Awas Rakaman CCTV Fitting Room Tersembunyi

17/01/2023 by No Comments

Baru-baru ini telah kecoh mengenai kes di sebuah outlet popular berjenama H&M, yang telah memaparkan sebuah video rakaman CCTV di bilik persalinan tersebut dan telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi, jom Cik Min kupaskan dengan lebih lanjut tentang perkongsian “Awas Rakaman CCTV Fitting Room Tersembunyi” kita pada kali ini.

Apa itu CCTV?

Singkatan CCTV ini berasal daripada perkataan ‘closed-circuit television‘, dan dalam Bahasa Melayunya pula dikenali sebagai ‘kamera litar tertutup’. Ia digunakan dengan tujuan pengawasan sesebuah tempat tertentu dan boleh dikawal secara jarak jauh melalui telefon pintar atau televisyen.

Awas Rakaman CCTV di Fitting Room yang Tersembunyi!

Setelah viral di media sosial seperti Facebook dan Twitter, mangsa-mangsa penjualan video di dalam bilik persalinan outlet H&M cawangan pusat beli belah Avenue K telah tampil ke balai polis bagi membuat laporan.

Kalau Cik Min pun memang terus buat laporan sesegera yang mungkin! Siapalah yang mahukan video mereka dalam keadaan tidak sempurna dikongsi kan? Geram betul hati Cik Min… Bilik persalinan ini tidak seharusnya dipasangkan CCTV, kerana ia boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dan tidak menghormati privasi sama sekali.

Oleh hal yang demikian, Cik Min berharap agar kita semua sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling dan pastikan kita membuat pemeriksaan terlebih dahulu ya…

Antara Kes CCTV Lain yang Turut Berlaku Selain di H&M Avenue K

Kisah lagi satu ini lain pula ceritanya jika nak dibandingkan dengan topik “Awas Rakaman CCTV di Fitting Room Tersembunyi” tadi tau! Ringkasnya, kali ini para pelanggan pula yang telah membuat onar. Cik Min dapati perkongsian ini daripada salah seorang pangguna Facebook yang juga merupakan seorang dietician bernama, Lily Moha.

Beliau mempunyai sebuah kedai di mana baju-baju terpakai diberi secara percuma kepada para pelanggan. Jadi, pelanggan hanya perlu datang, pilih dan ambil sahaja pakaian keperluan yang mereka mahukan.

Walaupun ia percuma, namun baju-baju dan seluar-seluar dari semua peringkat umur ini tetap disusun cantik seperti di kedai-kedai yang biasa kita lihat. Kedai percuma ini telah diberi nama Natfree tidak meletakkan sebarang caj walau se-sen pun.

Walau bagaimanapun, rakaman CCTV yang berada di kedai itu telah membuat beliau berasa amat kesal kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunjukkan sikap tidak endah setelah memilih pakaian. Kebanyakan pakaian telah disepahkan tanpa diletakkan semula ke tempat asalnya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak faham bahasa ya! Walaupun sudah meletakkan signboardtidak terima baju‘, namun tetap ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab telah meletakkan baju-baju terpakai mereka di kedai Cik Lily dalam keadaan bertabur dan berselerak. Haihhh, manusia…

Cik Min pasti anda turut geram membaca kisah ini kan? Tetapi jangan khuatir! Di posting berkenaan, beliau telah menegaskan bahawa pelakunya pasti akan ditangkap oleh bantuan CCTV yang berada di kedainya. Jadi, jangan cari pasal okay?

Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Awas Rakaman CCTV Fitting Room Tersembunyi” pada kali ini. Ingin dapatkan lebih banyak artikel menarik? Jom dapatkannya di laman portal Cerita Malaysia.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Trend, Travel dan Filem.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *