Cacar Monyet (Monkeypox) | Apakah Itu ?

03/09/2024 by No Comments

Cacar monyet atau dikenali sebagai Monkeypox adalah penyakit virus zoonotik yang jarang berlaku disebabkan oleh genus Orthopoxvirus dalam keluarga Poxviridae. Ia dapat berpindah dari haiwan ke manusia. Penyakit ini sebenarnya telah ditemukan oleh para ilmuwan sejak tahun 1958 dan sering ditemukan di negara Afrika Tengah dan Afrika Barat.

Tetapi sejak kebelakangan ini, cacar monyet telah kembali merebak ke serata dunia sehingga 116 negara terlibat termasuk Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Kementerian Kesihatan Malaysia mula merekodkan dua kes pertama cacar monyet di Malaysia pada 23 Julai 2023. Virus ini muncul apabila seorang pekerja asing yang bekerja di Malaysia disyaki mendapat jangkitan itu semasa berada di luar negara.

Sebelum ini negara kita hanya biasa dengan virus cacar air (Chickenpox). Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya kepada rakyat di malaysia, adakah virus ini mempunyai persamaan atau ianya lebih teruk berbanding yang pernah mereka alami ?

Perbezaan Monkeypox dan Chickenpox

Penyakit cacar monyet (Monkeypox) boleh menunjukkan gejala yang serupa dengan cacar air, seperti selesema, demam, ruam, dan sakit otot. Namun, ada perbezaan penting antara kedua-dua penyakit ini yang perlu anda ketahui. Antaranya:

1. Perbezaan Virus

Cacar air atau chickenpox disebabkan oleh Virus Varicella Zoster (VZV) yang merupakan ahli keluarga Herpesvirus. Cacar monyet (monkeypox) tergolong dalam genus Orthopoxvirus dari keluarga Poxviridae dan berbeza dengan VZV. Penyakit ini adalah zoonosis, yang bermaksud ia biasanya berpindah dari haiwan ke manusia.

Selain itu, ruam yang disebabkan oleh monkeypox dan cacar air juga kelihatan berbeza pada kulit.

2. Perbezaan pada simptom jangkitan

Ruam monkeypox biasanya muncul 1 hingga 5 hari selepas demam, sementara ruam cacar air muncul dalam 1 hingga 2 hari selepas demam.

3. Penyebaran Jangkitan Monkeypox dan Cacar Air

Cacar air mudah merebak kepada mereka yang belum pernah menghidap atau yang telah divaksinasi tetapi jika dijangkiti semula, simptom biasanya lebih ringan. Manakala, virus monkeypox boleh merebak dari haiwan ke manusia melalui gigitan atau cakaran, serta bagi ibu hamil ianya boleh merebak sehingga ke janin.

Virus ini juga boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair badan, kudis dan objek yang bersentuhan dengan cecair tersebut.

Untuk lebih lanjut, anda boleh melihat video Tiktok ini:

@farmasi_walid

Replying to @NNblhis campak dgn chicken pox ni 2 penyakit yang berbeza tau. Mesti hampa rasa sama juga macam min kan 🤭. #fyp #fypシ #foryoupage #fypage #campak #chickenpox

♬ A funny song like a control(112507) – STUDIO COM

Sumber: Video perkongsian farmasi_walid di Laman Sosial TikTok | @farmasi_walid

Simptom Cacar Monyet (Monkeypox)

Sumber: Homeage Website

Gejala cacar monyet pada manusia mirip dengan cacar air tetapi biasanya lebih ringan. Penyakit ini dimulai dengan demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, sakit sendi, dan bengkak nodus limfa.

Tambah lagi, ruam biasanya muncul 1 hingga 5 hari selepas gejala awal, bermula di muka sebelum merebak ke bahagian lain badan seperti mulut, alat kelamin, dan dubur. Ruam ini mungkin menyakitkan atau gatal.

Tempoh inkubasi (masa dari pendedahan hingga gejala pertama) untuk cacar monyet adalah antara 6 hingga 13 hari, tetapi boleh berlangsung dari 5 hingga 21 hari. Kebanyakan kes akan reda dalam 2 hingga 4 minggu.

Cara merawat cacar monyet (Monkeypox)

Walaupun kebanyakan orang apabila dijangkiti, mereka akan sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan khusus. Terdapat beberapa langkah yang boleh membantu untuk mengurangkan gejala. Antaranya ialah mengelakkan diri daripada dehidrasi dan, jika perlu, ambil antibiotik untuk menangani jangkitan bakteria sekunder. Setakat ini, tiada rawatan antivirus yang diluluskan khusus untuk cacar monyet.

Beberapa langkah yang boleh membantu anda berasa lebih baik semasa tempoh jangkitan termasuk menggunakan;

1. Menggunakan ubat-ubatan tanpa preskripsi untuk mengurangkan sakit dan demam

2. Mengambil mandian oatmeal untuk melegakan kekeringan dan kegatalan ruam kulit

3. Memakai topeng dan memastikan minum banyak air

Selain itu, jika anda dijangkiti, sangat disarankan untuk mengasingkan diri bagi mengelakkan hubungan dengan orang lain dan haiwan peliharaan, terutamanya tikus. Oleh kerana tiada penawar khusus buat masa ini, langkah pencegahan amat penting untuk mengelakkan kemungkinan wabak virus cacar monyet tersebar dengan lebih cepat.

Akhir kalam, sentiasa la menjaga kebersihan diri agar tidak mendapat jangkitan virus yang semakin hari semakin tular ini.

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Cacar Monyet (Monkeypox) | Apakah Itu ?” pada kali ini. Untuk ketahui lebih banyak lagi artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *