Jenama Produk Yang Pelik di Dunia

22/10/2021 by No Comments

Pemilihan nama produk atau servis yang menarik sangat penting agar mudah diingati. Tetapi, ada juga yang menggunakan jenama produk yang pelik untuk menarik pelanggan.

Mungkin bagi anda, produk keluaran KFC iaitu Extra Spicy Sunscreen itu sudah cukup pelik.

Namun, ada beberapa jenama produk luar yang dianggap biasa tetapi sensitif untuk digunakan di negara kita.

Mari kita lihat gambar produk-produk pelik yang ada di negara luar.

Admin pasti ramai yang tidak sangka wujudnya jenama produk sedemikian.

Babi Mild Baby Powder – jenama produk yang pelik

Jenama produk yang pelik
Jenama produk yang pelik, Babi Mild Baby Powder.- Sumber: INCI Decoder

Nama produk ini mungkin pelik bagi anda tapi wujud di Thailand. Perkataan ‘babi’ sebenarnya memberi maksud Ayah dalam bahasa Albania. Bedak ini sama sahaja fungsinya seperti bedak talkum bayi yang lain. Namun, perkataan tersebut agak sensitif untuk digunakan di negara kita. Hal ini kerana ia adalah haiwan yang diharamkan dalam agama Islam untuk disentuh dan dimakan.

SIAL Inspire Food Business

Jenama event yang pelik.
Jenama event yang pelik. – Sumber: sialparis.com

SIAL Paris merupakan event penyatuan pengeluar dan pembeli seluruh dunia. Peranannya adalah untuk memberi fokus dalam bidang makanan, peruncitan dan hospitaliti.

Perkataan SIAL bermaksud bernasib tidak baik. Atau secara tepatnya membawa maksud malang. Perkataan ini seolah-olah menghina ciptaan Tuhan. Ia mempunyai unsur yang negatif untuk digunakan dalam percakapan harian.

Kote

Jenama produk yang pelik
Cat hitam menggunakan jenama produk yang pelik – Sumber: Kote.co.za

Produk buatan Afrika Selatan ini merupakan cat hitam berkualiti tinggi. Cat ini menggunakan sumber bahan teknologi hijau. Cat hitam ini banyak digunakan untuk mewarnakan perkakasan di rumah. Contohnya, pintu dan bingkai tingkap.

Malangnya, perkataan KOTE bermaksud aset lelaki dalam bahasa Malaysia. Hal ini sudah tentu tidak sesuai digunakan dalam penamaan produk Malaysia.

Hátíðar Púki

Jenama produk yang pelik
Minuman dari Iceland yang menggunakan jenama produk yang pelik. – Sumber: untappd.com

Produk terakhir adalah beer yang dikeluarkan di Iceland. Anda tengok jenama minuman ini pun dah rasa hairan. Kenapa dinamakan sedemikian?

Perkataan Púki dalam Bahasa Malaysia bermaksud kemaluan perempuan. Perkataan tersebut mampu memberi kesan yang mendalam terhadap orang yang dimaki. Ia juga memberi pengajaran yang tidak baik kepada kanak-kanak yang mendengarnya.

Jenama produk yang pelik untuk marketing?

Jika dilihat dari sudut yang positif, jenama produk tersebut tidak salah. Perkataan tersebut semestinya berbeza maksud dengan bahasa kita. Tapi, kalau pengasas di Malaysia nak keluarkan jenama produk seperti di atas, adakah itu dikira sebagai marketing?

Mungkin ya, mungkin tidak. Anda boleh renung-renungkan persoalan daripada Admin itu.

Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *