Kedai Kasut MediFeet Shah Alam
Anda kerap kaki sakit? Baru berjalan sekejap, kaki dah mula melecet? Nak berdiri lama pun menjadi satu masalah buat anda? Jangan risau … Kedai kasut MediFeet Shah Alam kan ada?
Ni Cik Min nak bagitahu, selain daripada pemilihan baju, pemilihan kasut yang betul juga adalah penting untuk kesihatan tubuh badan kita tau! Tapi anda tak perlu runsing, sebab Cik Min ada satu port kasut terbaik untuk dishare bersama anda semua.
Untuk perkongsian pada kali ini, keuntungannya lebih memihak kepada warga Shah Alam dan Lembah Klang. Untung betul mereka ni, sebab port kedai kasut MediFeet yang Cik Min nak share ni memang beroperasi di Shah Alam.
“Tapi, apa yang special sangat dengan kedai kasut MediFeet Shah Alam ni Cik Min? Berlambak lagi kedai kasut di luar sana tu…”
Ehhh, sabarlah dulu! Cik Min akan ceritakan satu persatu tentang kedai kasut MediFeet Shah Alam ini kepada anda, okay? Jadi, pastikan anda baca perkongsian Cik Min ni sampai habis.
Kedai Kasut MediFeet Shah Alam Menyelesaikan Masalah Kesihatan Anda
Cik Min pasti, ramai yang masih tak tahu tentang kedai kasut MediFeet di Shah Alam ni kan? Untuk pengetahuan anda, segala jenis kasut yang dijual di kedai kasut MediFeet Shah Alam ini bukan sekadar kasut yang biasa ya!
Kasut MediFeet yang dijual di sini adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, artritis, bunion (bengkak di kaki), sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, osteoporosis, dan juga sakit sendi. Apa yang pasti, kasut MediFeet ini memiliki fungsi untuk mencegah, merawat dan mengurangkan sebarang kesakitan atau penyakit yang Cik Min sebutkan tadi.
Choppp! Anda mesti berfikiran bahawa designnya pelik kan? Haha, InshaAllah tak pelik kerana ia cukup trendy untuk semua peringkat umur. Kasut MediFeet ini juga mempunyai pelbagai jenis pilihan untuk anda pilih seperti kasut sandal, kasut dalam rumah, kasut sukan, malahan kasut formal pun ada…
Kelebihan Kasut MediFeet yang Wajib Anda Tahu
Jadi, bagaimana sepasang kasut mempunyai kelebihan dalam mencegah, merawat dan mengurangkan sebarang kesakitan atau penyakit? Mari Cik Min kongsikan kepada anda.
Bagi penghidap diabetes, adalah penting untuk mereka mencari kasut yang bersesuaian. Hal ini kerana, kulit penghidap diabetes adalah sangat sensitif. Mereka tidak boleh memakai kasut yang sempit kerana ia boleh menyebabkan luka kemelecetan yang sukar sembuh.
Bukan itu sahaja, kasut MediFeet juga menggunakan material khas seperti ‘PORON‘ yang mempunyai Teknologi Pengawal Luka (TPL). Ia amat sesuai untuk para penghidap diabetes kerana anti-geserannya itu boleh menghalang sebarang kemelecetan daripada berlaku.
Untuk pengetahuan anda, ‘poron’ ini bekerja dengan cara menyerap tekanan atau beban, sekali gus memudahkan pergerakan kaki penggunanya. Hebat kan material yang jarang didengari ni? Kalau anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang menghidap diabetes, anda bolehlah hadiahkan kasut MediFeet ini kepada mereka. Pasti mereka gembira!
Selain itu, kasut MediFeet ini juga cepat kering dan sejuk. Hal ini kerana, bahagian dalaman kasutnya diperbuat daripada kain mikro fiber dan kulit. Ia akan membuatkan kasut anda berasa sangat lembut dan membantu kaki anda untuk tidak mudah berpeluh. 2-in-1 bak kata orang…
Sekiranya kaki anda tetap berpeluh dan basah, jangan risau … Kasut MediFeet sememangnya mudah dan cepat kering tau! Paling penting ialah, kasut anda tidak akan berbau. Jadi, jika anda mempunyai kaki yang kuat berpeluh, maka kedai kasut MediFeet Shah Alam ini adalah tempat yang tepat untuk anda kunjungi.
“Selain tu, ada lagi ke kelebihan kasut MediFeet ni Cik Min?”
Eh, mestilah ada! Anti-shock juga merupakan salah satu kelebihan kasut MediFeet ini. Sangat sesuai untuk mereka yang selalu sakit tumit.
Macam Cik Min pun, selalu juga ada masalah sakit tumit kaki apabila berjalan atau berdiri terlalu lama. Paling seksa kalau terpaksa menahan sakit kaki sebab tak dapat berehat atau duduk ketika bekerja. Fuh, mahu makan masa berminggu-minggu juga untuk pulih tu.
Jadi, jika anda berada dalam situasi yang sama macam Cik Min, maka kasut MediFeet inilah penyambung nyawa kita semua tau! Baiklah, mari Cik Min terangkan apa itu teknologi ‘Anti-shock‘.
Teknologi ‘Anti-shock’ ini membawa maksud ketahanan menampung beban pada bahagian kaki agar lebih selasa dan tidak mudah sakit. Hal ini kerana, wujudnya lapisan pada bahagian alas kaki menggunakan ‘Poron Insole Cushion‘ yang diapitkan bersama ‘Latex Arch Cookies‘. Ia berkemampuan untuk memposisikan kaki anda agar sentiasa berada dalam keadaan selesa.
Tidak lupa juga tentang ‘Coolmax Lining’ yang turut disertakan pada bahagian alas kasut MediFeet ini, dengan fungsi untuk menyejukkan dan mengeringkan kaki daripada sebarang kebasahan. Menarik kan kasut kesihatan MediFeet ni?
Lokasi Kedai Kasut MediFeet Shah Alam
Khas buat warga Shah Alam dan Lembah Klang, di sini Cik Min turut kongsikan alamat kedai kasut MediFeet Shah Alam untuk anda kunjungi nanti: NO 19G, JALAN TUKUL P15/P, . SEKSYEN 15 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Jika anda nak lebih mudah, boleh Waze sahaja ‘EIMANAZZ MEDIC SHAH ALAM‘. Di bawah ini juga Cik Min sediakan Google Maps untuk kemudahan anda. Tinggal klik dan boleh terus mulakan perjalanan!
Jadi, itulah serba sedikit tentang kedai kasut MediFeet Shah Alam yang perlu anda tahu. Akhir kata daripada Cik Min, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Manakala merawat pula adalah salah satu perkara baik yang perlu diusahakan!
Hubungi Eimanazz | Kedai Kasut MediFeet Shah Alam
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan kasut kesihatan MediFeet ini, anda boleh hubungi Team Eimanazz di talian 010-257 6650 atau 019-276 7494. Anda juga boleh layari Facebook Eimanazz Medic untuk sebarang update terkini.
Untuk membuat pembelian secara terus, anda boleh layari laman web Eimanazz Medic di https://eimanazzmedic.com/.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Kedai Medifeet Shah Alam”. Untuk ketahui lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.