Musim Panas di Malaysia Bakal Berakhir
Dari bulan Julai 2021, berita di dada akhbar Berita Harian memaklumkan yang musim panas di Malaysia bakal berakhir pada 23 September 2021. Namun sehingga artikel ini ditulis pada 15 Oktober 2021, masih terasa panas dan keringnya cuaca biarpun pada waktu malam.
Menurut artikel dalam laman web METMalaysia ini, Malaysia sedang berada dalam fasa Peralihan Monsun. Bermula 24 September 2021 dan berterusan sehingga awal November 2021.
Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Hal ini yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.
Kejadian ini biasanya berlaku pada waktu petang dan awal malam. Berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri yang berada di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat hingga ke tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. Maklumat lengkap tentang cuaca Malaysia dari Oktober 2021 sehingga Mac 2022 boleh dibaca di sini.
Sumber dari Utusan Malaysia pada 14 Oktober 2021 memaklumkan yang musim panas di Malaysia bakal berakhir pada hujung minggu ini.
Punca Cuaca Panas – Musim Panas di Malaysia Bakal Berakhir
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata,
“Ini kerana keadaan cuaca yang kurang hujan kebelakangan ini adalah berikutan kehadiran Ribut Tropika Kompasu yang sedang merentasi Laut China Selatan dari Filipina ke arah Vietnam.”
Sumber: Utusan Malaysia
Katanya, keadaan itu menyebabkan arah tiupan angin dari Barat Daya yang konsisten di rantau ini dan membawa kelembapan udara ke arah ribut tropika tersebut.
“Maka keadaan ini menyebabkan aktiviti hujan dan ribut petir di negara kita berkurangan. Namun, selepas Ribut Tropika Kompasu membadai di Vietnam, maka negara kembali mengalami keadaan cuaca normal untuk fasa Peralihan Monsun.”
Sumber: Utusan Malaysia
Apa Kata Netizen Malaysia Tentang Musim Panas di Malaysia?
Tip Penjagaan Kesihatan
Penjagaan kesihatan diri sepanjang musim panas amat penting kerana musim panas yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko kematian akibat strok haba jika masyarakat mengambil mudah tentang perkara ini. Antara tip yang boleh dilakukan ialah;
- Minum air kosong walaupun musim panas di Malaysia bakal berakhir. Kandungan air dalam tubuh badan perlu dijaga supaya tidak berlaku dehidrasi. Air kosong perlu diminum sekurang-kurangnya dua liter sehari mengikut berat dan ketinggian tubuh badan.
- Elakkan melakukan aktiviti luar rumah sewaktu musim panas terutama pada tengah hari. Jika ingin bersenam, lakukannya pada waktu pagi, petang atau malam.
- Mandi secara kerap daripada kebiasaan. Misalnya, jika kerap mandi tiga kali sehari, lakukannya lima kali sehari agar dapat mengekalkan kesegaran badan dan sekali gus menyebabkan tubuh badan tidak mudah letih dan lesu.
Fenomena cuaca panas dan kering jangka panjang yang melanda Malaysia bukanlah suatu perkara yang baharu kerana perkara ini berlaku pada setiap tahun. Diharapkan rakyat Malaysia dapat menjaga keselamatan diri dengan mengikut tip penjagaan kesihatan yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun dijangkakan musim panas di Malaysia bakal berakhir.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem