BLACKPINK ‘Comeback’ Bakal Jelajah Malaysia!
BLACKPINK ‘Comeback’ bakal jelajah Malaysia! Para peminat Blackpink di Malaysia pasti sangat teruja setelah begitu lama menanti kemunculan semula kumpulan mereka ini kan? Akhirnya, kemarau yang dinanti-nantikan oleh para peminat Blackpink tiba juga sekali lagi, setelah persembahan konsert pertama mereka pada tahun 2019 yang lalu di Stadium Malawati Shah Alam, Malaysia.
Cik Min pasti, konsert mereka pada kali ini pasti lebih gempak! Buat mereka yang masih belum mengenali Blackpink, jom ketahui dengan lebih lanjut melalui perkongsian Cik Min hari ini.
Siapakah kumpulan Blackpink ini?
Walaupun Blackpink merupakan kumpulan K-pop paling popular di dunia, namun, pasti ada di antara anda yang belum mengenali mereka kan? Kumpulan Blackpink ini terdiri daripada empat orang wanita, dari kiri iaitu, Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa yang telah memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan K-pop pada tahun 2016.
Blackpink telah ditubuhkan oleh agensi YG Entertainment di bawah syarikat K-pop paling besar dan terkenal di Korea Selatan. Mereka amat terkenal dengan lagu-lagu yang bertemakan gabungan K-pop, EDM dan hip hop. Prestasi mereka juga sangat memberangsangkan dan berjaya menarik para peminat merentasi sempadan dunia.
Menurut AllKpop, YG Entertainment memberi nama ‘Blackpink’ itu dengan tujuan untuk menyampaikan bahawa kumpulan itu mampu merangkumi lebih daripada sekadar kecantikan. Apa yang lebih menarik ialah, ‘Blackpink’ turut bermaksud ‘cantik bukanlah segala-galanya‘. Menarik kan?
Bagaimanakah populariti Blackpink mulai meningkat?
Sejak penampilan sulung mereka pada tahun 2016, kumpulan K-pop Blackpink ini sememangnya sudah mulai menerima populariti mereka tersendiri, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini pula mereka akhirnya telah mendapat pujian seantero dunia.
Untuk pengetahuan anda, Blackpink hanya mengambil masa empat tahun sahaja untuk menjadi salah satu kumpulan gadis K-pop paling popular di dunia tau! Mereka juga merupakan kumpulan gadis K-pop pertama yang berjaya mencapai 1 bilion tontonan di YouTube menerusi lagu berjudul “Ddu-du Ddu-du.”
Hal inilah yang menjadikan mereka sebagai salah satu kumpulan K-pop wanita terpantas berbuat demikian. Sejak dari itu, populariti Blackpink kian meningkat dari setiap satu kemunculan, ke kemunculan yang lain.
Bilakah konsert Blackpink akan diadakan di Malaysia? | BLACKPINK ‘Comeback’ bakal jelajah Malaysia!
Menerusi Soompi, Blackpink akan melancarkan konsert jelajah dunia, “BORN PINK” akan bermula dari Seoul pada 15 dan 16 Oktober. Kemudian, kumpulan itu akan segera menuju ke Amerika Syarikat dan Kanada untuk mengadakan 10 sesi persembahan di bandar yang berbeza.
Seterusnya, mereka akan menjelajah lebih banyak lagi negara lain, termasuklah Malaysia yang dijangka akan berlangsung pada 4 Mac 2023. Anda boleh semak jadual jelajah dunia Blackpink “BORN PINK” ini di sini.
Kenapa Blackpink memilih Malaysia? | BLACKPINK ‘Comeback’ bakal jelajah Malaysia!
Kehangatan konsert Blackpink pada tahun 2019 yang lalu mungkin menjadi salah satu faktor kenapa mereka memilih Malaysia sekali lagi, untuk konsert kali kedua. Konsert yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2019 lalu juga turut berjaya memikat hati 16,000 rakyat Malaysia untuk hadir ke persembahan tersebut.
Selain itu, Blackpink turut menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia apabila tiket konsert mereka habis terjual dalam waktu yang singkat tau! Kebanyakan penonton yang hadir pun berasa puas hati dan berbaloi terhadap persembahan all out yang diberikan Kumpulan Blackpink pada waktu itu.
Kini akhirnya, BLACKPINK ‘Comeback’ bakal kembali untuk jelajah Malaysia pada 2023 seperti yang anda nanti-nantikan! Cik Min pasti, konsert pada kali ini akan disambut dengan lebih meriah berkali-kali ganda punyalah…
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “BLACKPINK ‘Comeback’ Bakal Jelajah Malaysia.” Untuk ketahui lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.