Warga Emas Bina Rumah Terapung Hadapi Banjir
Serik berdepan dengan kemusnahan harta benda akibat banjir, seorang warga emas bina rumah terapung hadapi banjir di Kampung Tebak, Air Putih. Dalam hal ini, dia menggunakan idea kreatifnya menghasilkan rumah terapung tersebut.
Sumber Idea Warga Emas Bina Rumah Terapung
Menurut bekas pemandu lori iaitu A. Bakar Che Ahmad, 67, idea tersebut timbul selepas dia dan isterinya, Fatimah Salleh, 61, melihat reban ayam terapung rekaannya sejak 2018 telah berjaya menyelamatkan haiwan belaannya daripada hanyut setiap kali banjir melanda.
“Sebelum ini, pak cik dan isteri akan tinggal di bahagian atas rumah dan tak berpindah ke pusat pemindahan atas faktor kesihatan isteri dan keadaan pusat pemindahan yang tak selesa”.
“Namun, rumah kayu kami lama kelamaan semakin usang. Jadi, bila tengok projek reban ayam terapung berjaya, timbul idea untuk buat rumah terapung dan ia dipersetujui anak-anak yang membantu pak cik mengeluarkan modal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tebak, Air Putih.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata, dia mengambil masa kira-kira tujuh bulan membina rumah lengkap dengan lima buah bilik dan bilik air dengan anggaran kos RM47,000 menggunakan kayu serta menggunakan 69 biji tong plastik sebagai pelampung.
Menurutnya lagi, “pak cik mula rangka rumah ini, bermula dari tapak sejak Februari lalu. Ketika itu, pak cik hanya letakkan 30 biji tong, memang ia rangka rumah tersebut dapat terapung ketika banjir awal tahun lalu, namun pak cik tambah lagi tong sebanyak 39 biji sebab bimbang tak dapat tampung berat kayu”.
“Setiap aspek dan sudut, pak cik dah kaji. Tangga rumah pak cik tak bina kekal sebab ia akan menyukarkan rumah untuk terapung jika ada apa-apa yang tersangkut. Di bawah rumah juga, pak cik jarakkan tong supaya air dapat dialirkan,” katanya.
Untuk membaca lanjut tentang artikel kali ini, anda boleh klik di sini.
Jelaslah bahawa, usaha tidak akan mengkhianti hasil. Dalam hal ini, semangat yang ditunjukkan oleh pakcik A. Bakar Che Ahmad dapat membuka mata semua bahawa setiap yang diusahakan pasti akan mendatangkan hasil pada akhirnya.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang warga emas bina rumah terapung hadapi banjir pada kali ini. Ingin dapatkan artikel-artikel menarik seperti “Warga Emas Bina Rumah Terapung Hadapi Banjir ” ini? Anda boleh dapatkan lebih banyak di laman portal Cerita Malaysia.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Trend, Travel dan Filem.