Angka Kes Covid-19 Melonjak | Malaysia

08/02/2022 by No Comments

Risau hati Cik Min bila tengok angka kes Covid-19 melonjak naik sehingga 5 angka sejak kebelakangan ini. Rasanya pada Ahad, 6 Februari lepaslah permulaan di mana kes mulai mencecah sehingga 10,089 sehari. Cik Min cuba juga positifkan hati, mungkin sehari dua sahaja angka kes Covid-19 melonjak setinggi ini.

Tapi, apakan daya… Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin sendiri pun menyatakan bahawa kes mampu mencecah sehingga 30,000 kes sekiranya penularan varian Omicron ini tidak dibendung.

Angka Kes Covid-19 Melonjak: 7 Februari 2022

Angka Kes Covid-19 Melonjak
Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Terkini, angka kes Covid-19 terus melonjak sehingga 11,034 kes berbanding sebelumnya. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 2,925,254 kes.

Kes harian terus melonjak sehingga lima angka sepanjang dua hari ini, berbanding 9,117 pada hari Sabtu yang lalu. Hal ini sekali gus mencatatkan kes pada 7 Februari 2022 merupakan yang paling tinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu.

Pecahan Kategori Kes Covid-19 Terkini

Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia, kebanyakan kes terkini adalah tidak bergejala ataupun hanya bergejala ringan, dalam kategori klinikal 1 dan 2. Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri pada 6 Februari dengan kes sebanyak 10,089 yang dilaporkan.

  • • Selangor (2,549)
  • • Johor (1,582)
  • • Sabah (1,285)
  • • Kedah (904)
  • • Pahang (624)
  • • Pulau Pinang (542)
  • • Kuala Lumpur (491)
  • • Kelantan (471)
  • • Negeri Sembilan (464)
  • • Melaka (457)
  • • Perak (321)
  • • Terengganu (213)
  • • Putrajaya (61)
  • • Sarawak (58)
  • • Perlis (44)
  • • Labuan (23)

Angka Kes Covid-19 Melonjak: Sidang Akhbar oleh Menteri Kesihatan

Angka Kes Covid-19 Melonjak
Sumber: HMetro

Walau bagaimanapun, ancaman Covid-19 varian Omicron ini tidak akan menjejas sistem kesihatan negara, kata Khairy Jamaludin di sidang akhbarnya pada 7 Februari semalam. Tambahnya lagi, ia juga merupakan susulan sumbangan terbesar oleh pencapaian liputan vaksinasi lengkap bagi populasi yang tinggi di Malaysia.

Amalkan Kawalan Pergerakan Kendiri

Angka Kes Covid-19 Melonjak

Bila angka kes melonjak macam ini, maka marilah kita sama-sama kukuhkan lagi amalan kawalan pergerakan kendiri bersama keluarga. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan.

2. Elakkan penerimaan tetamu di rumah.

3. Masak masakan sendiri di rumah dan kurangkan mencari makanan di luar.

4. Kurangkan aktiviti di luar selain pergi bekerja.

Cik Min harap seluruh warga Malaysia akan lebih berhati-hati tatkala angka kes Covid-19 sedang melonjak ini. Pastikan anda lindungi diri dan keluarga dengan baik. Moga dengan usaha ini, kita semua terhindar dari sebarang penyakit dan mudarat!


Penafian

Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *