Situasi Terkini Banjir di Kelantan
Baru-baru ini, di media sosial ramai netizen berkongsi gambar dan juga video berkenaan situasi terkini banjir di negeri Kelantan. Banjir kali ini tidak hanya melanda negeri Kelantan, malah negeri Terengganu juga.
Jadi, melalui entri kali ini, Cik Min ingin menyentuh mengenai situasi terkini banjir yang melanda negeri Kelantan. Mari ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah.
Banjir di Kelantan Makin Buruk – Situasi Terkini Banjir di Kelantan
Menerusi BERNAMA, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 7,558 mangsa daripada 2,449 keluarga setakat jam 9 malam tadi, berbanding 6,018 orang daripada 2,019 keluarga, pada petang Ahad.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan tujuh jajahan. 16 di Kuala Krai dan Pasir Mas, 15 di Tanah Merah, lapan di Jeli, enam di Pasir Puteh, empat di Machang manakala satu di Kota Bharu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, dalam kenyatataan media hari ini berkata, polis Kelantan telah menggerakkan seramai 416 pegawai dan anggota, termasuk anggota daripada ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dalam membantu mangsa banjir di negeri itu, berbekalkan 12 lori, empat pacuan empat roda, dua buah bot dan lain-lain kelengkapan.
Remaja Lelaki Korban Kedua Banjir
Terkini, seorang remaja lelaki berumur 13 tahun menjadi korban kedua banjir di Kelantan selepas ditemukan lemas di Kampung Talang, dekat Kadok di sini pada 7.15 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, Mohamad Fazli Tamri, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kiat di sini, dipercayai sedang menunggang basikal bersama rakannya sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam tali air di kampung itu pada 6.20 petang.
“Rakannya cuba menyelamatkan mangsa, bagaimanapun gagal dan telah memanggil penduduk berdekatan untuk meminta pertolongan.”
“Operasi mencari berjaya menemukan mangsa kira-kira 50 meter dari tempat dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya.
Terdahulu, seorang warga emas lelaki berusia 70 tahun yang menjadi korban pertama banjir di Kelantan, turut ditemui lemas hari ini, di Kampung Kuala Gris dekat Dabong, Kuala Krai pada 7 malam.
Sampai di sini dahulu berita tentang situasi terkini banjir di Kelantan, daripada Cik Min ya!
Untuk info-info yang lebih lanjut berkenaan situasi terkini banjir di Kelantan, anda boleh layari portal rasmi eBanjir Negeri Kelantan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan info terkini berkenaan banjir di sini.
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem