Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

21/12/2021 by No Comments

Baru-baru ini, beberapa negeri di Malaysia mengalami banjir yang sangat teruk berikutan tempias Taufan Rai sehingga menyebabkan hujan lebat berterusan selama dua hari. Kejadian banjir yang teruk mengakibatkan kemusnahan barangan serta tempat tinggal. Jadi, Cik Min nasihatkan agar anda semua mengikuti panduan keselamatan elektrik semasa musim tengkujuh. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Perkara paling utama pasca banjir ini adalah memastikan bahawa keselamatan elektrik di dalam rumah sentiasa dijaga. Informasi berguna ini Cik Min dapatkan daripada Twitter BERNAMA.

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

Kita semua tahu, barangan elektrik boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak digunakan dengan betul semasa musim banjir. Arus elektrik boleh menyebabkan renjatan sehingga boleh membawa bahaya dan kematian. Jadi, anda perlulah sentiasa berwaspada.

Ikuti panduan keselamatan elektrik ini di bawah.

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

Tips Keselamatan Musim Banjir

Panduan Keselamatan Elektrik Semasa Musim Tengkujuh

7 Langkah Bersihkan Barangan Elektrik Pasca Banjir

Cik Min ingin kongsikan tentang langkah-langkah membersihkan barangan elektrik dan elektronik selepas banjir. Info bermanfaat ini Cik Min dapat daripada Facebook Chik YS.

  1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan barangan untuk test ia masih OK atau TIDAK.
  2. Kumpul semua peralatan elektrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.
  3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
  4. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.
  5. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
  6. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.
  7. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.
  8. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Panduan keselamatan elektrik semasa musim tengkujuh memang sepatutnya diamalkan supaya perkara buruk tidak berlaku. Selain itu, diharapkan informasi yang Cik Min kongsikan ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas dan dapat mengurangkan perbelanjaan membeli peralatan elektrik yang baharu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *