Musim Bunga Sakura Malaysia

25/02/2022 by No Comments

Musim bunga sakura Malaysia kini dapat dilihat di sekitar Pulau Pinang. Pokok ini dikenali sebagai pokok tekoma, dan ia banyak ditanam di sekitar bahu jalan Pulau Pinang. Namun, tidak kesemuanya berbunga mekar. Memang tidak dapat dinafikan, keindahan bunga ini mewujudkan suasana seolah-olah berada di negara Jepun yang terkenal dengan bunga sakura.

Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda tentang pokok tekoma yang juga dikenali sebagai bunga sakura Malaysia. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Berita Harian dan sumber lain.

Musim Bunga Sakura Malaysia
Musim Bunga Sakura Malaysia

Setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok tekoma akan mengeluarkan bunga warna putih dan merah muda di beberapa kawasan di Pulau Mutiara.

Mekarnya bunga tekoma mewarnai pemandangan jalan raya dan kawasan di sekitarnya.

Pokok Tekoma | Musim Bunga Sakura Malaysia

Kira-kira 3,002 batang pokok tekoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea, yang ditanam sejak 27 Ogos 2017 di 13 kawasan di seluruh Seberang Perai kembali berbunga dan mekar ketika ini.

Menurut Sinar Harian, beberapa kawasan di sini mendapati bunga pokok tekoma mula luruh sekali gus mengubah pemandangan yang lebih ceria tidak ubah seperti suasana musim bunga sakura di Jepun.

Difahamkan fenomena itu hanya berlaku pada musim tertentu terutama pada musim kering dan kemarau.

Mengikut rekod Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), kesemua pokok tekoma ditanam secara serentak dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR).

Sumber: Penangfoodie

Dikenali Juga Sebagai Pokok Cherry Blossom

Kini selepas lima tahun ditanam, pokok-pokok tekoma sudah mula mengeluarkan bunga hingga menarik perhatian ramai terutamanya peminat fotografi untuk merakamkan gambar kenangan ala-ala percutian di negara matahari terbit.

Memetik portal rasmi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), spesies tabebuia berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan.

Bagaimanapun, pokok tersebut juga dikenali sebagai pokok cherry blossom Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.

Difahamkan, terdapat kira-kira 257 spesies bagi genus tabebuia di seluruh dunia dan hanya 73 nama spesies yang didaftarkan dan dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.

Jurucakap Jabatan Landskap MBSP berkata, pokok tekoma sesuai dijadikan sebagai tanaman pinggiran jalan dan pokok hiasan taman.

Jelasnya, pohon hiasan itu ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan.

“Antara keistimewaan pokok ini ialah, ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.

“Pastinya selepas beberapa tahun ditanam, ia bakal menceriakan pemandangan dengan variasi warna bunga yang dikeluarkan.”

Info Tambahan tentang Pokok Tekoma | Musim Bunga Sakura Malaysia

  • Sejenis pokok teduhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.
  • Nama pentaphylla adalah merujuk kepada lima daun di setiap tangkai, iaitu ‘penta’ bermaksud ‘lima’ manakala ‘phylla’ pula bermaksud daun dalam bahasa Latin.
  • Pokok ini juga dipanggil ‘pokok kertas tisu’ disebabkan kelopak bunga yang tipis.
  • Di negara-negara Amerika Selatan pokok ini digelar ipe rosa.
  • Di Malaysia ia juga dipanggil ‘cherry blossom of Penang’
  • Memerlukan cuaca yang kering untuk berbunga penuh.

Setakat ini sahaja, perkongsian daripada Cik Min tentang musim bunga sakura Malaysia kali ini. Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Trend, Travel dan Filem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *