Bantuan dan Inisiatif Musibah Banjir
Anda merupakan salah seorang mangsa yang terjejas banjir? Perlukan bantuan dan inisiatif musibah banjir? Cik Min tahu ramai dalam kalangan mangsa banjir amat memerlukan bantuan moral dan fizikal. Mana tidaknya, rumah yang didiami ditenggelami air dan barangan pula habis musnah. Jadi, mereka memang sangat memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan, NGO dan orang ramai.
Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi tentang bantuan dan inisiatif musibah banjir untuk orang ramai yang memerlukan. Info mengenai bantuan ini Cik Min dapat daripada Facebook Lyna Noh.
Senarai Bantuan dan Inisiatif Musibah Banjir
1. MTM Consultancy
2. Mercy Malaysia
3. Pertubuhan Kasih Neelofa
4. We Listen Malaysia Organisation
5. Persatuan Cuci Malaysia
6. MyFundAction
7. ABIM Selangor
8. Muslim Care Malaysia Society
9. Yayasan Ikram Malaysia
10. Persatuan Perubatan Islam Malaysia
11. Pusat Pengumpulan dan Gerakan Sekitar Selangor
12. Kembara Kitchen
13. Brainy Bunch Foundation
14. Sahabat Amal Care
15. MAPIM Malaysia
16. Neesa Azhari
17. NGO Sahabat Amal Care
18. Hatinies Kitchen
Borang Permohonan Bantuan Bencana
Di bawah merupakan borang permohonan bantuan bencana banjir kepada mereka yang memerlukan.
Sukarelawan Pasca Banjir
Tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sukarelawan yang boleh turun padang membantu mangsa banjir dan untuk pasca banjir anda boleh menyertai group Telegram ini.
Untuk pengetahuan semua, group ini untuk group pasca banjir (selepas banjir) untuk sukarelawan kerja pembersihan kawasan banjir, agihan bantuan, dan lain-lain. Sukarelawan akan membantu apa yang perlu di PPS, apabila air sudah surut boleh fokus untuk gerak kerja pasca banjir pula.
Apa yang anda perlu buat?
- Isi borang maklumat sukarelawan banjir (jika belum isi) di pautan ini.
2. Ada kenderaan. Join Group Sukarelawan Banjir yang anda boleh turun (Sepang/Puchong/Hulu Langat, Klang)
3. Tiada kenderaan (bantu secara online). Group bahan banjir untuk bantu virality & tabung kecemasan bencana.
4. ATAU commitment (pilih salah satu)
- Keyboard Warrior (ulas situasi semasa untuk dikongsikan bersama masyarakat umum)
- Canva User (gunakan template yang akan diberikan dan bantu komersialkan bahan-bahan gambar dan video)
- Video Editor (Bantu team editing untuk buatkan video pendek 10 saat-3 minit)
Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Lebih banyak artikel menarik di CeritaMalaysia.
Trend, Travel dan Filem