Banjir di Labis Kota Tinggi Johor

28/02/2023 by No Comments

Pagi tadi masa terjaga jam 2, Cik Min mengikuti di Tik Tok live orang share video banjir di Labis Kota Tinggi Johor. Hari ini hari pertama bulan Mac 2023.

Banjir di Labis Kota Tinggi Johor
Air hujan dah naik sampai paras tayar kereta. Bahagian luar rumah pun mula ditenggelami air. Hujan pun masih belum berhenti.

Salah sebuah video live yang Cik Min tengok, air naik sampai ke pinggang orang dewasa.

Screenshot dari LIVE mangsa.

Masa ni mangsa banjir di Taman Aman Kota Tinggi sedang packing barang untuk ke pusat bantuan. Dikhabarkan bantuan belum tiba.

Mereka sedang memindahkan orang tua untuk di bawa ke pusat pemindahan iaitu sekolah berhampiran.

Air mula naik sejak jam 2 pagi tadi dan sangat cepat. Hujan turun sejak dua hari lepas maklum pemilik akaun ini.

Banjir di Labis Kota Tinggi Johor

Cik Min semak 24 Jan tempohari pun berlaku banjir di Kota Tinggi Johor di artikel ini.

Maklum pemilik akaun Tik Tok ini yang kawasan ini memang sering ditenggelami banjir.

Air menenggelami bahagian bawah rumah tingkat pertama.

Kita yang menonton Live pun rasa cemas. Risaukan longkang dan lubang waktu mangsa banjir meredah air.

Hanya doa yang dapat dititipkan untuk mereka.

Ada yang bertanya di bahagian komen “Tak hubungi bomba ke?” untuk bantuan. Pemilik akaun kata dah ramai yang call dan mereka pasti bantuan dalam perjalanan. Khabarnya air naik sehingga perlu naik bot untuk memindahkan mangsa.

Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *