Kenapa peguam dalam kes Bella tanya soalan bodoh?

23/04/2022 by No Comments

Bagi yang mengikuti perkembangan kes adik Bella, seorang remaja Sindrom Down (SD) yang sedang hangat diperkatakan kini, sudah semestinya anda juga tertanya-tanya kenapa peguam dalam kes Bella tanya soalan bodoh, kan? Jom Cik Sue kongsikan.


Tulisan ini adalah perkongsian dari laman Facebook Kak Ratu Adieb Ishak yang merupakan seorang Peguam Litigasi dengan 21 tahun pengalaman.


Tajuk di atas memang kontroversi, tambahan lagi apabila dikaitkan dengan kes Bella yang tengah berjalan rancak sekarang ini. Saya sebagai seorang peguam, terpangggil untuk educate public tentang apa yg berlaku di mahkamah.

Kadang-kadang, apa yg berlaku semasa perbicaraan tidak sama dengan apa yg kita fikirkan secara logik. Tetapi, anda harus ingat, ia adalah salah satu taktik untuk mengetahui siapakah pelaku sebenar!

Mahkamah tak hukum orang semata-mata orang bencikan dia, ataupun berdasarkan bukti bukti yang kita sendiri pun tak tahu kesahihannya.

– Puan Ratu

So, macam mana nak tahu kejadian itu benar benar berlaku ataupun tidak? Jawapannya hanya boleh diketahui apabila keseluruhan bukti dikumpulkan dan dibuktikan di Mahkamah.

Semua orang boleh kata Pak Mail jiran sebelah kawen baru… Tapi, mana buktinya? Setakat Kak Kiah sebelah yang cakap mulut… Dia pula dengar dari Mat John, dan Mat John pula dengar dari si Mad. Tapi yang herannya sampai sekarang tak nampak sijil nikah kat Thailand tu? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Jadi, macam mana mahkamah Malaysia nak percaya, bila Pak Mail dah nikah kat Thailand? Bila nak register kat Malaysia, kenalah tunjuk sijil nikah kat Narathiwat tu kan? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Ingat tak kes Hafiz Hamidun dan Joy? Dua dua kata dah nikah. Tapi bila mintak bukti, macam macam keluar… Untuk tentu sah ke tidak pernikahan tu, perlukan pembuktian yang kukuh bukan setakat โ€œye kami dah kawen.โ€ ๐Ÿฅฒ

Apa yang saya nyatakan di sini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sahaja, dalam menyoal saksi-saksi semasa perbicaraan start dari umur 25-26 tahun sehinggalah ke umur saya sekarang, 47 tahun. Tak ada kena mengena dengan perbicaraan sebenar kes Bella ok.

Basicnya, dalam perbicaraan di mahkamah ada 3 rounds ataupun pusingan sesi soal balas saksi iaitu:

A) Round pertama: Soal Balas Utama (Examination In Chief – EIC)
Peguam yg membawa saksi, akan menyoal saksi. Soalan yang ditanya adalah berdasarkan dokumen-dokumen mahkamah yang telah difailkan dan juga pertuduhan yg hendak dibuktikan.

Bagi saya, tugas peguam semasa EIC ni kurang tekanannya berbanding round ke-2 dan Ke-3, serta posisi peguam lawan. Kerana, soalan yang dirangka mestilah berdasarkan jawapan yang ada dalam dokumen sedia ada dan apa yg hendak dituduh sahaja.

Contohnya, Yasmin dalam kes Bella ni akan disoal oleh pendakwaraya yang memanggil beliau. Jawapan saksi di peringkat ini selalunya konsisten dengan versi tuduhan pihak yang memanggil beliau. Contoh:

Disclaimer: Soalan soalan di bawah ini merupakan andaian saya sahaja, sekiranya saya merupakan salah satu peguam lawan. (Jujurnya, saya belum baca secara teliti soalan sebenar yg ditanya di Mahkamah. Soalan sebenar kes Bella, uolls boleh baca perkembangan terkini di media media).

PP: Berapa biji Bella dipaksa makan cili sebulan?
Y: Lebih kurang 20 biji..

PP: Siapa curah air panas ke badan B?
Y: Siti Bainun

Nampak tak? Jawapan dia cantik sahajaโ€ฆ sebabnya dalam round 1 ni (kebiasaanya dalam kes jenayah), saksi bagi pihak menuduh akan memberikan jawapan yg konsisten dengan tuduhan yang cuba dibuktikan oleh Pihak Pendakwaraya (PP).

B) Round Kedua: Soal Balas – Cross Examination (Peguam Lawan)
Ha! Masa ni lah, keluar semua soalan soalan bodoh, menyakitkan hati ni. ๐Ÿคฃ

Saya sendiri banyak kali dikaitkan dgn menanyakan soalan bodoh (pada anggapan orang yang mendengarnya tetapi tidak bagi saya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚).

Kebiasaannya, peguam lawan akan cuba menimbulkan keraguan dalam soalan soalan yg dikemukakan. Contoh, kalau saya merupakan peguam lawan (jangan kecam saya hahaha), ni merupakan soalan soalan yg akan ditanya oleh saya:

Peguam Lawan (PL): Cik kata tadi semasa pemeriksaan utama, Bella menelan berpuluh cili dalam masa sebulan. Boleh saya tahu berapa umur Bella sekarang? (Bukan tak tahu, tetapi saja nak tanya).
Y: โ€ฆ.tahun
PL: setuju tak B masih kanak kanak lagi?
Y: ya
PL: Kalau Y sendiri makan cili sebanyak itu sakit tak perut?
Y: sakit
PL: Umur Y sekarang berapa?
Y: 19 tahun
PL: Dah dewasa kan Y sekarang?
Y: ya

Kalau orang dengar mesti akan cakap apa benda soalan bodoh Kak Ratu cuba tanya ni? Semua orang tahu Yasmin dah 19 tahun dan sihat… tetapi sebenarnya, ada tujuan saya bertanyakan soalan soalan โ€œbodohโ€ tu tau hahahha!

Selanjutnyaโ€ฆ

PL: Y usia sekarang 19 tahun. Kalau sakit sangat akan pergi cari ubat? Pergi klinik?
Y: Pergi
PL: Setuju tak saya katakan Y sendiri yg sihat akan sakit perut kalau dipaksa makan cili sebanyak itu?
Y: setuju
PL: so, setuju tak saya katakan di sini, untuk kanak0kanak yang kondisinya macam Bella tak payah tunggu sebulan, tapi dalam masa 10 hari pun dia dah boleh jatuh sakit?
Y: setuju.
PL: Y pernah pergi klinik (bodohnya soalan takkan dia x pernah pergi klinik kut ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚).
PL: kalau pergi klinik, doktor akan tulis kat medical notes kita sakit apa kan?
Y: Ya
PL: so, hari ni boleh Y kemukan laporan doktor yang menyatakan betul B alami komplikasi akibat dipaksa makan cili yang banyak?
Y: Tak boleh
PL: ada ke tak boleh? Cuba cakap betul-betul.
Y: tak boleh
PL: setuju tak saya katakan di sini bahawasanya, kejadian makan cili tu tiada sebenarnya tetapi hanya fakta tambahan yg dibuat sendiri oleh awak?

Checkmate!!!

Nampak tak, disitu lah saksi akan mula memberikan versi yang berlainan dengan versi di round pertama, kerana tiada bukti hitam putih untuk menyokong dakwaan beliau? Kita bukan cerita pasal salah beli barang ataupun apa… Kita bercerita pasal penderaan. So kena ada bukti perubatan yang menyokong tuduhan tersebut. Betul tak?

So, sebab itulah ada sesetengah peguam lawan akan cuba korek dan korek sama ada keterangan yang diberikan konsisten dengan tuduhan yg dilemparkan atau tak. Style setiap peguam lawan ni kebiasaannya berbeza-beza. Ada yang suka tanya satu dua soalan sahaja, tetapi ada yg suka berjela-jela dan mungkin bodoh semata-mata nak trap saksi, dan akhirnya saksi akan terperangkap dengan jawapan beliau sendiri.

Kenapa peguam dalam kes Bella tanya soalan bodoh?

kenapa peguam dalam kes Bella tanya soalan bodoh

Honestly, tak pernah lah saya jumpa saksi yang bila saya soal balas kali pertama, akan terus mengaku di waktu sesi soal balas ni, bahawa keterangan dia masa round 1 adalah berlebih-lebihan, ataupun direka-reka. ๐Ÿ™„

Kebiasaannya, saya kena tanya ala-ala 40 soalan. Ala-ala kena masuk hutan belukar, sawah padi dan gunung ganang, barulah dapat menimbulkan keraguan kepada jawapan yang diberikan.

Time sesi soal balas ni juga, kadang-kadang soalan tak masuk akal ditanyakan kepada saksi. Tujuannya satu, iaitu nak membawa lead kepada saksi untuk menjawab dengan jujur. Kalau kita nak tuduh orang tuduhan kita, mestilah disokong oleh fakta dan bukti. Bukan setakat cakap mulutโ€ฆ kalau benda itu wujud, bagilah bukti.

Kalau benar bukti ada, insya Allah boleh menang kes. Konsep dia mudah sahaja dalam undang undang…

C) Sesi Re-Examination: Sesi Membetulkan Jawapan oleh Saksi semasa Round 2

Ok. Dalam sesi ni, peguam yang memanggil saksi tadi dibenarkan untuk membetulkan kembali jawapan-jawapan yang bertentangan diberikan oleh saksi beliau, semasa di soal balas oleh peguam lawan.

Contoh:

PP: tadi Y kata kat peguam lawan tiada laporan perubatan, untuk sokong cerita B makan cili berpuluh biji cili sebulan. Kenapa tiada?
Y: bla bla bla (alasan kenapa)

Di peringkat inilah, saksi diberikan peluang untuk menerangkan kembali, kenapa B tidak dibawa ke klinik ataupun hospital kerana sakit perut dek memakan cili dengan banyak. Peguam yang membawa saksi juga tidak dibenarkan untuk mengemukakan bukti baru, dan hanya dibenarkan untuk mendapatkan penjelasan saksi yang dipanggil, kenapa beliau jawab salah dalam round ke-2 sesi soal balas oleh peguam lawan tadi.

So, nampak tak proses perbicaraan semasa sesi soal balas tu? Memang kerja peguam lawan menanyakan soalan-soalan yg kadang, kita rasa mengarut tetapi sebenarnya boleh membantu kes pembelaan dan kemungkinan dapat merungkai kejadian sebenar. So, let them finish their job first. Kita follow sahaja, kerana kita tak berapa arif dengan skills di mahkamah.

โ€œHanya jauhari mengenal manikamโ€

Saya percaya, anda selalu follow drama Tamil or English berkenaan peguam kat court tanya soalanโ€ฆmacam itu jugalah yang berlaku dalam sistem mahkamah Malaysia. Cuma, kita di sini tiada adengan turun naik gunung, ataupun kuda nak tangkap penjenayah sebelum bawa pi mahkamah bagi keterangan. ๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป๐Ÿ‘ป

So… sama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kesihatan adik Bella agar semakin pulih! Yang dituduh sudah pun ditangkap, dan biarlah yang lebih arif buat kerja dia. Yang kita sekarang kena fikir, nak beli baju raya minggu ni ke minggu depan? Kalau minggu depan, sure jemmm… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Selamat Hari Raya!!! ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ

– Kak Ratu

Catatan portal CeritaMalaysia.com

Semoga perkongsian semula tulisan ini dapat meleraikan persoalan kenapa peguam dalam Kes Bella tanya soalan bodoh dalam hati individu yang mengikuti kes ini.

Tagline #JusticeForBella adalah suara rakyat Malaysia.

Ikuti artikel dalam Sinar Harian dimana Hakim menegur orang awam untuk tidak keterlaluan dalam mengulas Kes Bella yang masih dalam siasatan.

Ulasan tentang kes Bella boleh dibaca di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *