Jalan Sesak Akibat RFID

19/01/2022 by No Comments

Jalan sesak akibat RFID telah mengundang pelbagai reaksi warga Malaysia. Sistem identifikasi Frekuensi Radio (MyRFID) itu telah pun mula dilaksanakan di beberapa lorong Plaza Tol, namun sambutan oleh para pengguna lebuh raya agak kurang memberangsangkan. Pengguna lebuh raya juga kelihatan lebih tertarik untuk beratur panjang di laluan Touch n Go dan SmartTAG.

Sistem RFID Terganggu

jalan sesak akibat RFID
Sumber: Hazrol Zainal (MalaysiaGazette)

Seperti yang kita ketahui, bermula 15 Januari 2022 lalu, pihak PLUS sudah mula membuka lorong RFID sebagai percubaan. Bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan jalan sesak akibat RFID masih berulang apabila sistem tersebut tidak dapat mengesan kenderaan yang lalu di lorong tersebut.

Sebagai contoh, kejadian di Plaza Tol Bandar Seri Putra, Bangi dan Selangor pada 17 Januari tempoh hari, telah menyebabkan kesesakan teruk seawal jam 7 pagi, sehingga para pengguna lebuh raya memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk melepasi tol berkenaan. Sementara itu, keadaan sama juga turut dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik mulai sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.

Jalan Sesak Akibat RFID: Reaksi Pengguna Lebuh Raya

jalan sesak akibat RFID
Sumber: Hazrol Zainal (MalaysiaGazette)

Sudah semestinya, jalan sesak akibat RFID ini mencetus emosi yang bercampur-baur dari para penggunanya. Rata-rata pengguna lebuh raya meluahkan rasa tidak puas hati apabila pembukaan lorong RFID dilihat menjadi punca utama kesesakan. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada pula kenderaan yang terpaksa mengundurkan kereta mereka kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan tersebut.

Berikut merupakan perkongsian Twitter dari Aiman Psikologi tentang jalan sesak akibat RFID:

Selain aduan kesesakan jalan raya akibat sistem RFID yang masih belum matang, ada juga pengguna mengadu tag RFID miliknya cair terkena panas matahari. Malah ada juga yang berkata bahawa pelekat RFID tidak tahan lama dan tertanggal setelah membasuh kereta. Aduan-aduan ini juga telah menyebabkan orang ramai masih belum bersedia dengan penggunaan RFID selain menganggap ia sebagai menyusahkan.

Tips Pemasangan Tag RFID

Perkongsian Facebook oleh Solihin Razali

Menurut beliau, untuk mengelak daripada tersangkut di lorong RFID, tag tersebut sebaiknya dipasang bersebelahan nombor plat kereta anda. Untuk penjelasan lanjut, klik sini.

Jalan Sesak Akibat RFID: Kemajuan atau Kemunduran?

jalan sesak akibat RFID

Hmm, sukar juga Cik Min nak tentukan jawapan kepada persoalan ini. Pada Cik Min, seharusnya teknologi RFID ini lebih memudahkan para pengguna lebuh raya untuk bergerak tanpa sebarang masalah. Namun, bila terjadinya kesesakan di Plaza Tol sebegini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi, Cik Min pun jadi kurang pasti. Walau bagaimanapun, demi menuju ke arah negara yang lebih maju, tak salah jika kita cuba untuk menggunakan RFID ini kan? Dan Cik Min yakin, pihak yang terlibat juga pasti sedang bertungkus-lumus untuk mencari penyelesaian bagi masalah jalan sesak akibat RFID ini. Jadi, buat sementara ini bolehlah sama-sama kita cuba ikuti tips seperti yg dikongsikan di atas ya. Selamat mencuba!


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *