Souvenir Yang Wajib Dibawa Balik Bila Melancong ke Sabah!

03/12/2024 by No Comments

Souvenir Yang Wajib Dibawa Balik apabila melancong ke Sabah bukan hanya sekadar kenangan tetapi juga tanda penghargaan kepada budaya dan keunikan negeri di bawah bayu ini. Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan Gunung Kinabalu dan pulau-pulaunya yang memukau, tetapi juga menawarkan pelbagai produk tempatan yang unik dan bernilai.

Jadi, kalau anda terfikir nak cari souvenir yang wajib dibawa balik bila melancong ke Sabah ni, jangan risau! Cik Min ada senarai cenderahati terbaik yang pasti buat anda puas hati. Jom kita lihat!

Senarai Souvenir Yang Wajib Dibawa Balik Bila Melancong ke Sabah!

Souvenir yang wajib dibawa balik

1. Keropok Amplang: Kudapan Tradisional Sabah

Keropok amplang, siapa yang tak kenal? Ini adalah salah satu produk ikonik Sabah yang wajib dibawa balik. Dengan rasa ikan tenggiri segar yang dipadankan dengan tekstur rangup, keropok amplang bukan sahaja sedap dimakan begitu saja malah ia juga cukup sempurna untuk dijadikan kudapan di waktu santai atau dibawa ketika perjalanan jauh.
👉 Beli keropok amplang di Shopee: Klik di sini

Souvenir yang wajib dibawa balik

2. Kuih Cincin: Warisan Manis Masyarakat Sabah

Kuih cincin ini memang lain daripada yang lain. Bentuknya yang unik seperti cincin bukan sahaja melambangkan budaya dan kreativiti masyarakat Sabah tetapi juga memberi rasa manis yang membangkitkan nostalgia. Teksturnya kenyal dan rasanya pula lemak manis daripada gula merah yang membuatkan siapa saja jatuh cinta.

Kuih Cincin ini boleh dijadikan sebagai kudapan petang atau hadiah istimewa untuk orang tersayang. Ianya diperbuat daripada tepung beras, gula merah, dan santan asli.

👉 Dapatkan kuih cincin di Shopee: Klik di sini

3. Butang Baju Melayu Mutiara: Elegan dan Eksklusif

Kalau anda sedang cari sesuatu yang eksklusif, butang baju Melayu mutiara ni mesti ada dalam senarai. Sesuai untuk majlis formal, Hari Raya, atau apa saja acara khas, butang ini melengkapkan gaya baju Melayu dengan sentuhan elegan. Mutiara asli Sabah yang digunakan juga menjadikan ia lebih bernilai dan memancarkan kemewahan.

👉 Beli butang baju Melayu mutiara di Shopee: Klik di sini

4. Gelang Mutiara: Simbol Keanggunan Wanita

Gelang mutiara dari Sabah ni memang pilihan tepat kalau nak beri hadiah kepada orang yang tersayang atau sebagai koleksi peribadi. Mutiara berkualiti tinggi ini diproses dengan penuh teliti untuk mengekalkan kilauannya. Bagi wanita yang sukakan gaya klasik, gelang mutiara ini pasti memikat hati.

Tetapi anda juga perlu mengetahui cara penyimpanan gelang mutiara ini agar mutiaranya kekal cantik dan berkilau. Anda pelu simpan di tempat yang kering dan elakkan daripada terdedah kepada bahan kimia.

👉 Dapatkan gelang mutiara di Shopee: Klik di sini

Tempat Terbaik untuk Membeli Souvenir di Sabah

Nak beli souvenir yang wajib dibawa balik bila melancong ke Sabah ? Berikut adalah beberapa tempat yang wajib anda kunjungi:

1. Pasar Seni Kota Kinabalu dan Jl. Gaya

Pilihan terbaik untuk membeli gelang mutiara dan barang-barang buatan tangan khas Sabah.

Sumber: Tempatcuti

2. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Tempat di mana anda boleh mencari pelbagai cenderahati tradisional seperti keropok amplang, kuih cincin, dan barang-barang kraftangan lain.

3. Pasar Malam Tanjung Aru

Sesuai untuk membeli kuih cincin dan lain-lain makanan tempatan yang enak.

Souvenir yang wajib dibawa balik

4. Imago Shopping Mall

Salah satu pusat membeli-belah terbesar di Kota Kinabalu. Anda boleh menemui butang baju Melayu mutiara dan aksesori lain.

Souvenir yang wajib dibawa balik

Bila anda beli barang-barang ni, selain membantu komuniti tempatan, anda juga dapat membawa balik secebis keunikan Sabah ke rumah anda. Mesti seronok kan bila dapat kongsi cerita tentang pengalaman percutian dan hadiah menarik ni dengan kawan-kawan ?

So, kalau anda merancang percutian ke Sabah, jangan lupa masukkan senarai souvenir yang wajib dibawa balik ni dalam jadual membeli-belah anda. Selamat melancong dan selamat membeli-belah!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Souvenir Yang Wajib Dibawa Balik Bila Melancong Ke Sabah!” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *