Kerang Beracun di Sungai Geting Kelantan
Seramnya apabila admin baca tentang kerang beracun di Sungai Geting Kelantan, yang dinyatakan melalui akhbar amaran dari Jabatan Perikanan negeri tersebut pada Isnin yang lalu. Mana tidaknya, kerang tersebut dapat memberikan kesan yang memudaratkan kepada kesihatan manusia.
Sebelum itu nak tanyalah, siapa saja tak suka makan kerang kan? Admin sendiri pun memang suka makan kerang sama ada ianya rebus atau masak lemak lepastu makan dengan nasi panas. Fuhhhh… Memang sedaplah! Isi dalamnya juga manis dan kenyal memang menjadi kesukaan semua orang.
Punca Kerang Beracun di Sungai Geting Kelantan
Menurut sumber dari Bernama telah melaporkan bahawa orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakan sebarang hasil laut seperti kerang, lokan, lala, kepah dan lain-lain yang dikutip di sekitar perairan Sungai Geting tersebut. Hal ini kerana, dikhabarkan kawasan tersebut telah dicemari dengan alga merah yang berbahaya. Pembiakan alga merah mungkin berpunca dari cuaca panas yang melanda negara baru-baru ini.
Menurut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan lagi, kerang tersebut telah tercemar dengan toksin saraf (Saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu “Alexandrium Minutum“. Kerang ini dapat bertindak sebagai penapis dan sekiranya manusia memakan kerang tersebut, ianya dapat membawa penyakit berbahaya seperti keracunan sehingga boleh menyebabkan lumpuh! Jadi sekiranya anda merupakan penduduk di kawasan tersebut diminta untuk tidak memakan kerang beracun di Sungai Geting Kelantan.
Gejala Kerang Beracun di Sungai Geting Kelantan
Sumber Public Health Malaysia menyatakan mengikut kajian, toksin saraf (Saxitoxin) ini kebiasaanya akan berada di dalam kerang-kerangan selama beberapa minggu. Antara gejala keracunan adalah seperti muntah, cirit birit, demam, sakit badan, lumpuh, sawan dan juga kematian.
Melihat antara tanda atau gejala sekiranya kita termakan kerang beracun ini juga membuatkan kita takut bukan? Ianya tidak hanya sekadar peringatan kosong semata-mata tetapi perlu diberi perhatian orang semua orang.
Tip Sebelum Membeli Kerang
Bertanya Dahulu
Sebelum membeli kerang-kerangan, anda perlu bertanya tentang sumber asal kerang tersebut dan memastikan ia bukan dari Sungai Geting atau kawasan sekitarnya.
Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata:
“Bagaimanapun, nasihat saya kepada pembeli agar bertanya terlebih dahulu kepada penjual mengenai dari mana kerang-kerangan itu diambil, bagi mengelakkan termakan spesies yang tercemar.”
Melihat Berita Terkini Page Jabatan Perikanan Negeri Kelantan
Anda disarankan untuk memantau keadaan semasa di Page Jabatan Perikanan Negeri Kelantan bagi mengetahui status semasa tentang kerang beracun ini.
Ikuti perkongsian seorang pakar nutrisi, Charlotte Chew melalui perkongsiannya di dalam Tik Tok beliau tentang kerang beracun tersebut.
Jadi buat para pencinta kerang, berhati-hatilah membeli kerang terutama bagi yang berada berdekatan kawasan Sungai Geting Kelantan.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem