BAM Sekat Lee Zii Jia Bertanding
Baru-baru ini, Persatuan Badminton Malaysia BAM sekat Lee Zii Jia bertanding. Pihak BAM telah memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara tersebut dalam sebarang pertandingan antarabangsa yang melibatkan negara, berkuat kuasa pada 18 Januari lalu.
Jadi, melalui entri kali ini Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua tentang BAM sekat Lee Zii Jia bertanding. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Astro Awani.
Lee Zii Jia Tidak Didaftarkan Bertanding
Timbalan Presiden 2 BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, penggantungan itu akan berjalan selama dua tahun. Menurut beliau, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan meminta pemain tersebut mempertimbangkan keputusannya.
Bahkan, Zii Jia, kata Jahabardeen, turut menyenaraikan beberapa permintaan. Bagaimanapun, katanya, BAM tidak dapat memenuhi permintaan tersebut dan menegaskan adalah mustahil untuk memenuhi kehendaknya seperti pasukan kejurulatihan sendiri, selain menentukan kejohanan apa yang mahu disertainya.
“BAM masih tawarkan beliau beberapa insentif yang lumayan, termasuk faedah kewangan. Begitupun, Lee Zii Jia sudah membuat keputusan dan beliau tidak mahu mempertimbangkan keputusan itu.”
“Kini, kita tahu Zii Jia, pemain kebangsaan yang pernah memenangi Kejohanan All England…adalah sukar, mengecewakan apabila BAM kehilangan beliau.”
“Tapi beliau sudah buat keputusan dan kita perlu respons terhadap permintaan beliau.”
Keputusan sama juga dikenakan kepada Goh Jin Wei namun ia bermula pada 31 Oktober 2021 dan ia menyaksikan kedua-duanya mungkin terlepas untuk bertanding dalam Sukan Sea, sedangkan beliau merupakan antara prospek emas negara.
Masih Ada Ruang Buat Lee Zii Jia
Begitupun, Jahaberdeen menegaskan masih ada ruang buat Zii Jia mengemukakan rayuan dan BAM mungkin memberi masa beberapa bulan untuk melakukan sedemikian.
“Jika rayuan itu dibuat dan rayuan berdasarkan terma-terma munasabah dan mengambil kira kepentingan negara, maka kemungkinan besar mereka dapat main dalam Sukan Sea.
“Tapi kalau sebaliknya, sebaliknyalah. Jadi kita akan lihat apa berlaku. Pada peringkat ini, masih ada ruang dan peluang untuk mereka kembali berkhidmat untuk negara,” ujarnya.
Tegasnya lagi, BAM mengambil keputusan sebegitu kerana enggan perkara sama berulang pada masa hadapan.
“BAM tidak mahu perkara seperti ini berlaku kerana ia akan menganggu sedikit sebanyak usaha untuk bangunkan badminton di Malaysia.”
“Tapi bila perkara ini berlaku, kita kena langkah ke hadapan.” katanya.
Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang BAM sekat Lee Zii Jia bertanding kali ini. Diharapkan peminat badminton kebangsaan akan terus menyokong atlet negara kita walau apa jua yang berlaku.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem