Movie Netflix Trending 2024

19/09/2024 by No Comments

Movie Netflix trending 2024 adalah pilihan filem terbaik yang kami sajikan untuk anda tonton di Netflix, pasti akan menghiburkan hati anda!

Siapa yang tak suka lepak sambil menonton filem, kan? Dengan ratusan pilihan dari seluruh dunia di platform streaming ini, kadang-kadang kita pun tak tahu nak pilih yang mana. Tapi jangan risau! Cik Min dah kumpulkan 6 Movie wajib tonton untuk anda, termasuk drama yang menyentuh hati, aksi yang mendebarkan, komedi yang buat anda ketawa terbahak-bahak, dan seram yang boleh buat bulu roma kita meremang.

Cadangan ini dihasilkan berdasarkan kajian Cik Min terhadap filem-filem baru yang dimuat naik di Netflix pada tahun 2024, bukan berdasarkan tahun tayangan asal filem tersebut.

Movie Netflix Trending 2024

6 Movie Netflix Trending 2024

1. OFFICER BLACK BELT

Movie Netflix Trending 2024
Sumber: Dispatch

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 1 Jam 5 Minit

Pengarah: Kim Joo-hwan

Pelakon: Kim Woo-Bin, Kim Sung-kyun, Kim Seon-min, Lee Hae Young, Kim Yool-Ho

Cerita ini mengisahkan Lee Jung Do, seorang pemuda yang nampak biasa-biasa saja, tetapi sebenarnya seorang yang mempunyai pelbagai seni bela diri termasuk tali pinggang hitam darjah 9 dalam seni Taekwondo, Kendo dan Judo. Dengan gelaran tertinggi ini, dia tidak pernah teragak-agak untuk membantu orang lain apabila melihat mereka dalam kesusahan.

Kisah ini bermula apabila dalam satu insiden yang mendebarkan, Lee Jung Do menyelamatkan seorang pegawai polis yang sedang diserang. Selepas kejadian itu, dia mula menggantikan pegawai yang cedera dan bekerjasama dengan pegawai polis Kim Sun Min. Dari situ, bermulanya kisah Lee Jung Do menggunakan kemahirannya untuk melawan penjenayah.

So, kalau anda nak saksikan kisah tentang keberanian, persahabatan, dan seni bela diri, Officer Black Belt adalah pilihan yang tepat. Memang trending nombor 1 movie ni di Netflix sekarang !

2. SECTOR 36

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 2 Jam 4 Minit

Pengarah: Aditya Nimbalkar

Pelakon: Vikrant Massey, Deepak Dobriyal, Akash Khurana

Movie Netflix trending 2024 kalini adalah Sector 36. Filem ni jenayah yang ngeri dan mendebarkan. Ianya diilhamkan oleh kejadian pembunuhan bersiri Nithari pada tahun 2006.

Filem ini mengisahkan tentang kehilangan beberapa kanak-kanak di tangan seorang pembunuh bersiri di kawasan yang dikenali sebagai Sector 36. Dalam keadaan terdesak, seorang polis terpaksa menyiasat kes ini tanpa mengira risiko terhadap dirinya.

Dibintangi oleh Vikrant Massey sebagai pembunuh psikopatik dan Deepak Dobriyal sebagai pegawai polis yang gigih, Sector 36 membawa anda ke dalam dunia gelap penculikan kanak-kanak dan sistem yang teruk.

Cik Min yang tengok cerita ni pun rasa berdebar-debar tengok polis tu selesaikan kes penculikkan ni. Jadi kalau anda sama macam Cik Min suka cerita yang mencabar ni, jom tengok movie Netflix trending 2024 ni sekarang !

3. UGLIES

Movie Netflix Trending 2024
Sumber: IMDB

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 1 Jam 42 Minit

Pengarah: McG

Pelakon: Joey King, Chase Stokes, Keith Powers, Laverne Cox

Movie Netflix trending 2024 ini diadaptasi dari novel terkenal oleh Scott Westerfeld, filem ini akan membawa kita ke dunia dystopia di mana kecantikan itu dipaksa.

Kisah ini tentang Tally, seorang remaja yang menunggu pembedahan plastik yang wajib dilakukannya pada usia 16 tahun. Ia juga melakukan pencarian untuk mencari rakannya yang hilang tetapi dalam masa yang sama dia terpaksa hadapi kenyataan pahit tentang sistem negara yang menindas.

Tally dan rakannya, Peris, berjanji untuk tetap bersahabat walaupun selepas pembedahan. Tetapi bila Tally menyeludup masuk ke bandar untuk jumpa Peris, dia terkejut dengan perubahan yang berlaku.

Dia juga bertemu Shay, seorang Ugly yang berani melawan, dan diperkenalkan kepada “The Smoke,” tempat di mana mereka boleh hidup bebas. Filem ini bukan sekadar tentang kecantikan, tapi juga tentang perjuangan untuk kebebasan dan kebenaran.

Cik Min suggest kalau anda nak tonton kisah yang mencabar pemikiran, Uglies adalah pilihan yang tepat.

4. HOW TO MAKE MILLIONS BEFORE GRANDMA DIES

Movie Netflix Trending 2024
Sumber: Medium

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 2 Jam 5 Minit

Pengarah: Pat Boonnitipat

Pelakon: Putthipong Assaratanakul, Usha Seamkhum, Sanya Kunakorn

Movie Netflix Trending 2024 ini sesuai untuk orang yang nak layan filem sedih dan penuh pengajaran. Kisahnya ialah tentang M, seorang lelaki muda yang terpaksa berhenti kolej dan ambil keputusan untuk jaga neneknya, Amah, yang sakit teruk.

M, yang tak ada duit dan nasib malang, berusaha untuk meraih kasih sayang Amah dengan harapan dapat harta pusakanya. Tapi, semakin dia luangkan masa dengan Amah, dia mula sedar bahawa kasih sayang sebenar lebih berharga daripada semua harta di dunia.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar keluarga pengarah cerita ini, dan ia tunjukkan realiti kehidupan di Thailand. Dengan jalan cerita yang penuh emosi, anda pasti akan teringat tentang pentingnya hubungan dalam hidup.

Cik Min pun teresak-esak bila tengok movie Netflix trending 2024 ni, rasa nak repeat banyak kali. Lepas je Cik Min tengok cerita ni, Cik Min teringat nenek dekat kampung. Hargai la mereka selagi mereka masih ada.

5. REBEL RIDGE

Sumber: upflix.pl

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 2 Jam 11 Minit

Pengarah: Jeremy Saulnier

Pelakon: Aaron Piere, Don Johnson, AnnaSophia Robb

Movie Netflix trending 2024 ini mengisahkan Terry Richmond, seorang mantan marine yang datang ke Shelby Springs dengan satu tujuan iaitu menebus sepupunya dari penjara.

Tapi, rancangannya tergendala apabila pihak polis mengambil duit jaminan yang dia kumpul. Terry terpaksa berhadapan dengan ketua polis yang licik, Sandy Burnne. Dia bukan jenis yang mudah gentar. Oleh kerana dia ada kemahiran military, dia berani untuk melawan.

Terry juga mendapat bantuan dari Summer McBride, seorang petugas pengadilan yang terlibat dalam konspirasi besar di bandar itu. Mereka bersama-sama berjuang untuk membongkarkan rahsia gelap dan melawan sistem yang tak adil.

Kalau anda suka cerita yang penuh aksi dan penuh semangat juang, Rebel Ridge adalah pilihan yang tepat.

6. LOVE YOU TO DEBT

Sumber: IMDB

Tahun: 2024

Tempoh Masa: 2 Jam 15 Minit

Pengarah: Wasuthep Ketpetch

Pelakon: Pornchita Na Songkhla, Vachirawati Chivaaree, Urassaya Sperbund

Movie Netflix trending 2024 ini bercampur action dan romance. Dibintangi oleh Vachirawit Chivaaree dan Urassaya Sperbund, filem ini adalah remake rasmi dari filem Korea Man in Love.

Kisahnya tentang Bo, seorang yang pengutip hutang tetapi dah jemu dengan kehidupan penuh konflik dan kekerasan. Dia nak berhenti kerja sebagai pengutip hutang ni tetapi dia kena kutip hutang dari seorang gadis muda bernama Im. Im pula terpaksa menanggung hutang sambil menjaga ayahnya yang sakit.

Cerita ni berlatarbelakangkan sebuah bandar dengan pantai yang cantik di Thailand. Cerita ini bertukar menjadi kisah cinta diantara Bo dan Im. Tapi, perjalanan diorang tak semudah itu, oleh kerana Boss Bo yang kejam.

Kalau anda suka cerita yang ada cinta dan aksi, Love You To Debt memang pilihan yang tepat! Jom tonton dan lihat bagaimana kisah diorang berkembang dalam dunia yang penuh cabaran!

Semua cerita di Netflix ni best, tapi ini adalah Movie Netflix Trending 2024 menurut Cik Min berdasarkan research di Google, YouTube, Twitter, dan TikTok. 6 suggestion movie ni ada pelbagai genre, termasuk cerita yang sedih, aksi dan cinta. Jadi, luangkan masa anda untuk menonton filem dari cadangan Cik Min ini. Confirm tak rugi punya !!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Movie Netflix Trending 2024 ” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *