Grilled Chicken Sedap Melaka | Bruh Kitchen Tebaik!

29/07/2022 by No Comments

Hello pembaca Cerita Malaysia! Cik Min ada something yang best nak beritahu dengan korang semua hari ni. Haaa, korang dah tahu ke belum, tentang satu kedai grilled chicken sedap dekat Melaka tu? Dahlah sedap, juicy, portion besar pula tu. Fuhhh, terliur Cik Min duk membayangkannya…

Kalau korang sejenis yang kurang gemarkan daging lembu, kambing, atau seafood, bolehlah try grilled chicken ni. Grilled chicken yang sedap ni hanya boleh didapati di Bruh Kitchen Melaka tau! Cik Min jamin, dekat tempat lain memang takkan jumpa punya … Jadi, ajaklah kawan-kawan dan keluarga korang untuk cuba weekend ni, okay?

Grilled Chicken Sedap Melaka | Pilihan Ramai

Tahukah anda, bahawa grilled chicken sedap ni merupakan antara hidangan favourite para pelanggan di Bruh Kitchen Melaka? Ia ibarat hidangan yang wajib diorder oleh setiap customer yang berkunjung ke sana. Tengok sahaja gambarnya, mesti korang terliur kan? Hehe

Grilled chicken sedap di Bruh Kitchen Melaka ini telah diperap dan disaluti dengan bahan-bahan yang premium dan terbaik tau! Resipinya juga telah disesuaikan sebaiknya mengikut selera orang Malaysia.

Grilled Chicken Sedap Melaka
Sumber: Facebook Bruh Kitchen

Ia juga dipanggang dengan sempurna, sekali gus membantu menjadikan daging ayam tersebut lembut dan juicy di bahagian dalamannya. InsyaAllah, tak kering dan muak apabila dimakan.

Grilled chicken paling sedap di Melaka ini juga turut dihidangkan bersama sauce barbeque buatan Bruh Kitchen, yang pasti akan membangkitkan selera korang semua! Betul kan apa Cik Min kata? Macam hidangan ala-ala Texas BBQ gitu.

Harganya Berbaloi Ke, Cik Min?

Grilled Chicken Sedap Melaka
Cawangan Bruh Kitchen di Durian Daun yang santai.

Kalau korang masih mencari tempat makan grilled chicken yang sedap di Melaka dengan harga mampu milik, inilah tempat yang paling tepat untuk korang! Bruh Kitchen Melaka ni hanya menyajikan hidangan western yang best dengan harga yang berbaloi untuk para pelanggannya.

Nak tahu ke harga grilled chicken di Bruh Kitchen ni? Harganya hanyalah serendah RM 16.90 SAHAJA, bagi setiap hidangan.

Dekat mana lagi nak dapat harga berbaloi untuk satu hidangan grilled chicken sebesar itu u ollsss? Memang tak ada tau … Cik Min boleh jamin, korang takkan menyesal pun keluarkan duit untuk rasai sendiri hidangan best ni. Lagi berpuas hati adalah!

Lokasi Grilled Chicken Sedap Melaka?

“Eh, macam sedap pula nampaknya grilled chicken Bruh Kitchen Melaka ni … Di mana lokasi kedai mereka Cik Min?”

Haaa, Cik Min nak sharelah ni! Dah agak dah, mesti korang tak sabar nak tahu kan? Bruh Kitchen ni ada dua outlets berbeza di Melaka. Cik Min suggest, agar korang pilihlah lokasi yang lebih berdekatan dengan kediaman masing-masing ya.

Dekat bawah ni, Cik Min dah listkan siap-siap lokasi Bruh Kitchen Melaka. Kalau nak senang, korang boleh Waze aje nama-nama kedai mereka ni. Confirm sampai punya!

Bruh Kitchen Durian Daun
◘ ◘ ◘

Alamat: Lot 689-2, Jalan Puteri Hang Li Poh, Kg. Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.

Waktu Operasi: 5 p.m. – 12 a.m.

Bruh Kitchen MiTC
◘ ◘ ◘

Alamat: Lot No. 25 & 27, Jalan Kf 1, Lot Kota Fesyen MiTC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Waktu Operasi: 11.30 a.m. – 10.30 p.m.

Jom Bawa Keluarga dine-in di Bruh Kitchen!

Bruh Kitchen ini sememangnya sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur, terutamanya di cawangan MITC. Keluarga yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas pun sesuai untuk dine-in di sini. Sesuai sangat kalau nak spend time dengan keluarga sambil makan-makan. Memang ngam!

Kalau nak jadikan port lepak dengan member-member sambil menikmati menu western pun boleh. Korang datang je ke Bruh Kitchen Durian Daun ya! Nanti bolehlah order banyak-banyak dan share makan bersama, tak gitu? Nak sembang atau bermain game pun boleh tau dekat sini. Hal ini kerana, konsep kedai Bruh Kitchen Durian Daun yang terbuka ini, teramatlah sesuai untuk golongan muda.

Grilled Chicken Sedap Melaka
Golongan muda bersantai bersama rakan-rakan di Bruh Kitchen Durian Daun.

Suasana kedai di Bruh Kitchen Durian Daun ini adalah berkonsepkan chill dan open. Tidak hairanlah ramai warga muda lebih suka berkunjung ke sini. Namun jangan risau, sebab ia juga sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur ya!

Cawangan Bruh Kitchen di MITC pula sangat sesuai untuk pelanggan yang ingin membuat small event seperti birthday celebration, jamuan reunion dan sebagainya. Kalau nak berhimpun dalam jumlah yang besar pun memang sesuai sangat kalau di cawangan MITC ni. Sebab itu jugalah, ia lebih digemari oleh warga Malaysia yang sudah berkeluarga.

Tambahan pula, parking di kedua-dua outlets adalah mudah, luas dan banyak! Dah tak perlu pening-pening nak fikir perlu park kereta di mana. Korang hanya perlu drive, park kereta secara berhemah, dan terus masuk ke kedai untuk membuat pesanan. Mudah kan?

Kunjungi Bruh Kitchen Melaka Hari Ini!

Anda tunggu apa lagi tu? Jom rancang perjalanan untuk ke Melaka pada minggu ini. Nanti bolehlah berkunjung ke Bruh Kitchen Melaka untuk rasai sendiri hidangan western yang best-best. Nak lagi gempak, pastikan anda bawa family dan kawan-kawan sekali tau!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Bruh Kitchen di talian WhatsApp, 011-1147 1696 (Cawangan Durian Daun) dan 018-368 7879 (Cawangan MITC). Anda juga boleh lawati laman Facebook dan Instagram Bruh Kitchen untuk sebarang maklumat lanjut.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min kali ini tentang “Grilled Chicken Sedap Melaka”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *