Tarikan District 21 Putrajaya

26/11/2021 by No Comments

Betul ke beberapa tarikan di District 21 Putrajaya takkan menghampakan pengunjungnya?

Esok dah masuk weekend, Cik Min pasti ramai yang masih belum ada plan nak buat aktiviti apa bersama family, kan? Atau mungkin anda dah deal dengan kawan-kawan tapi masih belum decide nak pergi mana?

Hari ini Cik Min rasa berkelapangan nak berkongsi satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di sekitar Putrajaya, iaitu District 21, IOI City Mall.

District 21, IOI City Mall Putrajaya

IOI City Mall merupakan pusat membeli-belah terbesar di Lembah Klang Selatan. Anda boleh pergi ke IOI City Mall melalui lebuh raya utama ataupun dengan pengangkutan awam.

Untuk pengetahuan anda, IOI City Mall mempunyai ruang sewa kedai seluas 1.5 juta kaki persegi dan merangkumi jenama fesyen yang terkenal, pasar raya, panggung wayang dan restoran. Restoran di situ dikhabarkan menawarkan pelbagai jenis makanan selera tempatan dan antarabangsa yang sangat enak.

Salah satu tarikan di IOI City Mall Putrajaya ini adalah ia menempatkan satu gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik, iaitu Icescape Ice Rink dan ‘aktiviti pengembaraan’ seluas 70,000 kaki persegi, iaitu District 21.

Sumber: Hiphippopo

Tambahan pula, di sepanjang The Symphony Walk, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan di tengah-tengah suasana ketenangan dengan landskap yang subur.

Aktiviti Apa Yang Menjadi Tarikan di District 21 Putrajaya?

Setelah Cik Min buat beberapa research mengenai tarikan District 21 Putrajaya di Internet, Cik Min mendapati terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sana bersama family dan kawan-kawan. Antaranya adalah seperti berikut:

Free Fall

Tarikan District 21 Putrajaya
Free Fall akan membuatkan anda merasai pengalaman melompat daripada kapal terbang dengan menggunakan tali. – Sumber: Time Out

Roller Glider

Tarikan District 21 Putrajaya
Anda akan menyusuri laluan selekoh tajam pada kelajuan 30km sejam di Roller Glider ini. – Sumber: Time Out

Gopedal

Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak, iaitu Gopedal. – Sumber: Time Out
Tarikan District 21 Putrajaya
Permainan ini adalah antara keseronokan dan ketakutan mengharungi halangan yang disediakan. – Sumber: Time Out

Sky Trail

Tarikan District 21 Putrajaya
Sky Trail berfungsi untuk menguji stamina anda. – Sumber: Time Out

Tubby Ride

Tubby ride sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. – Sumber: Time Out

Maze

Tarikan District 21 Putrajaya
Maze terdiri daripada labirin terowong, sangkar dan teka-teki membengkok minda yang meregangkan minda anda. – Sumber: Time Out

Harga Kemasukan ke District 21 Putrajaya

Untuk makluman anda, harga kemasukan ke District 21 Putrajaya yang asal adalah sebanyak RM61 (seorang), namun sekarang mereka menawarkan harga promosi, iaitu hanya RM50.

Lagi satu, anda boleh membuat semakan pakej yang ditawarkan atau terus membuat tempahan tiket secara online di sini. Jadi, anda dah tak perlu susah-susah nak beratur beli tiket di kaunter.

Anda hanya perlu tunjukkan tiket yang telah dibeli secara online kepada penjaga premis berkenaan pada hari kejadian.

Macam mana sekarang? Anda ada rasa tertarik untuk melakukan kunjungan dan pengembaraan di District 21 ini?

Jangan lupa untuk bawa family dan kawan-kawan di sini tau pada hujung minggu ini.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *