#JusticeForBella | Info Terkini

21/04/2022 by No Comments

#JusticeForBella

Sebelum ini, Cik Min ada berkongsi cerita tentang adik Bella, bukan? Cik Min dapat tahu ada info terkini mengenai kes Bella ni. Jom ketahui antara info yang Cik Min dapati!

Apakah Perkembangan Kes Bella?

Sumber : Google

Perbicaraan kes Bella ini sebenarnya masih berjalan lagi. Alhamdulillah! Bella telah pun mendapat rawatan yang sebaiknya di Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan masih dalam proses pemulihan. Nurse yang merawat Bella, iaitu Miss Syaza ada berkongsi tentang keadaan Bella di akaun Tiktoknya. Video tersebut turut dikongsi oleh ramai pengguna media sosial yang lain.

Menurutnya, setiap malam, Bella akan jerit dan tidak dapat tidur dengan lena. Bella juga tidak boleh mendengar bunyi-bunyi bising. Setiap malam juga, perlu ada orang untuk monitor keadaannya. Adakala, Bella perlu didodoikan dengan zikir, barulah dia dapat tidur. Bella sangat memerlukan perhatian yang banyak dalam proses pemulihannya. Mari kita sama-sama doakan kesihatan adik Bella ya!

Apakah Tindakan Siti Bainun?

Sumber: Google

Demi membersihkan nama, Siti Bainun telah mengupah 10 orang peguambela untuk membantunya. Rata-rata penggguna media sosial mempersoalkan kenapa Siti Bainun perlu mengupah peguam sebanyak itu semata-mata untuk melawan seorang remaja kurang upaya seperti Bella.

Tindakan peguam-peguam tersebut, seperti bergambar bersama Siti Bainun, dan menari bersama-sama di Tiktok, turut mendapat kecaman hebat daripada netizen Malaysia. Video tersebut telah dikongsi oleh salah seorang peguam Siti Bainun melalui akaun Tiktok miliknya iaitu @hafidzahhassan. Rata-rata netizen berpendapat bahawa sokongan yang diberikan peguam-peguam Siti Bainun adalah suatu perkara yang tidak wajar, kerana ramai orang sedia maklum tentang bagaimana Bella telah didera dengan kejam.

Bagaimanakah Respon Netizen? | #JusticeForBella

Hampir kesemua pengguna media sosial menyokong adik Bella kita ni tau! Para netizen turut mengecam segala tindakan Siti Bainun dan peguam-peguamnya melalui hashtag, #JusticeForBella. Hashtag tersebut juga banyak digunakan di Facebook, Twitter, Instagram. Hashtag ini juga turut digunakan sebagai tanda sokongan para netizen kepada Bella.

Rata-rata netizen telah melemparkan komen-komen negatif dengan mengecam tindakan Siti Bainun. Ini antara komen-komennya:

“Aku rasa bkn bella yg oku tp si bainon tu yg OKU….xde perkataan yg nk di gambarkan dgn perbuatan dia…klu aku carut Kang..dosa je aku dpt….dh la pose2 ni”

“Ya Allah..kejam sungguh manusia bernama Siti Bainun ni…Tindakan dia yg x terjangka di akal…”

“Siti bainun Tu mmg sah mental sggup buat kpd yg kurang upaya sebegitu ..tp yg paling pelik peguambela yg seramai 10 org yg cukup akal Tu pun sggup menegak benang yg basah ….”

“Allahuakbar, xsanggup nak baca ,walaupun lepas didunia, tunggulah kat akhirat nanti. Allah swt sebaik2 hakim, yang Maha Adil!”

Sehingga kini, kebanyakan media sosial masih dihujani komen-komen negetif terhadap Siti Bainun. Tidak lupa juga netizen yang turut mendoakan supaya keadilan dapat ditegakkan! Cik Min hanya mampu berdoa dan berharap yang terbaik buat adik Bella. #JusticeForBella!

Adakah Keadilan Dapat Ditegakkan? | #JusticeForBella

Sumber : Google

Kes Bella juga telah mendapat perhatian banyak pihak, termasuklah DYAM Tunku Mahkota Johor dan isteri, YAM Che Puan Khaleeda. Melalui posting di Instagram, Tunku dan Che Puan menyatakan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja bagi membantu menegakkan keadilan buat adik Bella. Cik Min yakin, dengan campur tangan ini, ia akan mencerahkan lagi peluang kemenangan bagi kes tersebut.

Setakat ini dahulu perkongsian daripada Cik Min tentang perkembangan terkini kes Bella, kali ini. Kepada para netizen, jangan berhenti untuk menggunakan hashtag #JusticeForBella ya! Walaupun ia tidak membantu banyak, namun, sekurang-kurangnya kita masih mempunyai usaha yang kecil untuk membuka mata banyak pihak bagi mendapatkan keadilan untuk adik Bella.

Ayuh teruskan berdoa untuk adik Bella! ❤️

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *