Rumah Menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha
Drama Korea yang popular Oh My Hometown Cha Cha Cha menerima sambutan yang luar biasa dari peminat Shin Min Ah dan Kim Seon Ho apatah lagi apabila banyak scene rumah yang menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha ini. Siapa yang tak pernah kenal kedua-dua pelakon ini pun boleh jatuh cinta dengan drama!
Jalan cerita dengan rentak yang just nice untuk dihadam penonton, misteri yang membuatkan penonton tertanya-tanya dan kemanisan antara kedua-dua pelakon ini memang dilihat amat serasi. Cukup manis sedang-sedang kata orang Malaysia! Semalam saya baca dalam laporan website Soompi di mana produser drama ini memohon peminat untuk tidak ekstrem sehingga mahu melihat ke dalam rumah di dalam drama ini.
Rumah-rumah yang mereka gunakan semasa penggambaran ialah rumah orang sebenar dan disewa bagi tujuan itu. Lokasi penggambaran ini di Kampung Gongjin yang terletak di Pohang. Bagi peminat drama Korea yang pernah menonton drama When Camelia Blooms, lokasi penggambaran itu juga diadakan di sini!
Rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha
Tempat pertama ialah rumah Dr Yoon Hye Jin
Bila tengok awal-awal episod dulu kan rumah ni mempunyai wallpaper design bunga-bunga. Hye Jin kata dia mahukan design yang English dan simple. Dalam drama ni, Hong Ban Jang lah yang renovate Interior Design (ID) dalam rumah.
Selepas siap renovate itu rumah terus jadi lawa. Jatuh hati kita sebagai penonton melihatnya. Mana tidaknya, rumah yang kelihatan biasa tiba-tiba berubah menjadi luar biasa. Pandai Hong Ban Jang hias rumah ni. Lagi satu, pemilihan rumah ini sesuai sangat sebab pemandangan yang cantik atas bukit macam tu.
Admin tengok pun seronok je, scene Hong Ban Jang pulangkan semula kasut dan letakkan dalam rak tu sweet sangat. Tambah pula selepas itu Hye Jin keluar, sambil tersenyum depan rumah. Waktu itulah keluar lagu “Romantic Sunday” hahaha. Rumah Hye Jin memang sesuailah jadi rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha.
Cantik dan simple kan rumah dua bilik ni. Pintu dia jenis slide dan bilik air di luar. TV Hye Jin pun paling besar dalam kawasan kejiranan hahaha. Ruang tamu dan dapur rumah ini tak kurang menariknya, jadi memang tak salah produser memilih rumah ini dalam drama Oh My Hometown Cha Cha Cha.
Tempat kedua yang menjadi pilihan rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha ialah rumah halmeoni Gamri
Sebenarnya nampak macam biasa je rumah ni. Rumah lama yang ada koridor dan bilik-bilik kecil. Dalam drama ni ada scene penggambaran variety show menyewa rumah ini sebagai lokasi penggambaran. Penggambaran dalam penggambaran gitu. Tapi boleh dilihat rumah inilah antara rumah yang menjadi pertemuan indah Hye Jin dan Hong Ban Jang.
Ingat lagi tak scene Hye Jin dan Hong Ban Jang kena basuh selimut sekali, mesti anda semua tersenyum dan ketawa masa scene itu dimainkan hehehe. Yang menariknya lagi rumah halmeoni ni betul-betul berhadapan dengan laut. Pemandangan yang cantiklah, siapa sahaja yang tak suka kan? Walaupun rumah biasa sahaja tapi ianya sangat kemas. Jadi tidak hairanlah, rumah ini menjadi rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha.
Ini pula bahagian dalam rumah halmeoni waktu Hye Jin datang untuk pujuk halmeoni Gamri buat rawatan gigi.
Rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha ialah rumah Hong Ban Jang
Dari luar rumah ini pun nampak biasa sahaja. ID dalam memang cantik dan kemas. Maskulin designnya. Barang dan perabot dalam rumah ini pula sangat tersusun. Rumah ini memang menjadi idaman kita semua kan hehehe. Banyak juga scene menarik dalam rumah ini antaranya, scene Hye Jin ajak Hong Ban Jang buat yoga sama-sama mengikut list aktiviti sebagai couple.
Unik sebenarnya jalan cerita ni ada saja adegan yang tidak kita duga hahaha. Ingat lagi tak scene Hong Ban Jang makan bubur yang Hye Jin masakkan masa Hong Ban Jang demam tu. Nak tak nak Hong Ban Jang kena habiskan juga walaupun rasa hambar. Kelakar betul! Tapi tak dinafikan rumah Hong Ban Jang memang sesuai sangat jadi rumah menarik dalam Oh My Homewown Cha Cha Cha.
Ini beberapa scene dalam rumah Hong Ban Jang. Rumah ni dah lama sejak dia membesar dengan datuknya.
Tempat seterusnya ialah Klinik Gigi Yoon
Tempat ini boleh dikatakan juga klinik gigi, berhadapan dengan laut. Angin sepoi-sepoi bahasa macam tu memang seronoklah buat rawatan gigi di sini. Lagi satu warna bangunannya cantik sangat, warna pink hehehe. Selain rumah yang dipertontonkan tempat ini juga memang menjadi favouritelah.
Di klinik gigi ini juga memaparkan banyak scene menarik antaranya scene kawan baik Hye Jin dan kawan Hong Ban Jang Encik Polis. Seronok juga lihat watak mereka berdua kan? Selain itu, dalam drama klinik gigi ini juga banyak membantu memudahkan penduduk untuk membuat pemeriksaan gigi.
Wow, kami pun nak buat scaling disini!
Tempat seterusnya ialah Cafe Oh Yoon
Cafe Oh Yoon yang menyediakan kopi pada waktu pagi dan beer pada waktu malam. Banyak scene menarik di sini antaranya Hong Ban Jang kena tampar oleh Hye Jin hahaha. Lagi satu cafe ini juga mempunyai background yang hipster juga aesthetic macam tu.
Bagi admin, admin suka bila penduduk kampung Gongjin makan bersama-sama di cafe ini, ada scene mereka ketawa tu nampak akrab sangat. Cerita ini sememangnya memaparkan vibes positif dan setiap watak tu memang berkualiti. Ada saja, perangai dan tingkah laku yang menghibur hati hehehe. Cafe Oh Yoon ini juga dapat menjadi saingan antara rumah menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha.
Banyak scene berlaku di hadapan cafe ini antaranya bila Hye Jin sering bertembung dengan Hong Ban Jang, lawa kan scene tu? Kita dapat lihat gaya pakaian Hye Jin dan Hong Ban Jang. Jadi bila dah boleh melancong nanti, admin pun nak pergi Pohang dan bergambar di lokasi-lokasi ini!
Tempat terakhir ialah Pantai Gongjin, Pohang
Bila tengok pantai ni memang teringat tempat percutian macam Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Memang menggamit memorilah bila kita lihat setiap tempat dalam drama ini. Tenang je pantai tu.
Ish tak sabarnya admin nak bercuti. Pantai itu dapat mengingatkan scene kasut Hye Jin hilang. Mana tahu bila pergi pantai nanti admin pun dapat rasai perasaan yang sama berjumpa lelaki pilihan hati?
Drama ini memang memaparkan banyak nilai-nilai baik sesama manusia, bagaimana hidup berjiran serta keindahan pemandangan alam sekitar. Jadi mana satu tempat yang menarik dalam Oh My Hometown Cha Cha Cha yang menjadi pilihan anda?
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem