Restoran Suki-ya versus BBQ Town
Makanan berasaskan negara Jepun sudah tidak asing lagi di Malaysia, kerana kini sudah terdapat banyak restoran mahupun perniagan yang menyediakan hidangan-hidangan menarik dari negara tersebut. Oleh sebab itu jugalah Cik Min ingin berkongsikan review di antara restoran Suki-ya versus BBQ Town.
Suki-ya dan BBQ Town adalah sebuah restoran bertemakan hidangan steamboat Jepun yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia pada waktu ini. Pelbagai jenis pilihan hidangan disediakan di kedua-dua restoran ini, namun terdapat beberapa perbezaan yang mereka tawarkan.
Restoran Suki-ya Sukiyaki & Shabu-shabu
Restoran Suki-ya ini adalah sebuah restoran steamboat buffet. apabila masuk sahaja ke dalam restoran ini, anda akan melihat sebuah meja buffet yang penuh dengan sayur-sayuran, sushi, bebola, makanan laut dan banyak lagi.
Walaupun ia adalah perkara pertama yang anda akan lihat sebaik sahaja masuk, namun ia bukan menu utama di restoran ini. Menu utama restoran ini sebenarnya adalah daging lembu, ayam dan kambing yang boleh dipesan seberapa banyak kali yang anda mahukan, sehingga kenyang tau!
Suki-ya juga menyediakan 6 jenis sup untuk dipilih, iaitu:
- 1. Shabu-shabu
- 2. Sukiyaki
- 3. Miso soup
- 4. Kimchi
- 5. Kimuchi
- 6. Mala soup
Satu lagi perkara wajib anda perlu tahu ketika berkunjung di Suki-ya adalah, anda hanya diberi selama 2 jam untuk makan. Sekiranya anda melebihi waktu yang diberi, RM5 akan dicaj bagi setiap 15 minit extra yang anda ambil.
Restoran BBQ Town
Restoran BBQ Town merupakan restoran yang berkonsepkan steamboat dan grill, juga merupakan restoran buffet seperti Suki-ya tadi. Jika anda datang pada hujung minggu, anda berkemungkinan perlu beratur panjang tau! Jadi Cik Min nasihatkan anda semua untuk memilih hari biasa ya.
Restoran ini sangat sesuai untuk mereka yang meminati hidangan shabu-shabu dan steamboat. Ayam, daging kambing dan lembu juga boleh digrill atau dimakan bersama dua jenis sup sahaja iaitu:
- 1. Sup ayam
- 2. Sup Miso pedas
Restoran BBQ Town ini juga mempunyai limit masa selama 2 jam untuk anda menikmati hidangan, dan caj sebanyak RM5 akan dikenakan bagi setiap 15 minit extra yang diambil.
Pada pandangan Cik Min, kedua-dua restoran ini mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi tempoh masa makan dan buffet. Namun, terdapat sedikit perbezaan dari segi hidangan tersebut. Jika ingin dibandingkan, perbezaan yang paling ketara hanyalah dua iaitu:
- 1. Restoran Suki-ya tidak menyediakan khidmat steamboat grilling seperti BBQ Town.
- 2. BBQ Town pula tidak mempunyai banyak pilihan sup seperti Restoran Suki-ya.
Ha, amacam review Cik Min pada kali ini? Harapnya bolehlah membantu anda untuk membuat pilihan mahu ke restoran mana satu hujung minggu nanti ya. Selamat menjamu selera!
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Restoran Suki-ya versus BBQ Town”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya
Trend, Travel dan Filem.