Book Cafe di Sekitar Lembah Klang

28/03/2023 by No Comments

Budaya membaca harus dipupuk sejak dari awal kerana ia dapat membantu menambah pengetahuan dan pengalaman yang sangat luas buat si pembaca. Amalan membaca ini boleh dilakukan di mana sahaja, namun alangkah baiknya jika ia dapat dilakukan di tempat yang selesa bersama sajian makanan dan minuman yang menyelerakan seperti di Book Cafe yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Fuh, wujud rupanya Book Cafe di sekitar Lembah Klang ni ya?

Ha, jeng jeng jeng! Untuk pengetahuan anda, ada 5 Book Cafe terbaik yang wajib para pencinta buku tahu di sekitar Lembah Klang. Jom ikuti perkongsian Cik Min di bawah.

1. Little Giraffe Story House

Kafe buku ini adalah sebuah kafe yang bertempat di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, di Cheras. Dekorasi rumah gaya kampung memberikannya suasana desa dengan daya tarikan estetik yang tersendiri. Persekitarannya yang aman pasti akan memberi anda motivasi untuk membaca.

Pengunjung bebas untuk mengambil dan menderma buku-buku di kafe ini tau! Kafe ini juga mempunyai menu sarapan pagi sepanjang hari dan pencuci mulut seperti rojak dan taufu bakar. Oleh kerana kafe buku ini terletak di kawasan perumahan, tempat letak kereta adalah terhad. Sebaiknya, rancang perjalanan terlebih dahulu mengikut waktu yang sesuai.

Alamat: 114, Jalan 15, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10.00 A.M. ­– 6.00 P.M.)

2. Red Red Botak Head

Lokasi terbaharu Red Red Botak Head sedia menjadi destinasi menjamu selera buat para pencinta buku yang gemarkan suasana seolah-olah dikelilingi oleh rak buku. Cik Min pasti, vibe sebegini boleh memberi inspirasi dan meningkatkan mood si pembaca. Menu hidangan yang disediakan di sini pula adalah seperti pasta, lamb-shank, chicken buttermilk dan banyak lagi.

Alamat: BookXcess, Rooftop (Tingkat 6) The Gardens Mall, Midvalley, Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 A.M. ­– 10.00 P.M.)

3. Bukku Cafe | Book Cafe di Sekitar Lembah Klang

Bukku Cafe yang terletak di Bandar Raja, Klang, Selangor ini hadir dengan berkonsepkan gaya Jepun. Ia dapat dilihat sendiri pada papan tanda nama kafe tersebut tau! Kafe ini sangat sesuai bagi pencinta buku yang ingin menikmati suasana yang santai dan tenang, sambil menikmati kopi kegemaran dalam masa yang sama.

Suasana kafe yang dikelilingi oleh warna tona kayu perabot dan juga putih pada bahagian dinding ini memberikan suasana selesa buat pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di ruangan outdoor bagi mendapatkan udara segar di bawah dedaun hijau dan langit biru.

Mengenai hidangan makanan pula, kafe ini menyajikan dua menu signature yang cukup terkenal dalam kalangan pelanggan iaitu Salted Egg Yolk Croissant ataupun Salmon Teriyaki Rice. Turut disediakan beberapa jenis hidangan pastri seperti kek dan roti yang pasti dapat menaikkan mood membaca buku di sini.

Pengunjung juga boleh meminjam buku yang terdapat di kafe ini, namun dengan satu syarat yang ditetapkan di mana pembaca perlu meninggalkan atau mendermakan buku milik sendiri, supaya proses pertukaran buku sentiasa berlaku sesama pengunjung yang hadir ke kafe ini.

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (10.30 A.M. ­– 5.00 P.M.)

4. The Ink Library Cafe

Kafe yang sangat cantik dengan design luarannya seakan-akan ‘Glasshouse‘ ini mampu membuatkan para pengunjung teruja untuk bergambar di sini. Ink Library Cafe nama diberi ini hadir dengan dekorasi dalaman bercirikan kayu dan beberapa pokok kecil bagi menyerikan lagi suasana kafe.

Ink Library Cafe ini mempunyai pencahayaan baik dari luar kafenya, sehingga ia dapat menembusi bahagian dalaman kafe dan sangat selesa ketika anda membaca buku. Justeru itu, ia juga telah menjadi antara salah satu book cafe paling mesra di sekitar Lembah Klang.

Pelbagai jenis hidangan turut disediakan di sini seperti Chicken Pepperoni Pizzza, Burger Patty, New York Cheese Cake dan sebagainya. Terdapat juga menu tempatan seperti Nasi Goreng Kampung tau! Minuman pula adalah seperti Matcha Latte, Hot Chocolate, Mocha dan banyak lagi.

Alamat: Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam 6332, B49, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (11.00 A.M. – 10.00 P.M.)

5. Me Time Book Cafe | Book Cafe di Sekitar Lembah Klang

Me Time Book Cafe, sememangnya cukup sesuai dengan namanya! Kafe ini jauh berbeza sekali daripada book cafe yang lain di sekitar Lembah Klang. Dengar namanya sahaja, sudah pasti dapat menggambarkan ciri-ciri kafe yang bukan sahaja menyediakan meja dan kerusi sebagai sudut bacaan, tetapi juga ruangan peribadi untuk mereka yang lebih sukakan waktu bersendirian tanpa gangguan ketika membaca buku.

Terdapat pelbagai jenis buku yang boleh didapati di sini, antaranya ialah komik manga yang pasti membuatkan penggemarnya lebih jatuh cinta dengan kafe ini. Kalau anda nak tahu, kafe ini diinspirasi dan diadaptasi daripada konsep kafe manga yang terkenal di Jepun tau! Bahasa gunaan bukunya juga termasuklah bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Bagi mereka yang ingin mencuba kafe ini, anda hanya perlu membayar RM5 sahaja bagi tempoh dua jam pertama dan akan terus mendapat secawan kopi atau teh secara percuma.

Alamat: 1.010b The square, Jaya One, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 A.M. – 8.00 P.M.)

Rupanya, banyak juga kafe buku menarik yang wujud dekat di sekitar Lembah Klang ni kan? Jadi kepada para pencinta buku di luar sana, pastikan anda tidak lupa untuk singgah dan support mana-mana book cafe di sekitar Lembah Klang ini tau…

Cik Min harap, lebih ramai golongan muda dan dewasa datang berkunjung ke sini dan mula mengamalkan budaya membaca sebagai hobi, atau mungkin sebagai rutin harian. Selamat membaca!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Book Cafe di Sekitar Lembah Klang”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *