Review Twenty Five Twenty One

24/04/2022 by No Comments

Review Twenty Five Twenty One ini mempunyai spoiler tau dan disekalikan dengan pendapat penulis. Jadi ada yang tak ada dalam drama tapi tekaan saya sahaja hahaha.

Drama ini ditayangkan di Netflix sekitar April dan berkisar tentang Kim Min Chae, 13 tahun yang membaca diari ibunya sekitar tahun 1998 to 2001 (3 tahun). Namun jalan cerita adalah dari 1998 sehingga 2021 iaitu 23 tahun.

Drama ini baru sahaja tamat ditayangkan pada 4 April 2022 dan mengundang pelbagai emosi pada penonton yang mengikutinya.

Berikut adalah beberapa watak dan perkara penting tentang drama ini.

Watak Pertama – Kim Min Chae

Drama ini adalah tentang Kim Min Chae yang tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ballet yang diceburinya dari kecil.

Apabila ditanya ibunya, dia kata dia sudah bosan dengan bidang ini. Namun pada episod satu ditunjukkan yang ada penari ballet lain yang mempersembahkan tarian yang lebih baik dari beliau.

Mungkin Min Chae berasa gentar namun tidak pandai mengekspresikan dalam bentuk perkataan.

Tak mahu bertemu ibunya, Min Chae pulang ke rumah nenek iaitu rumah ibunya, Na Hee Do membesar sewaktu remaja. Dia terjumpa diari ibu dan flashback membawa kepada keseluruhan jalan cerita sampailah 16 episod panjangnya!

Soalan penonton iaitu ‘Siapa bapa Kim Min Chae?’ tidak terjawab sehingga tamat episod. Pelbagai spekulasi wujud daripada penonton antaranya ialah beliau adalah anak angkat iaitu anak Kim Seung Wan, kawan ibunya.

Spekulasi yang paling positif ialah Baek Yi Jin (hero) tukar nama jadi Kim sekian sekian sebab isu bankrupsi ayah. Nak Yi Jin jadi ayah Min Chae punya pasal.

Spekulasi yang lawak, ada salah seorang budak nakal di sekolah start dengan nama Kim. Nametagnya pernah ditarik oleh Baek Yi Jin ketika budak nakal itu mengganggu adik Yi Jin. Itu lawak!

Tapi saya setuju dengan kata-kata Cik Puan Azzah Abdul Rahman yang bapa Min Chae tak perlu ditunjukkan pun kerana tak berada dalam selang masa tajuk iaitu Twenty Five Twenty One.
Kalau umur Min Chae 13 tahun, ibunya 41 tahun. Na Hee Do melahirkan Min Chae pada usia 28 tahun jadi ayah Min Chae boleh kita lihat jika tajuk cerita ialah Twenty Eight Something. Haha Ok tak lawak, cuma menghibur hati sendiri.

Min Chae lah watak utama dalam cerita ini.
Selepas membaca diari ibu, dia mahu menyambung kareer dalam ballet dan mencipta ceritanya sendiri.
Happy Ending lah tuuuu wahai nurnetizen.

Watak Kedua – Na Hee Do


Kim Tae Ri yang kini berusia 31 tahun melakonkan watak remaja berusia 18 tahun sangat menjadi!
Dalam drama ini beliau adalah seorang atlet pedang yang bermain sejak usianya 6 tahun.

Krisis IMF iaitu krisis kewangan tahun 1997 memberi kesan kepada penutupan kelab pedang di sekolah beliau.
Lawak juga bila Na Hee Do buat macam-macam perkara ‘bodoh’ supaya dipindahkan ke sekolah lain yang ada kelab pedang yang masih aktif.

Masa inilah Na Hee Do bertemu Baek Yi Jin yang bekerja part time di sebuah kedai sewa komik. Semangat gigih Hee Do menginspirasikan bukan sahaja Yi Jin malah penonton ketika itu!

Yi Jin adalah cinta pertama Hee Do dan mereka berpisah kerana tuntutan kerja dan jarak serta masa. Yi Jin semakin sibuk selepas bertukar ke unit berita dan berpindah ke New York. Manakala Hee Do aktif dengan perlawanan pedang back to back di luar negara.

Kenapa mereka berpisah?
Part ni agak mengecewakan. Yu Rim dan Ji Woong juga berpisah kerana Yu Rim menjadi pemain pedang mewakili Russia.
Tapi mereka bersama.

Ini pemerhatian penulis aja tau.
4 sebab Yi Jin dan Hee Do tidak bersama.

Pertama – Hee Do Pendam Rasa Sendiri

Hari yang sepatutnya mereka bercuti berdua, Yi Jin perlu ke New York cover kisah 11 September 2001.

Beliau sempat menelefon Hee Do meminta He Doo yang sudah berada di stesen bas untuk pulang ke rumah. Percutian mereka (secara tidak langsung) dibatalkan kerana Yi Jin ada kerja mustahak.
Namun Hee Do tetap pergi ke rumah percutian mereka seorang diri.
Pada ketika itu beliau mula ‘terasa hati’. Tapi bila Yi Jin tanya sekali lagi adakah Hee Do terus pulang ke rumah hari itu? Hee Do jawab ya. Walaupun tidak.

See, komunikasi mereka ada sesuatu disitu.
Hee Do tak bercakap tentang perkara ini sehinggalah tiba-tiba ‘meletup’ masa mereka jumpa di terowong.
Dan masih tak beritahu Yi Jin yang dia pergi ke rumah percutian mereka seorang diri.
Simpan-simpan-atibe-meletup.

Kedua – Trauma Na Hee Do


Na Hee Do mempunyai trauma sewaktu majlis pengebumian ayahnya, ibu terpaksa bekerja membaca berita kerana berlaku sesuatu yang penting ketika itu.

Sepanjang 15 episod kita akan lihat Na Hee Do seorang yang ceria menguruskan diri sendiri sepanjang ibunya bekerja. Makan sendiri, balik sekolah dan tinggal di rumah seorang sehingga tengah malam.

Episod ke 16 baru kita akan perasan yang Hee Do sebenarnya kesunyian dan takut perkara yang sama akan berulang lagi. Tapi itulah, mungkin pengebumian ahli keluarga yang lain lah kut kan yang Hee Do risau. Atau majlis keluarga yang lain.
Takut kena bersendiri lagi di waktu sukar.

Watak dan Sebab ketiga – Baek Yi Jin yang ‘Hilang’

Pelakon lelaki utama Nam Joo Hyuk ini sangat sinonim dengan watak Nam Do San dalam drama Start Up.

Saya suka wataknya sebagai Baek Yi Jin yang tenang, well breed, gloomy namun cuba bertahan.
Dibesarkan sebagai anak sulung dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan kaya raya sehingga sesuatu berlaku terhadap keluarganya ketika usia 21 tahun.

Impiannya ialah menyatukan keluarga tinggal semula di bawah satu bumbung. Dan selepas 11 tahun, dia berjaya.

Seperti Yu Rim, dia ada banyak perkara dalam fikirannya. Eh bukan seperti Yu Rim aje, kita semua pun ada banyak benda kita fikir.
Dalam usia yang muda, Yi Jin tak menyambung pelajaran di kolej dan hanya dapat kerja sebagai part timer.

Dibebani dengan hati yang susah dan mahu melindungi adiknya, Yi Jin selalu ‘lari’ dan ‘hilang seketika’ untuk berfikir.

Kali pertama dia hilang dan kembali dengan kekuatan untuk mengejar kareer dalam bidang penyiaran sebagai wartawan. Hee Do sentiasa percaya padanya.

Kali kedua dia ‘hilang seketika’ sewaktu kerja di New York. Waktu tu dia cover cerita serangan bom di dua menara One World Trade Center yang menyebabkan 3000 kematian.
Dia juga memohon untuk kekosongan jawatan di New York tanpa sebarang perbincangan dengan Hee Do. Hee Do tahu dari emaknya yang satu tempat kerja dengan Yi Jin.

Alasan lelaki ini ialah dia tak mahu membawa Hee Do kepada kesusahan hati yang dialaminya sepanjang di New York. Dia juga beritahu yang sokongan Hee Do tidak dapat sampai padanya sewaktu dia susah.
Hee Do kata ha dia pun sama. Sokongan (support – pelik pula ganti dengan perkataan sokongan) Yi Jin kini tak dapat dirasainya seperti dulu.

Maka kalau tak rasa apa, kita berpisahlah kata Hee Do.
Kerana Hee Do takut. Macam dalam point yang kedua tadi.

Dan sebab terakhir ni ialah – Yi Jin pun Tak Berani

Ah sudah, yang tu takut. Yang ni tak berani. Apakah yang berlaku ni penulis skrip?

Yi Jin tak seberani Ji Woong untuk memberikan reassurance pada Hee Doo yang dia akan kembali ke Korea. Atau mereka boleh bersama biarpun berjauhan.

Ji Woong jenis tak kisah tak kenal ayah dia pun dia move on. Mak marah terjerit-jerit dalam phone pun dipeluk cium mak tu. Siap angkat kereta sebab tak tahu parking. Pergi sekolah pakai baju fesyen banduan apakah?

Ji Woong memang tak tahu masa depannya dengan Yu Rim tapi dia tahu apa dia mahu sekarang.

Yi Jin pula tak tahu what future will brings to him dan tak berani mempertaruhkan harapan pada Hee Do yang sudahpun cukup kecewa di hadapannya.

Maka melepaskan hubungan ini adalah yang terbaik pada waktu itu.
Personaliti Yi Jin tak sama dengan Ji Woong. Syabas, penulis skrip drama ini buat penelitian setiap watak. Sampai kepada bagaimana setiap watak ni buat keputusan.

Penonton mengalir airmata macam kita pula putus cinta.
Tapi come on Yi Jin.
Macam Hee Do cakaplah sebenarnya kau tak sayang sangat pun kan. Eh eh geram pula tapi nak buat macamana.

Keadaan kita tak sama. Tak akan sama.

Yi Jin bukan macam Dr Hye Jin yang sanggup duduk di kampung dengan Hong Banchan pakai seluar bunga-bunga melayan halmeoni ahjumaaa 😂

Sekian,
Blogger Cik Sue mengulas drama.

Review Twenty Five Twenty One ini dikongsikan oleh Puan Suraya Ali di FB beliau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *