Cara Daftar Perniagaan di TikTok

16/08/2023 by No Comments

Siapa sahaja tidak mengenali aplikasi TikTok yang semakin terkenal pada era ini, kan? Tetapi, tahukah semua bahawa dengan aplikasi TikTok, kita dapat menjana pendapatan sampingan dengan menjual di sini? Haa, jom Cik Min kongsi tentang cara daftar perniagaan di TikTok kepada semua khususnya yang mempunyai perniagaan sendiri mahupun ingin menjana pendapatan.

Apa itu TikTok Shop?

Cara Daftar Perniagaan di TikTok
Sumber: Tiktok Shop

Dengan lebih 1 billion pengguna aktif di seluruh dunia, TikTok telah menjadi salah satu platform media sosial yang paling terkenal untuk dipasarkan oleh perniagaan. Ia bukan sahaja popular untuk Gen Z dan millennial, malah semua lapisan umur tidak terkecuali daripada menggunakan aplikasi ini.

TikTok Shop Seller Centre merupakan satu platform perniagaan di atas talian di bawah TikTok. Ianya bertujuan untuk para peniaga memasarkan perniagaan mereka melalui medium ini. Namun, mengapakah mereka berbuat demikian? Adakah ianya berbaloi berniaga di TikTok?

Jawapannya, ianya sangat-sangat berbaloi jika seseorang ingin memulakan perniagaan di platform TikTok. Hal ini kerana ia mempunyai pasaran yang lebih luas, kos efektif, dapat meningkatkan kesedaran jenama dan banyak lagi. Haa, tunggu apa lagi, jom Cik Min kongsikan tentang cara daftar perniagaan di TikTok.

Cara Daftar Akaun TikTok Shop

Percaya atau tidak, memulakan perniagaan di TikTok amat mudah dan senang diikuti. Dengan mempunyai akaun di TikTok, peniaga boleh memulakan perniagaan di TikTok dan mula menjual melalui medium ini. Di sini, Cik Min kongsikan cara mendaftar di TikTok Shop.

1. Layari Laman web TikTok Seller

Layari laman web TikTok Seller dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.

Cara Daftar Perniagaan di TikTok

2. Masukkan dokumen yang diperlukan

Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika tuan puan pilih Corporation, tuan puan perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja.

Cara Daftar Perniagaan di TikTok

3. Tambah Produk | Cara Daftar Perniagaan di TikTok

Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh mula untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan.

Sumber: Dewaweb

4. Isi Maklumat lain di My Profile

Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.

Platform Perniagaan Masa Kini | Cara Daftar Perniagaan di TikTok

Wah! Rupanya TikTok merupakan platform perniagaan masa kini dan semua usahawan dan peniaga patut mengambil peluang yang ada. Jom ramai-ramai menggunakan aplikasi TikTok untuk menjana pendapatan.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Cara Daftar Perniagaan di TikTok”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *