Kelas TikTok Malaysia | 9 Tips Memulakan Perniagaan

12/09/2023 by No Comments

Korang nak memulakan perniagaan di TikTok, tetapi tidak tahu cara yang terbaik untuk lakukannya? Mari sini Cik Min kongsikan beberapa tips yang Cik Min pelajari daripada kelas TikTok Malaysia anjuran Coach SEO Terbaik Malaysia, Puan Suraya Ali.

Cik Min faham, mungkin ada di antara korang yang belum mempunyai modal permulaan untuk mendaftar kelas TikTok Malaysia. Disebabkan itu, Cik Min akan kongsikan sedikit ilmu daripada sesi kelas bersama Puan Suraya Ali.

Anggap sahaja ilmu yang Cik Min sampaikan pada hari ini adalah secara terus daripada beliau. Semoga bermanfaat!

Persediaan Sebelum Memulakan Perniagaan TikTok | Kelas TikTok Malaysia

Kelas TikTok Malaysia

1. Apakah Matlamat Perniagaan Anda?

Sebelum anda melangkah ke dunia perniagaan TikTok, adalah penting untuk anda menetapkan matlamat yang jelas.

Cik Min nak anda tanya diri sendiri, adakah anda ingin meningkatkan jualan produk, meningkatkan kesedaran jenama, atau anda hanya mahu kongsikan video yang menarik di platform tersebut? Dengan menetapkan matlamat yang tepat, anda boleh merancang strategi yang lebih berkesan.

2. Apakah Niche Kandungan Konten Anda?

Pilihlah niche yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan anda. Jangan biarkan niche anda terlalu luas! Cuba fokuskan pada topik atau konsep lebih unik, yang boleh menarik perhatian para penonton.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual pakaian, anda patut memberi tumpuan kepada niche fesyen atau gaya hidup. Apa yang pasti, memahami niche kandungan konten sememangnya salah satu kunci untuk berjaya di platform TikTok.

3. Apakah Demografi Sasaran Anda? | Kelas TikTok Malaysia

Satu lagi perkara penting adalah dengan memahami demografi sasaran anda. Siapakah yang anda ingin capai melalui servis, produk dan penghasilan konten tersebut? Adakah mereka remaja, orang dewasa, ataupun golongan yang lebih tua? Adakah mereka berminat dalam topik-topik tertentu?

Haaa, dengan mengetahui siapa target anda, maka proses penciptaan kandungan yang lebih relevan dan menarik dapat dihasilkan untuk membawa lebih ramai pengikut ke akaun TikTok perniagaan anda.

Mengapa Anda Memerlukan TikTok Seller Center?

Kelas TikTok Malaysia

TikTok Seller Center adalah sebuah platform eksklusif yang disediakan bagi mana-mana usahawan untuk menjual produk mereka di TikTok. Ia dilengkapi dengan pelbagai alat untuk membantu penjual mempromosikan produk, mencapai penonton baharu, serta memantau data prestasi TikTok semasa.

Anda boleh terus ke website TikTok Seller Center, ataupun muat turun sahaja aplikasinya untuk tujuan pendaftaran sebagai peniaga di platform TikTok.

4. Mencipta Kedai Anda di TikTok

TikTok Seller Center adalah medium yang penting untuk menjana pendapatan perniagaan anda melalui jualan di TikTok. Anda boleh mencipta kedai tersendiri di dalam TikTok Shop bagi tujuan penjualan dan menonjolkan produk dengan lebih mudah tau!

Pada Cik Min, TikTok merupakan sebuah platform terbaik untuk anda menjual produk kepada komuniti yang lebih besar.

5. Mendapatkan Analitik Perniagaan TikTok Anda | Kelas TikTok Malaysia

Analitik yang disediakan oleh TikTok Seller Center adalah sangat berharga! Anda boleh melihat prestasi jualan secara langsung, bagi tujuan pengukuran jumlah tontonan, klik, dan jualan. Dengan maklumat ini, anda juga boleh membuat keputusan berasaskan data tersebut untuk memperbaiki strategi perniagaan di TikTok.

6. Memudahkan Pengurusan Pesanan dan Jualan Produk

TikTok Seller Center juga menyediakan sistem pengurusan pesanan yang mudah untuk digunakan. Ia membolehkan penjual memproses pesanan, membuat penghantaran, serta menguruskan bayaran balik dan pemulangan.

Ini dapat membantu penjual menyelaraskan operasi perniagaan mereka dan memudahkan pelanggan untuk berjual beli dengan selamat.

Tips Tambahan untuk Meningkatkan Perniagaan TikTok Anda

Kelas TikTok Malaysia

7. Balas Komen Prospek Secara Kreatif

Berinteraksi dengan penonton adalah kunci untuk meningkatkan bilangan pengikut anda di platform TikTok. Apabila penonton meninggalkan komen, pastikan anda cuba untuk memberikan respons yang kreatif dan menarik, walaupun ia mungkin kelihatan kurang senang untuk dijawab.

Hal-hal sebegini boleh menarik lebih banyak pelanggan dan pengikut baharu ke akaun perniagaan anda, sekali gus memberikan gambaran bahawa servis anda adalah sangat baik.

8. Jadilah Pelanggan Terlebih Dahulu, Sebelum Menjadi Penjual yang Terbaik

Walaupun anda adalah seorang penjual, anda juga wajar menjadi pelanggan yang turut membuat pembelian di mana-mana akaun perniagaan di TikTok. Ini akan memberikan anda pemahaman yang lebih baik tentang pengalaman pelanggan dan proses pembelian produk yang terbaik di platform tersebut.

Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk memahami bagaimana cara perniagaan di TikTok berfungsi dan ia boleh membantu menambah baik perniagaan anda sendiri pada masa akan datang.

9. Daftar Kelas TikTok Malaysia

Seperti yang Cik Min katakan tadi, semua tips-tips yang dikongsikan di sini adalah serba sedikit daripada apa yang Cik Min belajar dari kelas TikTok Malaysia oleh Coach Puan Suraya Ali.

Jadi, kalau korang betul-betul berminat untuk memulakan perniagaan di TikTok, Cik Min galakkan anda untuk mengambil kelas TikTok Malaysia terlebih dahulu. Sebenarnya, banyak lagi ilmu dan tips penting yang boleh anda pelajari melalui kelas tersebut.

Buat anda yang nak dapatkan rakaman kelas TikTok Malaysia daripada Coach Puan Suraya Ali, pastikan anda klik di sini hari ini juga ya. Selamat maju jaya!

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kelas TikTok Malaysia | 9 Tips Memulakan Perniagaan” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *