Dos Penggalak Vaksin Comirnaty Perlu Diambil
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuat pengumuman bahawa dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer BioNTech akan diperluas kepada mereka yang berumur 40 ke atas.
Menurut satu akhbar tempatan online, pada awalnya, dos tersebut hanya diberikan kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah, individu dengan komorbid dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Selain itu, kumpulan barisan hadapan juga diberikan keutamaan untuk menerima dos itu kerana mereka lebih terdedah dengan risiko COVID-19.
Namun, pemberian dos tersebut akan diperluas kepada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Kesemua golongan berkenaan telah mula menerima suntikan dos penggalak vaksin sejak 10 November 2021 yang lalu.
Cik Min sedia maklum mengenai isu tersebut ketika mendapati ia berada di page pertama Google semasa nak mencari informasi semasa.
Pemberian Dos Penggalak Vaksin Jenis Comirnaty
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hanya vaksin Comirnaty sahaja yang mendapat kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas enam bulan suntikan dos primer.
Beliau menyatakan bahawa anggaran sebanyak 825,497 dos akan diberikan kepada rakyat di Malaysia.
Pemberian dos ini dipengaruhi oleh hasil pemberian vaksin campuran di luar negara seperti Chile, Turki dan Thailand yang menunjukkan kesan yang positif sehingga 90 peratus.
Pada masa yang sama, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M Peariasamy menyatakan bahawa vaksin Comirnaty dipilih sebagai dos penggalak di Malaysia.
Penggunaan dos ini memberi tindak balas terhadap peningkatan imuniti terutamanya kepada golongan muda dan golongan emas berumur 60 ke atas.
Kenapa Perlu Ambik Dos Penggalak Vaksin Jenis Comirnaty?
Pemberian suntikan dos penggalak kepada golongan yang terpilih harus diberi perhatian berikutan terdapat kesan imuniti yang berkurangan terhadap SARS-CoV-2.
Berlaku beberapa peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat walaupun mereka telah lengkap vaksin dos 1 dan dos 2.
Tambahan pula, kemunculan varian di Malaysia memberi kesan yang sangat ketara di mana ianya mudah merebak dalam sesebuah komuniti dalam masa yang singkat.
Oleh itu, pemberian dos penggalak vaksin ini akan dipergiatkan supaya kes kadar jangkitan COVID-19 tidak akan meningkat dengan mendadak.
Dalam pada masa yang sama, Panel Pakar Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati tahap imuniti terhadap COVID-19 akan meningkat sekiranya satu dos penggalak diambil.
Satu kajian di Chile turut berkongsi bahawa penerima vaksin Coronavac yang menerima dos tambahan daripada jenis vaksin sama menunjukkan keberkesanan daripada dijangkiti COVID-19 iaitu antara 56 sehingga 80 peratus.
Janji Temu Pemberian Suntikan Dos Penggalak Melalui MySejahtera
Berdasarkan pernyataan daripada Menteri Kesihatan, iaitu Dato’ Khairy Jamaluddin, rakyat yang layak untuk menerima suntikan tersebut akan menerima janji temu melalui MySejahtera.
Beliau menggesa supaya rakyat menghadiri temu janji yang telah ditetapkan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Hal ini demikian kerana, didapati kira-kira 40 peratus rakyat Malaysia yang tidak hadir ke temu janji termasuklah warga emas.
Pengambikan suntikan dos ini adalah penting dalam memastikan keselamatan dan perlindungan diri daripada jangkitan COVID-19 lebih terjamin.
Berikut adalah perkongsian mengenai dos penggalak oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Khairy Jamaluddin menerusi Twitter Vaksin COVID-19:
Cik Min harap sesiapa yang terpilih untuk mendapatkan dos penggalak ini, tolong ambil inisiatif untuk menghadiri temu janji di pusat vaksinasi yang telah ditetapkan.
Kalau bukan kita yang jaga diri kita, siapa lagi, kan?
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem