Langkawi, Kedah

Bagi anda yang suka dengan tempat pelacongan seperti di Bali, anda mesti lawati Alamanda Villas ini. Mana tidaknya, ia menyediakan tempat dan suasana yang menarik dan membuatkan anda seakan-akan berada di Bali! Selain itu, vila ini juga menawarkan penginapan yang berhawa dingin dengan balkoni, sebuah kolam renang terbuka, taman dan kemudahan wi-fi secara percuma buat pelancong.

Aktiviti yang dapat dilakukan di kawasan berdekatan vila ini ialah hiking, diving dan canoeing. Vila ini juga menyediakan kemudahan barbeku dan sewaan kereta. Memang sesuailah untuk anda dan keluarga bercuti di sini!

7. Malihom Private Estate Penang | Tempat Peranginan Seperti Bali

Pulau Pinang sememangnya merupakan negeri pelancongan yang sangat popular dalam kalangan pelancong di dalam dan luar negara. Namun, sekiranya anda pergi ke sana, Cik Min sarankan anda berkunjung ke Malihom Private Estate.

Malihom Private Estate merupakan satu tempat penginapan tertutup yang sesuai untuk anda kunjungi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini iaitu aktiviti berbasikal, mencanting batik dan membuat seramik. Selain itu, bagi anda yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan, tempat ini memang sesuai untuk anda! Hal ini kerana, ia menyediakan pemandangan yang sangat indah dan semula jadi.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam renang terbuka, makanan sarapan pagi, restoran, perkhidmatan mesra kanak-kanak, ruang letak kereta dan sebagainya.

8. Selepas Hujan Negeri Sembilan

Kalau berada di Negeri Sembilan, memang tak sah jika anda tidak pergi ke Selepas Hujan ini. Vila ini terletak di kawasan hutan hujan tropika. Untuk anda yang gemar alam semula jadi dan kicauan burung-burung, anda memang patut berkunjung ke sini!

Perjalanan ke vila ini dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya 1 jam 10 minit dan 30 minit dari Bandar Seremban. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, dining dan perkhidmatan dapur. Selain itu, terdapat aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan iaitu jungle trekking yang dibimbing oleh Orang Asli dan perkhidmatan traditional massage. Anda juga dapat menikmati pengalaman merasai makanan tradisional Orang Asli di sini!

Sumber: Portal TripAdvisor

Selepas lihat semua tempat peranginan tersebut, Cik Min rasa semua tempat seronok. Jadi, tempat peranginan seperti Bali yang mana satu menjadi pilihan anda? Tepuk dada, tanya hati.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *