Review Drama Korea The King’s Affection (2021)
Cik Min rasalah kan ramai yang dah menonton K-Drama The King’s Affection yang ditayangkan di Netflix. Cik Min lihat juga di media sosial, rata-rata netizen sudah membuat review drama Korea The King’s Affection (2021) ini. Semestinya, ramai yang teruja menonton drama ini dan kebanyakan review dan reaksi yang dikongsikan amat positif.
Jadi, sebelum Cik Min teruskan dengan review drama Korea The King’s Affection (2021), diingatkan bahawa review ini mengandungi spoiler. Jadi, anda boleh tonton dulu trailer di sini.
Drama Korea The King’s Affection ini disiarkan pada 11 Oktober sehingga 14 Disember, 2021 dan kini masih ongoing tau! Drama ini merupakan terbitan KBS2, karya pengarah Song Hyun Wook dan penulisnya ialah Lee So Young dan Han Hee Jung. Bagi anda yang nak tahu, drama ini mengandungi 20 episod. Barisan pelakon dalam drama ini sangat berbakat dan terdiri daripada Ro Woon, Park Eun Bin, Nam Yoon Soo, Jung Chae Yeon dan ramai lagi. Drama ini ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 10.30 p.m. Drama The King’s Affection ini, mengisahkan tentang nasib seorang wanita yang terpaksa menggantikan posisi adik lelaki kembarnya untuk menjalani kehidupan di istana.
Sinopsis Review Drama Korea The King’s Affection (2021)
Bagi anda yang belum tengok lagi trailer drama ini, cepat-cepatlah tengok tau! Selepas itu, mesti anda teruja untuk lihat full drama pula. Bagi Cik Min, drama ini mempamerkan sisi lain drama sejarah Korea. Mana tidaknya, selalu kita tengok seorang raja mesti lelaki, kan? Tapi tak bagi drama ini! Nak tahu kenapa? Baca sinopsis di bawah.
1. Dilahirkan Kembar – Review Drama Korea The King’s Affection (2021)
Isteri putera makhota telah melahirkan sepasang anak kembar yang berbeza jantina, iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan. Namun, kelahiran anak perempuan tersebut dianggap sebagai petanda buruk bagi kerabat diraja dan istana.
Pihak istana kemudiannya telah memerintahkan agar bayi perempuan tersebut dibunuh. Isteri putera mahkota tidak sampai hati dan secara rahsia beliau telah membawa bayi perempuan tersebut keluar dari kawasan istana.
Selepas kematian Lee Hwi, isteri putera mahkota bertindak merahsiakan perkara tersebut, dan membawa anak perempuan (Dam-i) kembar itu kembali ke dalam istana. Dia membesarkan anak perempuannya itu sebagai Putera Lee Hwi (Park Eun Bin).
2. Jatuh Cinta
Jung Ji Un (Ro Woon) merupakan guru kepada putera mahkota (Lee Hwi). Dia berasal daripada keluarga bangsawan. Selain memiliki wajah yang kacak, dia juga seorang yang bijak kerana pernah belajar di Qing.
Pada mulanya, Jung Ji Un selesa menjadi guru kepada putera mahkota namun, saban hari dia berasa semakin lama semakin jatuh cinta kepada Lee Hwi. Tapi, dia berusaha menafikan perasaannya sehinggalah akhirnya tumbuh rasa sayang antara mereka berdua. Hehehe.
Mesti anda nak tahu kan bagaimana agaknya hubungan mereka? Silalah tonton drama ni! Sememangnya, banyak babak suka dan duka yang mereka lalui bersama di dalam drama The King’s Affection ini.
3. Konflik
Drama Korea The King’s Affection (2021) ini menyajikan banyak konflik menarik yang berlaku di istana sekali gus menjadikan drama ini wajib ditonton! Konflik yang ditunjukkan dalam drama ini memperlihatkan bagaimana kemelut politik yang melanda Dinasti Joseon. Terdapat juga kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada Putera Mahkota Lee Hwi sepanjang perjalanannya untuk menaiki takhta sebagai maharaja. Putera Mahkota Lee Hwi juga kehilangan ayahandanya yang tersayang serta pegawai diraja yang merupakan orang kepercayaan ayahandanya.
Review Drama Korea The King’s Affection (2021)
Review Drama Korea The King’s Affection (2021) bagi Cik Min, drama ini memaparkan jalan cerita yang sangat menarik dan seronok untuk ditonton. Pujian juga harus diberikan kepada pelakon yang berjaya membawa lakonan yang sangat hebat selari dengan watak dan plot cerita yang dibawakan.
Park Eun Bin berjaya melakonkan watak sebagai seorang putera mahkota dan raja dengan baik. Cik Min boleh kata memang menjadilah! Lagi-lagi bila dengar suara dan tingkah laku, nampak betul macam lelaki. Begitu juga dengan hero dalam drama ini iaitu Ro Woon, lakonan yang dibawakan sangat bersahaja dan kelakar. Manakala Nam Yoon Soo yang melakonkan watak sebagai Lee Hyun, sepupu kepada putera mahkota juga mampu menyinari set penggambaran kerana senyuman yang menawan. Setiap daripada mereka tiada kurangnya!
Drama ini juga menampilkan lakonan yang sangat hebat yang dibawakan oleh watak-watak sampingan. Bukan itu sahaja, Cik Min juga suka dengan sinematografi yang cantik serta Original SoundTrack (OST) yang merdu sekali gus menjadikan drama ini berada pada class yang tersendiri!
Anda boleh tonton dan dengar salah satu OST di sini.
Review oleh Netizen – Review Drama Korea The King’s Affection (2021)
Cik Min lihat rata-rata netizen di media sosial amat berminat dengan jalan cerita yang dibawakan, selain barisan pelakon yang ditampilkan dalam drama ini!
Di bawah merupakan contoh komen yang ditulis dalam satu tweet tentang drama ini:
Tidak dinafikan ada juga yang menyatakan drama ini cliche dan pelakon yang melakonkan watak putera mahkota tersebut nampak sangat ciri keperempuanan. Cik Min rasa semua orang ada minat dan penerimaannya yang tersendiri, kan? Bagi Cik Min drama ini best je, Cik Min pun tengah layan sampai episod 18 sekarang! Hehehe.
Dengan review drama Korea The King’s Affection (2021) yang Cik Min buat ini, dapatlah anda tahu serba sedikit jalan cerita yang ditayangkan dalam drama ini. Memang tersenyum seoranglah bila menontonnya!
Review Drama Korea The King’s Affection (2021) – Wajib Tonton!
Apa yang boleh dikatakan Drama Korea The King’s Affection cukup menarik untuk ditonton! Bagi anda yang suka akan drama-drama yang dilakonkan oleh Ro Woon dan Park Eun Bin, Cik Min pasti anda juga suka penampilan mereka berdua dalam drama ini!
Setelah anda semua baca review Drama Korea The King’s Affection (2021) ini kan, Cik Min amat galakkan anda semua untuk tonton drama ini tau!
Drama Korea The King’s Affection (2021) yang berkualiti boleh distrim di Netflix.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem